Rakyat tolak dasar Islam konservatif amalan PAS
Keputusan pilihanraya umum pada 21 Mac lalu, memeranjatkan ramai pihak. Kali ini majoriti undi orang Melayu telah beralih mendokong kekuasaan Umno dan Barisan Nasional (BN). Yang lebih mengejutkan lagi ialah jatuhnya kerajaan PAS Terengganu dan kemenangan BN di banyak kerusi DUN dan Parlimen di Kelantan.
Rata-rata, pihak-pihak yang saya temui, terutama para aktivis parti pembangkang, pada malam keputusan pilihanraya di umumkan, kelihatan begitu marah dan tidak puas hati kerana tidak menjangka langsung bahawa BN akan memenangi pilihanraya umum kali ini dengan majoriti yang begitu besar.
Ramai pihak yang menuding jari menyalahkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berikutan masalah teknikal yang menyebabkan ramai gagal menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi. Di Pandan Indah, contohnya, dilaporkan 500 pengundi membuat laporan polis terhadap SPR kerana tidak dapat mengundi.
Bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa mandat besar telah di berikan oleh orang Melayu kepada kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah. Secara tidak langsung, kita juga tidak boleh menafikan kebencian orang Melayu terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Harapan yang besar telah di berikan kepada Perdana Menteri baru yang terkenal dengan imej 'Mr Clean'.
Pimpinan PAS sudah pasti akan termenung jauh mengenangkan nasib yang menimpa parti mereka yang mengamalkan garis Islam konservatif. Dokumen negara Islam PAS ternyata tidak disambut oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Ini di tambah pula dengan sikap angkuh pemimpin PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menyelar Dr Syed Husin Ali yang berimej sosialis.

Manakala Abdul Hadi Awang pula menghina Lim Kit Siang dan Karpal Singh dengan mengatakan mereka telah ketinggalan zaman. Tetapi yang lebih menariknya ialah DAP muncul sebagai parti pembangkang yang paling banyak memenangi kerusi Parlimen, iaitu 12 kerusi.
Selepas pilihanraya ini, parti-parti pembangkang wajar melakukan penilaian semula, terutamanya PAS, yng merupakan parti orang Melayu yang terbesar selepas Umno. Rakyat ternyata telah muak dengan politik caci dan maki yang sering diamalkan oleh pemimpin PAS.
Solat berasingan
Kalau kita melihat kembali sejarah, PAS diasaskan oleh pejuang kemerdekaan tulen iaitu Dr Burhanuddin Al Helmy di Perak. Beliau amat terkenal dengan sikapnya yang tegas terhadap penjajah dan membela rakyat yang tertindas.
Tetapi selepas pemergian Dr Burhanuddin, PAS semakin hilang dasar Islam progresif dan yang berkembang hebat di dalam PAS ialah garis Islam konservatif. Sebab itu, kita dapat melihat betapa besarnya pengaruh Abdul Hadi yang membawa garis Islam Taliban. Amanat Abdul Hadi yang mengkafirkan orang Umno, telah memberikan kesan besar di dalam masyarakat di Malaysia.
Akibatnya, terjadilah kes mengerjakan solat berasingan di masjid yang berbeza, di antara pengikut PAS dan Umno, terutama di Terengganu.
Keputusan pilihanraya umum yang baru lalu merupakan pengajaran besar kepada PAS yang harus sedar bahawa rakyat Malaysia sudah muak dengan dasar-dasar yang tidak progresif dan keangkuhan pemimpinnya. Mereka tidak menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW yang membawa garis membebaskan rakyat yang tertindas daripada belenggu penindasan.
Para pemimpin PAS hanya ghairah untuk memperlihatkan kulit Islam tetapi tidak isinya. Cuba kita lihat majoriti pemimpin PAS, ramai yang ghairah untuk membela janggut dan memakai jubah serta serban.
Jika ada pengikutnya yang memakai songkok, mereka akan menuduh orang itu sebagai pengikut Umno. Apakah mereka terlupa bahawa songkok adalah budaya masyarakat Melayu? Selain itu, ramai pemimpin PAS yang gemar menggunakan perkataan Arab seperti "ana dan anta" bagi menggantikan "saya dan awak" dalam perbualan seharian.
Sederhana
Ini adalah antara faktor yang telah menyebabkan orang Melayu tidak boleh menerima PAS kerana cubaan PAS untuk meng'ARAB'kan orang Melayu.
Parti Keadilan Rakyat pula harus mengkaji semula hubungannya dengan PAS kerana beberapa tindakan PAS yang telah menghina pakatan Barisan Alternatif (BA). Pertama, kita harus lihat dalam isu penghinaan Nik Aziz terhadap Dr Syed Husin yang dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Kota Bharu, sehingga beliau menarik diri.
Penghinaan Nik Aziz itu membuktikan bahawa PAS tidak menghormati pakatan BA yang bersetuju untuk meletakkan calon Keadilan di Kota Bharu.
Kedua, kita dapat lihat sikap tidak jujur PAS terhadap pakatan BA apabila calon PAS turut bertanding di DUN Dengkil dan Taman Medan walaupun Keadilan sudahpun meletakkan calonnya di situ.
PAS sudah lupa bahawa kemenangan besar PAS pada 1999 adalah protes orang Melayu terhadap pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya atas dasar garis politik PAS. PAS harus melakukan bedah-siasat secara besar-besaran di seluruh negara bagi memastikan parti itu tidak bungkus.
Strategi PAS juga ternyata gagal apabila anak didik parti itu di kampus turut ditolak oleh majoriti mahasiswa kerana membawa garis politik yang sama iaitu Islam konservatif.
Para pemikir PAS harus memikirkan perkara yang lebih progresif daripada asyik menghalang konsert yang semestinya mengundang kemarahan orang ramai yang memerlukan hiburan untuk menghilangkan tekanan.
PAS juga harus kembali kepada ajaran Nabi Muhammad yang sebenar iaitu membela rakyat yang tertindas atau kaum "Mustadh'afin" sepertimana yang dinyatakan di dalam al-Quran. Ternyata rakyat lebih menerima garis Islam Pak Lah yang dilihat lebih liberal dan sederhana.
AMIN ISKANDAR adalah penulis bebas serta aktivis UBU yang aktif dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan.