Menilik nasib Anwar
Semua pihak yang mengambil berat tentang nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak kira kawan atau lawan, tentu sedang tertanya-tanya: Adakah beliau akan dibenarkan diikatjamin Isnin ini?
Persoalan yang sama tentu telah bermain dalam benak kawan dan lawan Anwar sejak keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada 18 April lalu, untuk tidak membebaskannya - suatu keputusan yang mengecewakan penyokong Anwar dan mereka yang memperjuangkan kebebasan kehakiman di Malaysia berkaitan dengan kes-kes politik yang sensitif.
Masa itu, harapan Anwar dibebaskan adalah tidak cerah memandangkan kesnya merupakan konspirasi politik untuk mencantasnya, di samping pengaruhnya sebagai penjana gerakan reformasi, masih besar. Pada pokoknya, keadaan ini masih tidak berubah. Dan ini bermakna harapan Anwar untuk dibenar diikatjamin pada Isnin juga adalah tipis.
Namun tidak dapat dinafikan kes Anwar adalah kes politik. Dan politik pula terdedah kepada pelbagai kemungkinan. Dalam politik prakmatis Umno, memang tiada musuh (begitu juga kawan) selama-lamanya, malah adalah lumrah kawan berbelah menjadi musuh, atau musuh merujuk semula menjadi kawan.
Dr Mahathir Mohamad sendiri dalam wawancara khasnya ( Mingguan Malaysia , 15 Jun 2003) telah menekankan apa yang dinamakan sikap "memaafkan dan melupakan". Kata beliau: "Kalau saudara perhatikan, orang yang menentang saya, saya tidak simpan dalam hati sampai selama-lamanya. Sebab itu beberapa orang menentang saya sekarang, berada dalam Kabinet."
"Saya ambil Rais Yatim, orang ini menentang saya dulu. Pak Lah pun menentang saya dulu. Bagi saya, apa yang penting ialah apakah seseorang itu baik atau tidak untuk parti dan kerajaan."
Semua pihak yang mengambil berat tentang nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak kira kawan atau lawan, tentu sedang tertanya-tanya: Adakah beliau akan dibenarkan diikatjamin Isnin ini?
Persoalan yang sama tentu telah bermain dalam benak kawan dan lawan Anwar sejak keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada 18 April lalu, untuk tidak membebaskannya - suatu keputusan yang mengecewakan penyokong Anwar dan mereka yang memperjuangkan kebebasan kehakiman di Malaysia berkaitan dengan kes-kes politik yang sensitif.
Masa itu, harapan Anwar dibebaskan adalah tidak cerah memandangkan kesnya merupakan konspirasi politik untuk mencantasnya, di samping pengaruhnya sebagai penjana gerakan reformasi, masih besar. Pada pokoknya, keadaan ini masih tidak berubah. Dan ini bermakna harapan Anwar untuk dibenar diikatjamin pada Isnin juga adalah tipis.
Namun tidak dapat dinafikan kes Anwar adalah kes politik. Dan politik pula terdedah kepada pelbagai kemungkinan. Dalam politik prakmatis Umno, memang tiada musuh (begitu juga kawan) selama-lamanya, malah adalah lumrah kawan berbelah menjadi musuh, atau musuh merujuk semula menjadi kawan.
Dr Mahathir Mohamad sendiri dalam wawancara khasnya (Mingguan Malaysia, 15 Jun 2003) telah menekankan apa yang dinamakan sikap "memaafkan dan melupakan". Kata beliau: "Kalau saudara perhatikan, orang yang menentang saya, saya tidak simpan dalam hati sampai selama-lamanya. Sebab itu beberapa orang menentang saya sekarang, berada dalam Kabinet."
"Saya ambil Rais Yatim, orang ini menentang saya dulu. Pak Lah pun menentang saya dulu. Bagi saya, apa yang penting ialah apakah seseorang itu baik atau tidak untuk parti dan kerajaan."
Sudah insaf
Tidak dapat dinafikan, bagi Dr Mahathir, prasyarat seseorang itu dianggap "baik untuk parti dan kerajaan" ialah seseorang itu tidak menentang beliau. Jika seseorang itu dulu menentang beliau, ia mesti menyokongnya semula, dan jika sudah menubuhkan parti (umpamanya Parti Semangat 46), parti terbabit mesti dibubarkan.
Dengan lain perkataan, jika Anwar dianggap sudah menginsafi "defectnya" (perkataan Dr Mahathir), dan tidak menentang Dr Mahathir lagi, menurut amalan "memaafkan dan melupakan semua yang telah berlaku", Anwar juga berpeluang diterima balik kepada Umno. Dan apabila ditanya tentang kemungkinan Anwar diterima balik kepada Umno, setelah beliau berundur, Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan itu.
Pada hari mahkamah membuat keputusan membenarkan ikatjamin terhadap Mohd Ezam Mohd Nor, saya pernah bergurau dengan seorang pemimpin Keadilan yang agak rapat dengan Anwar : "Sekarang Ezam, seterusnya Anwar, betul tak?"
Dalam perbincangan selanjutnya, saya dapati beliau tidak menolak kemungkinan Anwar dibebaskan, tetapi menafikan beliau akan berpatah balik ke pangkuan Umno demi bangsa (Melayu), agama (Islam) dan negara seperti desas-desus atau jangkaan setengah orang.
Ada jangkaan yang "sensitif"(adakalanya terlalu sensitif sehingga sukar dipercayai) tentang perkembangan politik negara kita bahawa nampaknya ada sesuatu sedang berlaku di antara pihak Anwar dan pihak Dr Mahathir - pembebasan reformasi 6 tanpa syarat, Ezam dibenarkan ikatjamin serta penangguhan kes Azmin, - kesemuanya bukan kebetulan, tetapi perkembangan terbaru yang berkaitan dengan proses penyelesaian kes Anwar.
Ramai yang terperanjat dengan pembebasan reformasi 6 tanpa syarat, dan lebih memeranjatkan ialah menurut punca yang rapat dengan Anwar, kononnya Dr Mahathirlah yang memberi arahan supaya mereka dibebaskan tanpa syarat sungguhpun Pak Lah tidak setuju untuk membebaskan mereka.
Reformasi 6
Menurut punca yang sama, kononnya kebelakangan ini Dr Mahathir tidak suka mendengar orang memburuk-burukkan Anwar di depan beliau, seolah-olah beliau telah kesal mengenakan Anwar yang pernah menyelamatkan beliau daripada diguling oleh Team B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1987.
Malah kononnya Dr Mahathir juga telah kesal kerana memilih Pak Lah sebagai penggantinya. Oleh itu, beliau sengaja membebaskan reformasi 6 dan mungkin juga Anwar tidak lama lagi untuk "memeningkan kepala" Pak Lah, dan sekiranya Pak Lah tidak berupaya untuk menghadapi mereka, Dr Mahathir akan membatalkan keputusannya untuk berundur.
Kedengaran pula ada pemimpin Keadilan yang berpendapat bahawa yang penting ialah Anwar dibebaskan, dan penyakitnya dapat diubati. Yang lain boleh dirundingkan kemudiannya.
Dan "khabar angin" yang mendedahkan Ezam telah berunding dengan Umno dan mencapai persetujuan tentang pembebasan Anwar untuk menjalani perubatan di luar negeri, juga selari dengan pendapat pemimpin Keadilan yang tersebut di atas.
"Low profile" atau sikap tidak menonjolkan diri yang diperlihatkan oleh Ezam selepas dibebaskan juga menggelirukan ramai penyokong gerakan reformasi, kerana ini memang bukan sifat dan perilaku beliau sebagai seorang jaguh reformasi yang senantiasa berada dalam barisan perjuangan yang terdepan.
Ikut jejak Razaleigh
Untuk meredakan pelbagai khabar angin yang mengatakan beliau akan berpatah balik ke pangkuan Umno hujung bulan lalu, Ezam terpaksa mengakui bahawa Umno pernah menghantar orangnya ke Penjara Kajang untuk memikat beliau supaya berpatah balik dan menghentikan perjuangan untuk membebaskan Anwar daripada penjara.
Kenyataan tersebut mungkin menandakan perbincangan antara Anwar-Dr Mahathir telah gagal, atau untuk meredakan tekanan yang Ezam hadapi daripada rakan-rakan reformasi yang ingin mengetahui gerangan apa yang sedang berlaku.
Mungkin juga informasi yang didedahkan oleh punca yang rapat dengan Anwar hanya merupakan perang saraf yang sengaja direka-reka untuk menggelirukan atau memecah-belahkan pihak musuh.
Bagaimana sekalipun, kes Anwar tetap kes politik, dan ia hanya dapat diselesaikan melalui agenda politik. Jika beliau dibebaskan, besar kemungkinan sesuatu "persefahaman politik" telah dicapai. Memandangkan suasana politik Barisan Alternatif (BA), terutamanya Parti Keadilan sekarang, mudah difahami kenapa pembebasan Anwar amat diperlukan.
Dalam keadaan ini, penyokong Anwar mungkin lebih bersedia untuk "berkompromi" , sehingga ada yang berpendapat, tidak usah berhitung panjang, keluar dahulu! Jika harga yang perlu dibayar tidak terlalu tinggi, sehingga menjahanamkan prospek perjuangan politiknya, mungkin juga Anwar memilih keluar dahulu seperti nasihat sesetengah pemimpin Keadilan .
Saya sendiri berasa kes Anwar sukar dikompromikan, jika beliau tidak bersedia untuk mencontohi Tengku Razaleigh, Rais Yatim dan Pak Lah supaya "dimaafkan dan melupakan semua yang telah berlalu".

