Sebaik sahaja mendengar lafaz Dr Mahathir Mohamad untuk melepaskan semua jawatannya dalam Umno dan Barisan Nasional (BN), kita dapat membuat telahan secara spontan bahawa tujuan beliau berbuat demikian ialah:

  • Satu lakonan untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu selepas memperkenalkan beberapa perubahan yang boleh dianggap mengkhianati bangsa, seperti kouta 10 peratus kepada bukan bumiputra memasuki program Matrikulasi dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) serta penggunaan Bahasa Inggeris untuk subjek Sains dan Matematik. Semua ini sememangnya bertujuan untuk menarik undi bukan Melayu.
  • Bagi mengenal pasti tahap kesetiaan pimpinan tertinggi parti.
  • Bagi menguji tahap populariti di kalangan ahli Umno.
  • Bagi menarik undi simpati rakyat dalam pilihanraya umum pada bila-bila masa.
  • Mahu menunjukkan jawatan yang dipegang belum mampu diambilalih oleh sesiapapun termasuk timbalannya.
  • Apa tujuan Dr Mahathir membuat pengumuman itu ketika ucapannya disiarkan secara langsung ke seluruh negara. Ia akan dilihat sebagai usaha memainkan emosi rakyat untuk mendapatkan sokongan yang semakin luntur.

    Kenapa pengumuman tidak dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi atau mesyuarat BN. Dan yang paling pentingnya kenapa perlu ditarik balik keputusan itu jika beliau benar-benar ikhlas!