Selalunya kita dengar di media perdana bahawa pembangkang menyebarkan fitnah di ceramah-ceramah dan di laman-laman web pro pembangkang.

Tetapi semasa pilihanraya kecil Indera Kayangan lepas, di dalam laman web pro Umno www.inderakayangan.com yang dikendalikan oleh Kelab Maya Umno (KMU) yang juga mengendalikan beberapa lagi laman web pro Umno telah membuat fitnah bahawa Nurul Izzah, anak perempuan kepada Anwar Ibrahim, telah mengandung anak luar nikah dengan Ketua Pemuda Keadilan Mohd Ezam Mohd Noor.

Bagi saya, ini satu fitnah yang amat besar dan berat hukumannya. Saya paparkan di sini maklumat ini untuk para pembaca menilainya sendiri siapakah pemfitnah sebenar di negara ini.