Opera China play menghantui Pak Lah
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) menamatkan lawatan lima harinya ke China semalam. Beliau gembira dan menyifatkan lawatannya itu sebagai berhasil.
Selain dapat merapatkan lagi hubungan yang sudah 30 tahun terjalin antara kedua-dua negara, kunjungan itu membuka lebih luas lagi pintu perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara. Atau lebih tepat ia memberi lebih ruang dan kelebihan kepada ahli perniagaan dan pelabur Malaysia mencari pasaran di China, yang ketika ini merupakan ekonomi paling dinamik dan paling besar di dunia.
Sebanyak 30 memorandam persefahman (MoU) ditandatangani antara syarikat dan agensi kerajaan kedua-dua negara. Ia melibatkan kerjasama dalam bidang teknologi maklumat, telekomunikasi, automobil, kejuruteraan, bioteknologi, penyiaran dan perdagangan.
Sekali imbas, ia adalah satu rekod yang sangat baik dan menjanjikan peluang cerah bagi ahli korporat di negara ini untuk bertapak kuat di China. Ia juga mencerminkan kepercayaan sektor korporat dan kerajaan China terhadap kerajaan dan ahli-ahli perniagaan Malaysia.
Namun Pak Lah, walaupun gembira dengan rekod MoU itu, nampaknya lebih suka mengambil sikap berhati-hati. Beliau telah mengingatkan ahli-ahli perniagaan Malaysia supaya mengotakan apa yang termenterai di atas perjanjian-perjanjian tersebut.

Beliau mahu semua MoU itu disusuli dengan tindakan, bukan sekadar di atas kertas sahaja. Beliau tidak mahu nama baik kerajaan dan sektor korporat Malaysia terjejas oleh MoU yang terbengkalai atau dilupakan begitu sahaja sebaik sahaja delegasi Malaysia sampai ke Kuala Lumpur.
Semua orang tahu MoU bukannya kontrak yang kukuh yang mempunyai ikatan undang-undang. Ia tidak lebih daripada satu surat hasrat atau persetujuan longgar. Ia boleh diungkai atau tidak dikotakan pada bila-bila masa. Ia tidak merugikan mana-mana pihak kerana belum melibatkan sebarang modal atau pelaburan.
Pasaran saham
Pak Lah menyedari hakikat itu dan mungkin beliau belajar daripada pengalaman pada awal 1990-an di mana senario yang sama berlaku. Pada tahun 1993-1994 dulu, ketika pasaran saham sedang memuncak, berlaku keghairahan terhadap pelaburan dan perniagaan di China.
Ia adalah susulan dari kunjungan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ke China. Puluhan MoU telah ditandatangani antara sektor korporat Malaysia dengan agensai dan perbadanan perniagaan di negara tersebut. Paling popular dan dialu-alukan oleh para pelabur di pasaran saham ketika itu ialah usahasama dalam soktor pembalakan, janakuasa dan perjudian
Keghairana itu mencetuskan satu fenomena di pasaran saham. Para pemain saham menyebut perkembangan itu sebagai "China play". Pelbagai spekulasi dibuat. Saban hari ada sahaja syarikat awam mengumumkan perluasan perniagaan mereka ke China.
Ada yang mengumumkan usahasama mengeluarkan tilam spring di Guangzhou, mendapat beribu-ribu ekar konsesi balak di Manchuria, memperolehi lesen perjudian di Hainan, diberi hak membina stesen janakuasa dan membekal bekalan eletrik di Shanghai serta pelbagai lagi "venture". Malah ada di antaranya terlalu kabur dan diragui kesahihan.
Namun kerancakan pasaran saham dan kegilaan para "punters" membuatkan segala pengumuman mengenai MoU di China diterima bulat-bulat dan dijadikan satu tonik untuk menaikkan harga saham-saham syarikat terbabit.
Akhirnya apa yang terjadi? Apabila pasaran saham kembali tenang dan rasional, segala pengumuman itu senyap begitu sahaja. MoU yang kononnya ditandatangani dengan pelbagai pihak di China dibakulsampahkan. Hanya syarikat pengeluar tilam, Dreamland Holdings yang dipimpin oleh Datuk Lim Kim Hong yang berjaya bertapak kukuh di China selepas itu..
Mengharu dan memalukan, ramai para pelabur tertipu oleh fenomena "China play" itu dan paling buruk, nama baik Malaysia terjejas. Barulah kerajaan dan para pemain saham sedar, segala-galanya tidak lebih daripada tipu muslihat korporat.
Tercicir
Inilah yang ditakuti oleh Pak Lah. Beliau tidak mahu MoU dianggap remeh, ditandatangani sekadar untuk melengkapkan kunjungannya. Beliau tidak mahu "China play" berulang hingga mengorbankan kredibiliti negara kerana pasaran China amat penting bagi Malaysia.
Selepas Amerika, negara komunis itu adalah pasaran paling berpotensi untuk eksport Malaysia. Dengan jumlah penduduknya yang lebih satu bilion orang, pertumbuhan ekonomi melebihi 7 peratus setahun, pendapatan rakyatnya yang semakin kukuh dan selera mereka yang semakin "trendy", Malaysia tidak mampu tercicir dari perlumbaan di China.
Pak Lah mahu China bukan sahaja menjadi saingan kepada ekonomi Malaysia, malah pada masa, yang sama menjadi kawan rapat dari segi ekonomi dan politik.
Walaupun kebarangkalian "China play" akan berulang kali ini di pasaran saham kita adalah tipis, namun sikap berhati-hati Pak Lah itu adalah suatu yang wajar.
Tindakan beliau memuji usahasama antara UMW Holdings dengan China National Petroleum Corporation adalah isyarat jelas bahawa beliau mahu syarikat dan pelabur Malaysia bersikap serius dan bertanggungjawab dalam menerokai pasaran China.
Malah, beliau mengingatkan korporat Malaysia supaya jangan menganggap China sebuah "lombong emas" yang mudah. Sebaliknya beliau mahu mereka berniaga dan melabur secara lebih canggih, membina rangkaian hubungan yang luas dan merangka strategi jangka panjang.
Sudah tiba masanya bagi sektor korporat Malaysia berhenti memperlekehkan potensi perniagaan di China. Sudah tiada tempat lagi bagi kegilaan "China play" yang pernah berlaku 10 tahun lalu.
China kini bukan lagi sebuah kawasan yang dipenuhi sawah padi atau bukit bukau yang terbiar.
Pudong di Shanghai sudah dipenuhi bangunan pencakar langit dan Jinmao Building sedang dirikan di situ untuk mengambilaih kedudukan bangunan tertinggi di dunia daripada Menara Petronas.
Ekonomi China bukan lagi sebuah opera, tetapi realiti yang penuh ranjau.