Jejak kasih 12 ekor katak
Gendang perang pilihanraya umum makin gamat. Ia semakin ketara apabila badut-badut politik mula bertukar menjadi sang katak. Kemasukan semula 12 "orang kuat" Pemuda Keadilan ke dalam Umno, jelas menunjukkan kita berada di ambang pesta demokrasi itu.
Lompat melompat parti menjelang pilihanraya adalah perkara biasa di Malaysia. Kalau tidak wujud fenomena ini, tidak lengkap asam garam kempen pilihanraya. Oleh itu, melompatnya 12 ekor "katak" ke lubuk Umno, tidaklah memeranjatkan. Malah ia telah dijangkakan sekian lama kerana cerita Ruslan Kassim, Hamdan Taha dan Zahid Mat Arip berbaik-baik dengan orang Umno sudah lama tersebar.
Sebenarnya, sudah lama mereka "pencen" dari parti Keadilan. Cuma pengumuman lompatan mereka ke dalam Umno ditangguhkan di atas faktor "timing". Dalam politik gejala lompat melompat parti mesti dibuat dengan "timing" yang tepat. Antara sebabnya, kalau masanya tidak kena, susah sikit "si katak" hendak tawar menawar. Kalau "timing" tepat, boleh dapat habuan lumayan.
Faktor kedua berkaitan dengan kesan kepada tindakan lompat melompat itu. Kalau "melompat" menjelang pilihanraya, tidak kiralah pilihanraya kecil atau umum, kesannya dirasakan lebih besar. Perbuatan berpaling tadah itu boleh menjejaskan kekuatan sesebuah parti. Dalam konteks ini, ia didakwa boleh melemahkan jentera pilihanraya parti Keadilan.
Selain itu, ia boleh melemahkan moral ahli-ahli lain parti berkenaan kerana parti Keadilan akan kelihatan tempang dan lemah dengan ketiadaan para pemimpin Pemudanya. Tindakan membelot ini juga boleh dijadikan modal berkempen, khususnya untuk menyerang parti yang diilhamkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Pembelot
Dua belas "pembelot" parti Keadilan itu, walaupun cuma pemimpin di peringkat pertengahan, namun mereka adalah penggerak utama gerakan reformasi. Siapa tidak kenal dengan Ruslan Kassim. Tokoh dinamik parti Keadilan yang pernah keluar masuk ISA. Petah dan lantang mengkritik kerajaan, terutamanya Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (ketika itu belum Tun). Pernah dua kali bertanding di atas tiket Keadilan, di kawasan Parlimen Kuala Pilah dan pilihanraya kecil di Teluk Kemang Namun dia tewas.
Begitu juga Hamdan Taha dan Hanafiah Man, merekalah yang memegang pembesar suara di demonstrasi-demonstrasi jalanan sambil memekik "Undur Mahathir UndurJahanam Umno..." Malah Hanafiah pernah menjadi ketua pengarang lidah rasmi parti, Suara Keadilan. Para penyokong setia gerakan reformasi yang akan turun ke demonstrasi-demonstrasi jalanan selepas ini tentu akan merindui suara garau dan lantang mereka berdua.
Begitu juga Zahid Mat Arip, tiada hadirin di majlis ceramahnya yang tidak terhibur dengan cerita lawaknya tentang "bekas cucu Gafar Baba". Kononnya demi perjuangan, Zahir sanggup derhaka pada datuknya, bekas timbalan perdana menteri itu. Sekarang bagaimana yeksudah berjejak kasih.sudah kembali bermanja dengan datuk?
Begitulah, sekarang badut-badut politik itu menjilat balik apa yang pernah mereka luahkan sepanjang tahun 1998 hingga akhir 2003. Tiada lagi dendam, marah dan benci pada Umno. Sekarang segala-galanya baik. Dan untuk menutup kelemahan dan kepincangan sendiri, lalu digunakan alasan perpaduan Melayu untuk rujuk semula pada parti pemerintah itu.
Dua belas anak muda yang satu ketika dulu nampak penuh dengan idelisme dan semangat perjuangan, akhirnya kecundang. Jelas sekali mereka tidak mempunyai daya tahan. Mereka kembali melutut menyembah parti dan orang yang satu ketika mereka keji dan benci.
Begitulah jadinya apabila berjuang tidak mengikut kebijaksanan dan idelisme. Berjuang mengikut perasaan dan nafsu, akhir sendiri yang lesu dan malu. Mungkin lagi orang politik, tiada yang hendak diaibkan - perkara biasa. Namun bagi rakyat biasa, mereka tidak lebih daripada sekumpulan katak yang kelaparan dan kehausan.
Selepas ini hulubalang-hulubalang yang baru kembali ke pangkal jalan itu akan menjerit-jeritkan slogan-slogan baru. Tiada lagi " ..Undur Mahathir UndurJahanam Umno atau Lawan Tetap Lawan" Selepas ini akan bergema dari mulut mereka "hidup Melayu...Hidup Umno hidup Pak Lah."
Puteri Umno
Jaket revolusi parti Keadilan sudah dibuang. Mereka akan memakai jaket biru karat bertulis " Gerak Gempur Pemuda Umno...". Selepas ini mereka akan berdiri dengan senyum paling manis di sisi Puteri Umno!
Sebenarnya, perkembangan terbaru yang melanda parti Keadilan itu amat mengecewakan. Parti pimpinan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sudah sedia tempang itu akan menjadi lebih lemah. Gerakan Pemuda Keadilan tentunya tidak serancak dulu. Ezam Mohd Noor telah kehilangan beberapa orang kuat yang berpengalaman menggerakkan kempen parti.
Namun apakan daya Ezam, tarikan yang ada pada beliau dan parti Keadilan tidak sekuat daya penarik yang ada pada Umno. Kini tinggal Ezam, Azmin Ali, Gapalakrishnan dan beberapa kerat pemimpin dan ahli Keadilan untuk meneruskan perjuangan. Adakah mereka juga akan berputus asa dan menjilat muntah sendiri?
Hanya Tuhan yang tahu. Inilah yang dinamakan politik, segalanya mungkin. Tiada kawan dan musuh yang kekal. Dalam politik juga tiada dendam, yang ada cuma tipu muslihat. Jambatan yang dibakar boleh diganti dengan jambatan baru.
Mungkinkah selepas pilihanraya ke-11 kelak, hanya dua parti politik Melayu, Umno dan PAS sahaja yang akan terus hidup. Adakah Parti Keadilan akan mengikut jejak Parti Semangat 46?