Merangsangkan ekonomi untuk apa dan siapa?
Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan pakej strategi baru bernilai RM7.3 bilion untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Semua pihak, termasuk pemerintah sendiri mengakui keadaan ekonomi negara sekarang ini semakin tenat, berikutan Perang Iraq dan ancaman Sars. Apa saja usaha untuk mengatasi keadaan ini harus dialu-alukan.
Sejak krisis kewangan yang melanda negara dan rantau ini lima tahun dulu, tidak ada tanda bahawa ekonomi negara sudah pulih. Keadaan sekarang menyulitkan lagi jalan untuk mencapai pemulihan.
Mangsa paling teruk akibat keadaan ini ialah golongan berpendapatan rendah serta sederhana, terdiri dari pekerja dan jua pengusaha serta peniaga kecil dan sederhana juga. Mereka menanggung penurunan pendapatan sebenar kerana kenaikan harga barang keperluan dan peningkatan bayaran untuk segala perkhidmatan awam, dan kerana kemelesetan perniagan, kejatuhan harga hasil pengeluaran, kehilangan pekerjaan, hutang tidak terbayar dan seterusnya.
Soalnya sekarang ialah: adakah usaha pemerintah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi ini akan berkesan?
Beberapa tahun lalu, PM telah melancarkan pakej hampir serupa, tetapi nilainya kira-kira separuh saja daripada yang sekarang ini. Baru-baru ini pula, pemerintah memperkenalkan Valuecap, bernilai RM10 bilion lebih, konon untuk merangksang petumbuhan ekonomi melalui langkah-langkah menggalak pasaran saham. Setakat ini tidak kelihatan apa-apa kesan positif daripada langkah-langkah tersebut terhadap ekonomi negara dan taraf hidup rakyat jelata.

Kami ingin memberi komen khusus tentang beberapa perkara dalam pakej strategi baru ini, seperti berikut:
Bonus piliharanya?
Adakah bonus setengah bulan gaji sogokan sebelum pilihanraya? Nampaknya, sunggguhpun Dr Mahathir membayangkan pilihanraya dijadualkan tahun depan, mungkin juga ia diadakan lebih awal dalam tahun ini, sebelum keadaan ekonomi merosot lebih buruk. Sudah tentu ramai kakitangan kerajaan yang berasa gembira kerana dapat bonus ini, walaupun mungkin ada juga kecewa sedikit kerana mereka mengharapkan lebih banyak lagi.
Sungguhpun mengalu-alukan pemberian bonus ini, namun kami merasakan sepatutnya kadar lebih tinggi dari 50 peratus gaji sebulan patut diberi kepada kakitangan berpendapatan rendah dan sederhana, dan semakin menurun sedikit bagi mereka yang berpendapatan tinggi. Akan tetapi, pada dasarnya kami berpendapat adalah lebih baik jikalau mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana diberikan kenaikan gaji pokok, sesuai dengan kenaikan harga hidup sekarang ini.
Sebanyak RM600 juta diperuntuk bagi industri kecil dan sederhana, dan RM400 juta untuk pengusaha baru. Memang sewajarnya mereka diberikan peruntukan tersebut. Tetapi adakah peruntukan ini merupakan satu jenis "bonus" juga kepada orang atau golongan tertentu saja? Para pemimpin pemerintah hendaklah memberi jaminan peruntukan ini tidak akan dibagi-bagikan hanya kepada kroni-kroni rapat sebagai pemangkin supaya mereka bekerja lebih rajin untuk menyokong parti-parti pemerintah dalam pilihanraya.
Siapa akan dapat kredit kecil?
Selama ini pinjaman mudah diberi terutama sekali kepada sesetengah korporat kroni besar untuk menyelamatkan syarikat mereka. Peniaga dan pengusaha kecil diabaikan. Adalah satu pertanda yang baik pemerintah mulai sedar dan memperuntukkan RM1 bilion untuk kredit kecil kepada mereka.
Dana sebanyak RM500 juta diletak di bawah Bank Pertanian, RM300 juta di bawah Bank Simpanan Nasional dan RM200 melalui Amanah Akhtiar. Cuma Amanah Akhtiar saja yang mempunyai pengalaman menangani atau menguruskan pembahagian kredit kecil, dan berjaya mendapat bayaran balik. Kedua-dua bank tersebut boleh dikatakan tiada pengalaman dan belum teruji lagi.
Lebih penting lagi ialah persoalan sama: siapakah nanti yang akan diberikan kredit kecil ini? Adakah pengagihan akan ditentukan oleh faktor kaitan politik dengan pimpinan parti pemerintah? Adakah kredit ini juga akan diberi kepada penyokong-penyokong yang boleh mendapatkan undi untuk parti pemerintah memenangi pilihanraya?
Pemajuan perumahan
Pemajuan perumahan untuk kebajikan rakyat atau kekayaan kontraktor? Dr Mahathir mengumumkan pemerintah akan mendirikan 150,000 buah rumah supaya rakyat boleh memilih rumah yang baik. Ini satu ironi, kerana PM inilah yang telah membunuh rancangan yang dimulakan oleh Allahyarham Tun Razak untuk menggalak rancangan demokrasi pemilikan perumahan.
Tidak ada iltizam yang kelihatan untuk menumpu kepada pembinaan rumah murah tapi selesa bernilai kurang dari RM50 ribu, terutama sekali untuk menempatkan peneroka bandar (setinggan) yang sering menjadi mangsa perobohan dan pengusiran. Walaupun ada pinjaman dengan faedah 3 peratus bagi rumah bernilai kurang dari RM100 ribu, namun ramai yang berpendapatan rendah tidak akan mampu membayar ansuran harga rumah tersebut. Oleh kerana itu mereka tidak akan berpeluang memiliki rumah sendiri.
Rancangan menurunkan harga rumah yang boleh dibeli oleh orang asing kepada RM150 ribu akan mempunyai akibat buruk. Ada kemungkinan permintaan bertambah akan menaikkan lagi harga rumah kos sederhana. Ini akan membebankan rakyat kita sendiri. Adakah pemerintah akan mengadakan rancangan sewa beli yang munasabah untuk membantu rakyat membeli rumah yang akan dibina?
Kami ingin tahu, adakah projek perumahan ini akhirnya akan memberi kebajikan kepada rakyat biasa? Atau adakah ia bertujuan sebenarnya untuk memberi peluang mengayakan kontraktor-kontraktor tertentu yang rapat hubungannya dengan pemimpin pemerintah?
Siapa akan mengurus peruntukan bagi pelancongan dan bagaimana? Kami mengakui bahawa pelancongan semakin menjadi sumber pendapatan negara yang bertambah penting. Selepas peristiwa 11 September, industri pelancongan semakin teruk terjejas dengan meluasnya wabak Sars dan tuduhan konon Malaysia tidak selamat dari serangan pengganas.
Pengusaha pelancangon
Sekarang RM1 bilion diperuntuk terutama bagi membantu pengusaha-pengusaha pelancongan. Siapakah mereka ini? Dari mana? Adakah mereka yang rapat dengan pemerintah dan mugkin juga Menteri Pelancongan akan diberi keistimewaan nanti? Adakah nanti lebih ramai pelawat dan peserta dari luar negara untuk menghadiri berbagai-bagai persidangan dalam negara akan dibiayai dari wang ini? Sudah adakah mekanisme untuk mengawasi dan memantau bagaimana nanti Kementerian Pelancongan akan membelanjakan peruntukan tersebut?
Mengapa peruntukan bagi pertanian kecial sekali dan tiada untuk pekerja? Tiap-tiap tahun belanjawan dibentang dalam Parlimen, kita dapati peruntukan kepada pertanian dan Kementerian Pertanian jauh lebih kecil dari yang lain. Dalam pakej strategi baru ini, kita dapati peruntukan bagi pertanian kecil saja, iaitu RM200 juta sebagai dana permulaan bagi menanam pokok getah untuk membuat perabot, dan RM300 juta untuk membaiki sistem penghantaran di kawasan luar bandar.
Masyarakat luar bandar paling mundur dan banyak sekali mempunyai golongan di bawah garis kemiskinan. Masyarakat ini juga yang memberikan sokongan kepada Umno untuk terus mendominasi politik negara. Mengapakah tidak ada niat sedikit pun untuk melipat gandakan peruntukan bagi mereka?
Begitu juga, golongan susah adalah sangat besar di kawasan ladang dan di kalangan pekerja kasar peringkat rendah pada umumnya. Mereka ini menyumbang kepada KWSP yang menjadi sumber kewangan yang penting bagi pakej strategi baru ini. Akan tetapi, mengapakah tidak ada disentuh sama sekali apakah bantuan atau projek bagi golongan kurang bernasib baik ini?
Sebagai kesimpulan, sudah pasti pemerintah akan berjaya berbelanja wang yang banyak dan sudah tentu segolongan kecil akan mendapat faedah besar. Akan tetapi, belum pasti lagi taraf hidup rakyat ramai akan bertambah baik.
DR SYED HUSIN ALI adalah presiden Parti Rakyat Malaysia. Belia merupakan seorang bekas pensyarah Universiti Malaya dan pernah ditahan selama enam tahun dibawah Akta Keselamatan Negara (ISA).