MP: Belajar cari bukti, bukan ganti EO
Diterbitkan: Jul 8, 2013 4:29 AM | Dikemas kini: Jul 8, 2013 10:44 AM
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar digesa berhenti bercakap soal penggantian Ordinan Darurat dan mula mempertingkatkan keupayaan siasatan pasukan keselamatan itu.
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, Khalid harus mengambil pengajaran daripada nasihat perdana menteri sebelum itu supaya polis melatih diri cara untuk mendapatkan bukti.
Beliau merujuk kepada kenyataan Khalid semalam bahawa polis sedang merancang undang-undang baru untuk menggantikan EO yang dimansuhkan tahun lepas untuk menangani isu jenayah.
Pua memetik ucapan Najib kepada penjawat awam di Razak School of Government pada Julai 2012 yang meminta polis mengemukakan bukti untuk mendakwa suspek di mahkamah daripada hanya menahan tanpa bicara bawah EO.
Beliau berkata, Khalid dan Menteri Dalam Negeri dan Datuk Seri Zahid Hamidi sebaliknya berhujah, negara ini memerlukan undang-undang yang sama dengan EO untuk membendung jenayah.
"Menteri Dalam Negeri nampaknya berusaha keras mundur ke belakang daripada reformasi politik yang diusahakan Najib, dengan mendakwa, berlaku peningkatan jenayah di peringkat nasional ekoran kurang undang-undang pencegahan untuk menangani penjenayah dan menegaskan polis harus diberi kuasa cukup untuk itu."
[Baca berita penuh]
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, Khalid harus mengambil pengajaran daripada nasihat perdana menteri sebelum itu supaya polis melatih diri cara untuk mendapatkan bukti.
Beliau merujuk kepada kenyataan Khalid semalam bahawa polis sedang merancang undang-undang baru untuk menggantikan EO yang dimansuhkan tahun lepas untuk menangani isu jenayah.Pua memetik ucapan Najib kepada penjawat awam di Razak School of Government pada Julai 2012 yang meminta polis mengemukakan bukti untuk mendakwa suspek di mahkamah daripada hanya menahan tanpa bicara bawah EO.