Hishamuddin terus bersarang dalam kepompong Pemuda
Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein memilih untuk terus mempertahankan jawatannya dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada September depan. Beliau mematikan segala desas desus yang meramalkannya akan bertanding merebut salah satu jawatan naib presiden parti itu.
Dalam pengumumannya Ahad lalu, beliau berkata keputusannya untuk memegang jawatan itu sepenggal lagi adalah kerana ketika ini tiada calon lain yang layak menggantikan tempatnya. Beliau mahu memastikan jawatan itu kelak dilepaskan kepada tokoh yang benar-benar layak dan berwibawa.
Keputusan beliau itu tidaklah mengejutkan, malah ia telah dijangkakan kerana beliau tidak pernah
menunjukkan keberanian untuk keluar dari kepompong Pemuda Umno. Kalangan pemerhati Umno menyambut keputusan Menteri Pelajaran itu dengan menganggap beliau tidak cukup bersemangat untuk bertarung pada hiraki yang lebih tinggi.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein memilih untuk terus mempertahankan jawatannya dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada September depan. Beliau mematikan segala desas desus yang meramalkannya akan bertanding merebut salah satu jawatan naib presiden parti itu.
Dalam pengumumannya Ahad lalu, beliau berkata keputusannya untuk memegang jawatan itu sepenggal lagi adalah kerana ketika ini tiada calon lain yang layak menggantikan tempatnya. Beliau mahu memastikan jawatan itu kelak dilepaskan kepada tokoh yang benar-benar layak dan berwibawa.
Keputusan beliau itu tidaklah mengejutkan, malah ia telah dijangkakan kerana beliau tidak pernah
menunjukkan keberanian untuk keluar dari kepompong Pemuda Umno. Kalangan pemerhati Umno menyambut keputusan Menteri Pelajaran itu dengan menganggap beliau tidak cukup bersemangat untuk bertarung pada hiraki yang lebih tinggi.
Ini kerana Hishamuddin tidak yakin dapat memenangi salah satu daripada jawatan tersebut. Beliau tahu kekosongan yang ada hanya satu sahaja kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib akan mempertahankan jawatan masing-masing. Kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pula akan direbut oleh ramai tokoh yang lebih berwibawa daripadanya.
Antara yang awal-awal lagi memberi isyarat mahu bertanding ialah Datuk Zaid Ibrahim. Manakala
tokoh-tokoh lain seperti Datuk Seri Dr Rais Yatim Datuk Syed Hamid Albar, Datuk Ali Rustam dan Tan Sri Mohd Isa Samad 'mahu tapi malu'.
Mereka masih segan untuk mengumumkan secara terbuka hasrat untuk menduduki jawatan nombor tiga dalam parti itu walaupun secara senyap-senyap telah mula berkempen.
Jalan selamat
Hishamuddin sebenarnya mengambil jalan selamat apabila enggan melepas jawatan Ketua Pemuda Umno. Beliau sedar tidak sukar baginya mempertahankan jawatan itu. Kalaupun ada cabaran dari Datuk Aziz Sheikh Fadzir atau dari Datuk Dr Mohd Khir Toyo, semua boleh ditepis dengan mudah. Risiko yang ditanggung tidak sebesar bertanding naib presiden.
Lagipun, apalah sangat yang hendak direbutnya kerana jawatan Ketua Pemuda secara automatik menjadikannya salah seorang daripada naib presiden parti.
Namun ada kalangan Umno merasakan Hishammuddin sebenarnya melepaskan satu peluang keemasan untuk muncul sebagai salah seorang tokoh paling kanan dalam Umno apabila beliau enggan bertanding jawatan naib presiden.
Menurut mereka, sudah tiba masanya bagi Ketua Pemuda Umno itu melebarkan sayapnya. Setelah dinaikkan pangkat oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Menteri Pelajaran, beliau sepatutnya maju ke tangga yang lebih tinggi lagi.
Perlantikan beliau sebagai salah seorang menteri kanan dalam kabinet adalah pengiktirafan terhadap kemampuan dan sumbangannya kepada parti. Sepatutnya Hishammuddin menggunakan suasana positif yang menyelubunginya di dalam parti sekarang untuk memanjat kedudukan lebih tinggi dalam Umno.
Namun beliau nampaknya lebih sayangkan Pemuda Umno. Mungkin masih ada banyak perjuangan yang belum selesai di sayap kanan parti itu. Ada juga di kalangan para penyokong Hishammuddin menganggap beliau mengambil langkah tepat kerana tidak terburu-buru dan tidak gelojoh.
Menurut mereka, ramai sahabat dan penyokong tidak mahu Hishammuddin tersilap langkah masuk gelanggang naib presiden kali ini. Bagi mereka, masanya belum tiba. Pemilihan akan datang
lebih sesuai untuk cucu Datuk Onn itu bertarung di luar gelanggang Pemuda. Bagi mereka untuk bertahan dan naik lebih tinggi dalam Umno, seseorang mesti bersabar. Inilah strategi jangka panjang yang paling berkesan.
Masuk gelanggang
Kini dengan kekalnya Hishamuddin dalam Pemuda, peluang orang lain untuk menerajui pergerakan itu dilihat agak tipis. Aziz Sheikh Fadzir dan Dr Mohd Khir dirasakan tidak mempunyai pengaruh yang cukup untuk mengenepikan Hishamuddin. Mereka mungkin boleh masuk gelanggang sekadar memeriahkan acara.
Dr Mohd Khir memang diketahui umum bercita-cita besar untuk menjawat jawatan Ketua Pemuda kali ini. Namun kemampuan beliau meraih sokongan dan pencalonan masih diragui. Mungkin hanya Pemuda Umno Selangor akan mencalonkannya untuk merebut jawatan tersebut.
Khabarnya isyarat untuk bertanding jawatan berkenaan yang disebarkan oleh beliau ke seluruh negara sejak beberapa bulan lalu mendapat sambutan dingin dari pergerakan pemuda negeri dan bahagian.
Dengan keputusan Hishamuddin itu juga, ramai kalangan pemimpin Pemuda Umno yakin Aziz akan menolak sebarang pencalonan untuk merebut jawatan Ketua Pemuda. Dengan kedudukannya yang sangat 'low profile' kebelakangan ini, Aziz dirasakan telah kehilangan kukunya dalam pergerakan itu. Oleh itu tidaklah mengejutkan jika Hishammuddin akhirnya menang percuma sahaja pada bulan September nanti.
Pergerakan Umno Perak telahpun mengumumkan akan mencalonkan Hishammuddin dan exco pergerakan itu, Khairy Jamaluddin sebagai calon ketua dan naib ketua pergerakan itu. Kalangan pemuda Umno meramalkan menantu Perdana Menteri itu mempunyai peluang baik untuk memenangi jawatan tersebut.
Malah, ramai pemimpin-pemimpin Pemuda dikatakan cenderung untuk melihat regu Hishammuddin-Khairy memegang tampuk Pemuda untuk tiga tahun akan datang. Namun adakah Khairy akan menerima pencalonan tersebut?
Sebelum ini beliau dikatakan tidak mahu bertanding apa-apa jawatan dalam parti kerana tidak mahu dirinya dijadikan isu untuk menjejaskan nama baik bapa mentuanya. Beliau telahpun meletakkan jawatannya dari pejabat Perdana Menteri semata-mata mahu mengelakkan fitnah dan buruk sangka terhadap keluarganya.
Mungkinkah kali ini beliau berubah fikiran? Sama-sama kita tunggu sepak terajang Pemuda Umno kali ini. Adakah mereka semakin matang atau akan terus manja dan lembek longlai. Yang nyatanya perebutan dalam pergerakan Pemuda kali ini akan berlangsung dalam suasana membosankan. Tiada yang mendebarkan, keputusannya sudah boleh diteka.

