Saya sungguh hairan bagaimana Barisan Alternatif masih mahu mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya BA menang dalam pilihanraya nanti. Sebagai seorang rakyat biasa, saya sama sekali menolak bekas banduan menjadi perdana menteri negara yang saya cintai.

Saya bukannya kenalan Anwar atau pernah berurusan dengan beliau. Pada saya, keputusan mahkamah telah mendapati beliau bersalah melakukan jenayah. Sama ada beliau betul-betul melakukannya bukannya persoalan lagi.

Berlandaskan kepada rasional di atas, nampaknya BA ketandusan pemimpin yang berkaliber. Di sini saya ingin membuat cadangan. Saya fikir eloklah BA mengenepikan topik 'Anwar Ibrahim' dalam menhadapi pilihanraya akan datang. Ia tidak relevan lagi, malah satu liabiliti kepada BA.