Diplomasi Yee Sang dan Golf
Kunjungan hormat dan suai-kenal Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke negara-negara Asean merupakan satu usaha untuk menyerlahkan imej baru Malaysia yang mengamalkan Dasar Jiran Baik di rantau ini, serta bersedia menyelesaikan masalah dua hala, melalui pendekatan yang lebih berdiplomasi dan mesra.
Justeru, dalam suasana yang lebih menguntungkan ini, diplomasi yee sang dan golf telah berjaya menjalinkan hubungan yang lebih baik dan membina antara Malaysia-Singapura, kerana kedua-dua pihak bersetuju memulakan rundingan secara langsung untuk menyelesaikan beberapa isu tertunggak tanpa timbangtara pihak ketiga.
Isu-isu tertunggak itu termasuk isu bekalan air, Pulau Batu Putih, pembinaan jambatan baru, pembangunan tanah milik KTMB, status Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin di stesen KTM Tanjung Pagar, penggunaan ruang udara Malaysia oleh Tentera Udara Singapura dan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pusat Singapura.
Kunjungan suai-kenal Abdullah ke Singapura pada 12 Januari lalu telah didahului dengan laporan-laporan media yang mencerminkan perubahan "paradigma" daripada irama permusuhan kepada dendang "rasa sayang", dan disusuli pula dengan diplomasi yee sang dan golf pada 24 dan 25 Januari di Johor Bahru dan Singapura.
Kira-kira 100,000 ( Mingguan Malaysia melaporkan 300,000) rakyat Malaysia dan Singapura, mengiringi barisan pimpinan Kerajaan Malaysia yang diketuai Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail; Raja Permaisuri Agong, Tengku Fauziah Tengku Abd Rashid dan Datuk Seri Abdullah manakala Kerajaan Singapura pula diketuai Goh Chok Tong, menghadiri Majlis Kongsi Raya Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Johor Bahru.
Acara "Menggaul Yee Sang"telah menepati tajuk utama "memakmurkan jiran", dan persahabatan rakyat Malaysia-Singapura bukan saja teruji dalam sejarah, tetapi teruji sekali lagi dalam hujan lebat ketika majlis itu diadakan. Mereka telah memperlihatkan sokongan kuat kepada iltizam kedua-dua kerajaan Malaysia-Singapura untuk membuka lembaran baru dalam hubungan yang sebelum ini"tegang" dan merunsingkan.
Kunjungan hormat dan suai-kenal Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke negara-negara Asean merupakan satu usaha untuk menyerlahkan imej baru Malaysia yang mengamalkan Dasar Jiran Baik di rantau ini, serta bersedia menyelesaikan masalah dua hala, melalui pendekatan yang lebih berdiplomasi dan mesra.
Justeru, dalam suasana yang lebih menguntungkan ini, diplomasi yee sang dan golf telah berjaya menjalinkan hubungan yang lebih baik dan membina antara Malaysia-Singapura, kerana kedua-dua pihak bersetuju memulakan rundingan secara langsung untuk menyelesaikan beberapa isu tertunggak tanpa timbangtara pihak ketiga.
Isu-isu tertunggak itu termasuk isu bekalan air, Pulau Batu Putih, pembinaan jambatan baru, pembangunan tanah milik KTMB, status Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin di stesen KTM Tanjung Pagar, penggunaan ruang udara Malaysia oleh Tentera Udara Singapura dan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pusat Singapura.
Kunjungan suai-kenal Abdullah ke Singapura pada 12 Januari lalu telah didahului dengan laporan-laporan media yang mencerminkan perubahan "paradigma" daripada irama permusuhan kepada dendang "rasa sayang", dan disusuli pula dengan diplomasi yee sang dan golf pada 24 dan 25 Januari di Johor Bahru dan Singapura.
Kira-kira 100,000 (Mingguan Malaysia melaporkan 300,000) rakyat Malaysia dan Singapura, mengiringi barisan pimpinan Kerajaan Malaysia yang diketuai Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail; Raja Permaisuri Agong, Tengku Fauziah Tengku Abd Rashid dan Datuk Seri Abdullah manakala Kerajaan Singapura pula diketuai Goh Chok Tong, menghadiri Majlis Kongsi Raya Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Johor Bahru.
Acara "Menggaul Yee Sang"telah menepati tajuk utama "memakmurkan jiran", dan persahabatan rakyat Malaysia-Singapura bukan saja teruji dalam sejarah, tetapi teruji sekali lagi dalam hujan lebat ketika majlis itu diadakan. Mereka telah memperlihatkan sokongan kuat kepada iltizam kedua-dua kerajaan Malaysia-Singapura untuk membuka lembaran baru dalam hubungan yang sebelum ini"tegang" dan merunsingkan.
Keesokannya, Abdullah dan barisan kepimpinan Kerajaaan Malaysia membalas kunjungan Goh dan barisan kepimpinannya ke Johor Baru, dan melalui permainan golf, ia berjaya menjalinkan hubungan lebih akrab antara pemimpin kedua negara - suatu elemen penting sebelum rundingan rasmi dimulai semula.
Tanda simbolik
Jika anda mengikuti laporan media aliran perdana, tentu anda tidak mudah melupakan keadaan "krisis"yang ditimbulkan oleh kemelut air awal tahun lalu. Bukan saja isu itu tidak dapat diselesaikan, dan terpaksa dirujuk untuk timbangtara pihak ketiga, malah ada penganalisa yang membandingkan kekuatan ketenteraan Malaysia dengan Singapura, dan ada juga yang menyamakan Singapura dengan Israel.
Dalam emosi kemarahan, Perdana Menteri Malaysia waktu itu, Dr Mahathir Mohamad telah membuat keputusan untuk membina separuh jambatan yang berliku-liku, kerana pihak Singapura tidak bersetuju untuk membuat jambatan baru yang dicadangkan beliau dan kerajaan Malaysia.
Jika masih belum terlambat, pembinaan "separuh jambatan yang berliku-liku" itu patut dihentikan segera, bukan sahaja kerana perbelanjaannya besar, malah ia merupakan tanda simbolik yang berkekalan tentang kegagalan diplomasi antara kedua negara berjiran ini.
Sebaliknya, sebuah jambatan baru yang menjadi akan tanda simbolik perpaduan rakyat serta kerajaan kedua-dua negara dan kejayaan Dasar Jiran Baik, harus diselenggarakan untuk menjaga kepentingan kedua-dua pihak dan kestabilan serantau .
Dasar Jiran Baik yang diusahakan Pak Lah itu patut dialu-alukan oleh semua pihak terbabit, terutamanya Kerajaan Singapura yang selama ini dianggap sebagai "angkuh" dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat dan kerajaan Malaysia.
Patut juga Kerajaan Umno/Barisan Nasional mengambil iktibar daripada kegagalan diplomasi Malaysia-Singapura sebelum ini. Dasar kerajaan hendaklah lebih konsisten telus dan berasas kepada norma-norma amalan prinsip dan perundangan antarabangsa, dan tidak hanya menurut hati dan emosi pemimpin.
Tidak dapat dinafikan dalam era globalisasi, perpaduan serantau makin hari makin penting dari segi kestabilan dan keselamatan negara dan serantau, serta perkembangan ekonomi dan kerjasama serantau serta antarabangsa dalam bidang pendidikan, sains, sukan dan kesihatan (umpamanya Sars dan Selsema Burung).
Kerajaan Malaysia dan Singapura juga harus sensitif terhadap hubungan baik dari segi bangsa dan agama - kerana rakyat Malaysia yang majoritinya Melayu/Islam dan rakyat Singapura yang majoritinya bukan Malayu/Islam - ramai yang bertalian keluarga di negara jiran masing-masing. Pelaksanaan Dasar Jiran Baik pasti akan memperkuatan hubungan baik antara rakyat pelbagai bangsa di dalam dan antara kedua negara yang berkongsi sejarah itu!
Semoga diplomasi yee sang dan golf itu akan berterusan, bukan saja menjelang pilihanraya umum negara kita, tetapi selepas pilihanraya umum dan buat selama-lamanya!

