Pak Lah pilih jalan selamat
Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) memilih jalan selamat! Itulah komen para pemerhati politik apabila Datuk Seri Najib Tun Razak diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mereka menyifatkan pemilihan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima itu sebagai langkah politik yang bijak, bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Bagaimanapun, kalangan pemimpin parti di luar Barisan Nasional pula berpendapat, Pak Lah tidak dapat lari dari petunjuk bekas bosnya, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Menurut mereka, dengan memilih Najib sebagai pemimpin nombor dua negara dan Tan Sri Mohamed Nor Yaacop, sebagai Menteri Kewangan Kedua, jelas sekali jejak-jejak Dr Mahathir menjadi ikutan Pak Lah.
Itulah antara pandangan dan kritikan awal terhadap langkah Pak Lah itu. Sebenarnya tidak apa yang perlu dihairankan. Memang telah dijangkakan dari awal Najib akan mengisi kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu. Beliau adalah pemimpin paling kanan dalam Umno dan kerajaan selepas Pak Lah. Yang di luar jangkaan ialah rombkan kecil kabinet yang membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Effendi Narwawi dan Datuk Jamaluddin Jarjis.
Memang sewajarnya Najib terpilih. Pak Lah sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan. Opsyen yang ada pada Pak Lah terlalu terhad dan berisiko tinggi. Selain Najib, calon lain ialah Muhyiddin dan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Percaturan politik
Namun, pemilihan calon lain akan menjadi satu tindakan politik yang berisiko tinggi. Menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi, Pak Lah tidak mampu untuk berhadapan dengan satu krisis dalam Umno.
Beliau mahukan kemenangan besar dalam pilihanraya umum itu bagi mengesahkan mandatnya sebagai Perdana Menteri.
Paling penting, Pak Lah mahu membuktikan kepada dunia bahawa beliau mampu memimpin dan mengawal Umno sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Dr Mahathir dahulu. Oleh itu, jalan paling selamat, walaupun mungkin tidak begitu selesa, ialah dengan melantik Najib.
Sekurang-kurangnya untuk tempoh lapan bulan ini, menjelang pilihanraya umum dan pemilihan pucuk pimpinan Umno, kedudukan parti dan kerajaan terus stabil.
Itulah percaturan politik Pak Lah. Ini tidak mengejutkan kerana sudah menjadi sifat semula jadi beliau suka mengambil jalan selamat. Pak Lah bukan seperti Dr Mahathir yang penuh dengan kejutan serta suka pada cabaran dan konfrantasi.
Beri peluang
Namun tidak kurang juga pemerhati politik yang berpendapat bahawa pergelutan untuk jawatan nombor dua dalam kerajaan dan negara itu tidak akan berakhir di sini. Ada yang berpendapat peluang untuk orang lain memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden
Umno masih terbuka. Malah ada yang berani mengatakan pertukaran Muhyiddin ke Kementerian Pertanian mempunyai muslihat politik.
Menurut mereka, mungkin Pak Lah mahu memberi peluang kepada Muhyiddin untuk membuktikan ketokohannya di kementerian baru dan turun ke akar umbi kerana aktiviti kementerian itu membolehkan menterinya menjelajah ke seluruh negara dengan mudah.
Walaupun Kementerian Pertanian tidak sehebat Kementerian Kewangan atau Kementerian Pendidikan, namun ia boleh menjadi medan yang baik untuk mengembangkan pengaruh jika Muhyiddin mampu mengemudinya dengan betul.
Mungkin Muhyidin perlu belajar dengan Tan Sri Sanusi Junid untuk menghidupkan kementerian itu. Tiada siapa melupakan Sanusi apabila membicarakan soal kelapa muda dan ulam-ulaman. Muhyiddin juga boleh melakukan sesuatu yang berkesan di situ untuk mengangkatkan pengaruh dan peluangnya sebagai orang kuat Pak Lah.
Namun tidak kurang juga yang menyifatkan penghantaran Muhyiddin ke Kementerian Pertanian akan menyukar kerjaya politik beliau. Menurut mereka, ramai menteri yang "mati" di kementerian itu, kecuali Sanusi. Ini kerana tidak banyak yang boleh dilakukan di situ selain bercakap soal tebatan banjir dan peningkatan import makanan.
Dicabar
Namun Muhyiddin nampaknya menerima baik pernghijrahannya ke kementerian baru. Beliau tidak kecewa kerana tidak terpilih sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sebaliknya beliau berserah kepada takdir dan ahli Umno untuk menilai prestasinya selama ini.
Begitulah gambaran awalnya, semua nampak tenang dan akur. Namun senario sebenar di peringkat akar umbi kini semakin hangat cakap-cakap mengenai pemilihan Umno, pada pertengahan tahun ini. Ramai pemimpin yang merasakan diri mereka "kanan" dan berkelayakan berangan-angan untuk mengisi jawatan naib presisden yang bakal dikosongkan oleh Najib.
Tidak kurang juga yang membuat spekulasi nakal bahawa jawatan nombor dua dalam Umno mungkin ditandingi. Menurut mereka, Najib mungkin dicabar. Oleh siapa? Itu ada soalan cepu mas yang terlalu tinggi harganya.
Ini politik, apa-apa sahaja boleh berlaku, lebih-lebih lagi apabila pemilihan pucuk pimpinan parti diadakan selepas pilihanraya umum. Jika Barisan Nasional dan Umno menang besar nanti, perebutan dalam Umno juga dijangka terbuka luas kerana selepas mendapat mandat baru, Umno dan Pak Lah lebih bersedia untuk menghadapi risiko politik yang lebih besar.
Kalah sudah mendapat mandat besar dari rakyat, Pak Lah mungkin membiarkan proses demokrasi menentukan barisan kepimpinan Umno dengan syarat kedudukan beliau tidak dicabar. Oleh itu, apa-apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh lapan bulan akan datang. Najib belum boleh duduk dengan selesa. Dalam politik, banyak sokong yang membawa rebah!