Jika kerajaan tidak menyelesaikan isu berkaitan kematian C Sugumar dalam tempoh 48 jam, mangsa kematian dalam tahanan itu akan terpaksa dikuburkan anggota keluarganya tanpa mendapat keadilan.

pkr dharmendran dang wangi police 260513 surendran Peguam keluarga N Surendran ( kanan ) berkata, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan hasrat melakukan bedah siasat kedua kerana tiada arahan mahkamah.

"Tiada undang-undang yang mengatakan arahan mahkamah diperlukan untuk menjalankan bedah siasat kedua.

"Ini membangkitkan persoalan tentang kejujuran kerajaan dalam memberikan keadilan kepada anggota keluarga," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Peguam Latheefa Koya pula berkata, permintaan arahan mahkamah secara tiba-tiba itu bertentangan dengan persetujuan Menteri Kesihatan Dr S Subramaniam' untuk memudahkan bedah siasat kedua itu.

"Kenapa kamu perlu arahan mahkamah sedangkan pihak polis berkata mereka tiada bantahan?| tanya Latheefa.

[Baca berita penuh]