Pihak univerisiti jangan jadi pak turut
Perkembangan terbaru dewasa ini menunjukkan universiti sewajarnya menambah lagi klausa dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) - pelajar lelaki lembut tidak layak masuk universiti.
Manakala Majlis Fatwa Kebangsaan perlu juga agaknya, mengharamkan orang lembut di Malaysia. Mereka yang lembut bolehlah dikenakan hukuman sebat supaya mereka insaf dan tidak memalukan negara.
Masalah lelaki lembut di universiti mula digembar-gemburkan kepada umum, khususnya oleh akhbar arus perdana berbahasa Melayu apabila Menteri Perpaduan Negara dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Paduka Dr Siti Zaharah Sulaiman menyatakan pihak universiti harus berjaga-jaga dengan kebanjiran lelaki lembut di menara gading itu.
Pihak universiti turut mengiyakannya dan bersetuju gejala ini memang berleluasa di universiti, dan antara alasannya ialah terlalu ramai pelajar wanita.
Perbahasan mengenai fenomena ini berterusan dan meleret ke soal lelaki dan wanita yang tidak berkahwin. Maka banyaklah fakta yang timbul, termasuk ramai lelaki yang tidak berkahwin berbanding dengan wanita.
Sebelum isu ini meledak, saya telah terdengar riak-riak di universiti beberapa perbincangan dan perlaksanaan program bagi membanteras lelaki lembut. Hujung tahun lalu, satu seminar untuk menangani lelaki lembut telah diadakan, dengan disertai beberapa pegawai universiti.

Pemikiran universiti
Pada Jun 2003 pula, Universiti Putra Malaysia telah mengadakan program `Gerak Segak` -- program mengumpulkan lelaki lembut untuk menjadikan mereka 'keras'.
Alasan asasnya ialah perangai lelaki lembut telah memalukan universiti. Jika mengikut akta universiti mereka boleh dikenakan hukuman kerana kesalahan mencemarkan nama baik universiti (rujuk Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975).
Inilah rupa universiti kita - malu tidak kena tempat, megah tidak kena cara. Universiti berdiri bukan dengan bangunan sahaja tetapi yang paling utama ialah manusia di dalamnya yang membentuk corak dan gaya pemikiran universiti. Perkataan universiti yang terkandung perkataan "universe", sudah cukup memberikan konotasi meluas dan menyeluruh.
Jiwa asas universiti ialah menerima kepelbagaian. Sebab itulah di universiti terdapat variasi sekolah atau fakulti supaya setiap satu berhubung dan berinteraksi, dan di setiap fakulti pula terdapat pelbagai disiplin ilmu yang diajar. Manusia yang memasuki universiti seharusnya lebih terbuka fikiranya, lebih faham dengan kepelbagaian.
Menerima kepelbagaian bukan bermaksud menukar diri kita untuk menjadi mereka, tetapi menghormati gaya dan pemikiran orang lain. Jika tidak bersetuju, harus ada perdebatan antara pihak-pihak terlibat. Barulah perkembangan minda berjalan bukan berdasarkan prejudis dan peribadi orang lain.
Sikap hipokrasi
Tindakan ke atas lelaki lembut adalah bukti yang menunjukkan universiti kita sudah hilang jiwanya. Sewajarnya universiti meraikan kepelbagaian dan kerencaman kehidupan. Sebabnya universiti bukan merupakan kem ideologi yang menjuruskkan manusia kepada satu arah pemikiran dan perbuatan sahaja.
Ini telah menjadi barah yang merosakan universiti. Persatuan pelajar sendiri kerap terkongkong dengan pemikiran jumud mereka. Persatuan Islam kerap menghukum orang "sesat" dan "kafir", manakala persatuan yang prokerajaan pula kerap menuduh orang lain tidak "patriotik" dan "derhaka" kepada bangsanya.
Golongan minoriti seperti lelaki lembut ini, sering terpinggir dan terasing kerana sering disangka mengamalkan cara hidup yang tidak baik dan melalaikan.
Bahaya besar bakal menimpa pelajar universiti jika usaha pembersihan ini dilakukan. Hasil, mereka yang hidup dengan hipokrasi, tidak boleh menjadi diri mereka sendiri. Hipokrasi ini hanyalah melahirkan manusia yang menghadapi krisis identiti. Mereka perlu berpura-pura dan merupakan talam berlapis-lapis untuk menghadapi kehidupan.
Setelah soal lelaki lembut berlegar dalam media arus perdana, akhirnya ketua pengarah pendidikan mengarahkan isu itu berhenti dibahas secara umum. Dalam makna biasa, isu lelaki lembut tidak begitu penting kepada kita sehingga perlu diletakkan di bawah 'keadaan berjaga-jaga'.
Meraih undi
Oleh itu, rupa-rupanya ramai di kalangan kita termasuk naib canselor universiti, selama dua tiga minggu ini, bercakap dan berfikir mengenai perkara yang tidak penting, seolah-olah akan tercabut keintelektualan mereka jika tidak turut sama membicarakan isu lembut.
Bagaimanapun, isu ini telah tertolak kepada masyarakat, dan mereka seharusnya mengetahui secara mendalam pelbagai persoalan yang timbul daripada isu tersebut. Setelah puas menghentam, disulam beberapa surat pembaca dari lelaki lembut, isu ini dibiarkan berlalu tanpa ada jawapan ataupun tidak pasti apakah sebenarnya masalah yang ingin ditonjolkan.
Inilah puncanya apabila terlalu banyak orang politik menguasai kehidupan. Segenap penjuru menjadi lobi orang politik membidik populariti untuk meraih undi dalam pilihanraya. Dari penoreh getah, pekerja estet, universiti, orang seni hingga kepada pesanan ringkas (SMS), semuanya dijana oleh orang politik, baik pembangkang mahupun kerajaan.
Universiti sewajarnya menjadi pengasas kepada pemikiran manusia sekitarnya, bukan menjadi pak turut kepada orang yang tidak masuk universiti. Tetapi cita-cita itu harus didahului dengan kefahaman tentang persekitaran dan tahu mendahulukan kepentingan - fiqh al aulawiyat - dalam istilah arabnya.
Amir Sari, wartawan sebuah radio-web, adalah bekas aktivis mahasiswa yang memperjuang gerakan pelajar di universiti tempatan. Beliau sering menulis mengenai aspek pergerakan pelajar dan kemahasiswaan. Sebarang komen hantar ke email penulis : amirsari2003@yahoo.com