Pemuda BN gesa keluar nota bantahan pada Vatican
Tharshinaa ChandranDiterbitkan: Jul 15, 2013 8:58 AM | Dikemas kini: Jul 15, 2013 11:19 PM
Pemuda BN mendesak Wisma Putra mengeluarkan nota bantahan kepada duta Vatican City ke Malaysia kerana didakwa menyokong penggunaan kalimah "Allah" oleh orang Kristian.
Menyifatkannya sebagai sensitif, ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, ketika isu itu masih dibahaskan, kenyataan Ketua Biskop Joseph Marino itu tidak membantu, malah merumitkan lagi keadaan.
Marino sebelum ini dilaporkan menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi perkataan "God" di kalangan penganut Kristian.
Kenyataan itu mendapat bantahan keras NGO Melayu seperti PERKASA pimpinan Datuk Ibrahim Ali dan Jalur Tiga (JATI) pimpinan Datuk Dr Hasan Ali. Malah,
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sendiri hari ini berkata, Malaysia tidak membenarkan campur tangan atau pengaruh asing dalam isu penggunaan kalimah Allah.
Anifah berkata lagi, sebagai negara berdaulat, campur tangan sebegitu hanya menyemarakkan sentimen keagamaan di negara ini serta tidak membantu ke arah memastikan keharmonian kaum dan agama.
[Baca berita penuh]
Menyifatkannya sebagai sensitif, ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, ketika isu itu masih dibahaskan, kenyataan Ketua Biskop Joseph Marino itu tidak membantu, malah merumitkan lagi keadaan.Marino sebelum ini dilaporkan menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi perkataan "God" di kalangan penganut Kristian.