Saya merujuk kepada surat Concerned of Muslims bertarikh 19 Mac. Apa yang cuba diutarakan oleh penulis mengenai cara pembaca lain, Ariff Yusof, membahaskan kemarahan dengan cara tidak ilmiah adalah benar

Namun dalam masa yang sama penulis juga menilai agama universal ini dengan cara yang salah. Beliau menyetujui bahawa "Islam itu cantik dan indah tidak seperti agama-agama lain yang saya tahu" tetapi sebaliknya pada masa yang sama membuat penilaian untuk tidak mahu menerima Islam di atas asas umatnya kini yang lapuk dan usang dalam pemahaman agama mereka. Alasan tidak mahu kepada Islam di atas dasar pemahaman penganutnya yang sempit seperti Ariff bukan cara yang betul untuk membuat keputusan memilih sesuatu agama. Ia perlu berlandaskan kebenaran, ketulenan serta kesucian sejati.

Namun saya lebih percaya bahawa kedati seseorang itu akan memeluk Islam adalah kerana kehendak Allah yang maha Esa.

Begitu juga dakwaan penulis yang tidak berasas yang mengatakan bahawa beliau tidak pernah berjumpa dengan tahap tidak toleransi sebegini pada penganut Hindu, Buddha dan Kristian. Buka sahaja suratkhabar keesokan hari anda akan terbaca pembunuhan Muslim beramai-ramai oleh Hindu di India, penindasan Muslim Ningxia oleh golongan Buddha di sempadan Cina dan pembunuhan beramai-ramai Muslim oleh penganut Kristian Crotia di Bosnia.

Apa yang pasti di Malaysia, secara umumnya golongan bukan Islam sangat beruntung kerana menduduki sebuah negara majoriti Islam yang mempunyai tahap kefahaman toleransi yang tinggi ke atas minoriti, iaitu golongan bukan Islam.