Pemilik bengkel beri 'hadiah' pada Guan Eng
BernamaDiterbitkan: Jan 11, 2013 12:47 PM | Dikemas kini: Jan 11, 2013 12:49 PM
Seorang pemilik bengkel membaiki motosikal yang bengkelnya diroboh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dua tahun lepas, hari ini menyerahkan 'hadiah' berbentuk replika jentolak dan kek kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng sempena ulang tahun kedua kejadian itu berlaku.
Mohamed Yacoob Mohamed Noor, 24, berkata hadiah beserta memorandum itu berupa simbolik rasa tidak puas hati beliau dengan sikap kerajaan negeri yang sehingga kini tidak memberi penjelasan munasabah mengenai tindakan itu.
"Surat sudah dihantar banyak kali tapi satu pun tidak dijawab. Saya bukannya berniaga tanpa lesen dan guna tanah kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di pusat pentadbiran kerajaan negeri di bangunan Komtar di Georgetown hari ini, yang menempatkan Pejabat Ketua Menteri.
Beliau yang mendakwa kerugian RM150,000 akibat tindakan meroboh itu memberi tempoh dua minggu kepada kerajaan negeri untuk memberi maklum balas berhubung perkara tersebut.
Namun usahanya bersama 10 yang lain untuk menyampaikan sendiri hadiah tersebut kepada Lim dihalang oleh pengawal keselamatan.
Hadiah dan memorandum tersebut kemudiannya diserahkan kepada Penolong Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Watawa Nataf Zulkifli.
-Bernama