Berdasarkan apa yang telah berlaku sewaktu perhimpunan agung Umno baru-baru ini, jelas pada saya bahawa Umno memang ketandusan pemimpin berkaliber dan idea untuk terus berkuasa.

Apakah pengumuman Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) semata-mata bertujuan untuk terus meraih sokongan?

Jika benar, mengapakah beliau memilih cara sedemikian menguji popularitinya setelah puas 'mengutuk dan mengajar' anak-anak beliau?

Yang jelas, perdana menteri selaku seorang pemimpin bertaraf dunia mengikut jejak dan tingkah-laku yang digunapakai oleh rakan sepasukan dalam BN (yakni Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik).

Bukankah tingkah-laku yang digunapakai ini menonjolkan ketandusan PM dalam meraih sokongan untuk beliau sendiri?

Sandiwara Umno ini pasti menjadi bahan ketawa di arena antarabangsa!