Pembinaan semula Tugu Peringatan Martir 9.1
Rakyat Malaysia sering dituduh sebagai tidak patriotik atas perkara yang agak remeh (umpamanya tidak berminat untuk menaikkan bendera pada Hari Kebangsaan). Sebaliknya, peninggalan kebudayaan yang bersejarah yang melambangkan semangat patriotisme sejati, tidak dihargai dan dipelihara dengan sewajarnya. Nasib Tugu Peringatan Martir Sept 1 (9.1) di Sungai Tua, Batu Caves adalah suatu contoh terbaik.
Tentu ramai yang tidak tahu bahawa di Sungai Tua pernah terpacak sebuah tugu peringatan yang sudah lebih setengah abad lamanya terbiar (1946-2000). Dan tentu ramai pula yang tidak tahu tentang peristiwa 9.1 yang dikaitkan dengan tugu tersebut.
Pada 1 September 1942, kerana dikhianati Lai Te - setiausaha agung Parti Komunis Malaya yang merupakan ejen Jepun - pemimpin-pemimpin Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya yang bermesyuarat di sebuah rumah di Sungai Tua, telah dikepung dan diserang hendap oleh lebih 2,000 askar Jepun, yang mahu menghapuskan mereka dengan sekaligus.
Pemimpin dan pengawal mereka yang hadir hanya berjumlah kira-kira 40 orang. Namun mereka melancarkan perjuangan sengit dan berjaya meluluskan empat lapis kepungan askar Jepun. Bagaimanapun, 18 orang (terdiri dari 9 pemimpin dan 9 pengawal) telah gugur sebagai martir dalam pertempuran itu.
Tugu Peringatan Martir 9.1 justeru dipacakkan pada 1946 setelah Jepun menyerah diri bagi memperingati 18 orang martir yang terkorban tersebut.

Ironis sekali, mereka yang mempertahankan pertiwi Malaya dengan darah dan nyawa mereka, bukan saja dimusuhi penceroboh Jepun dan penjajah British yang kembali memerintah Malaya, malah mereka juga terus dimusuhi kerajaan Malaya/Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan.
Tugu dirobohkan

Lama kelamaan, kewujudan Tugu Peringatan Martir 9.1 telah hilang kerana tiada pihak yang berani menyebutnya secara terbuka. Ia menjadi seolah-olah suatu tabu atau pantang larang yang akan membawa mala petaka kepada sesiapa yang berani menyebutnya secara terbuka.
Namun demikian, khabarnya, dari masa ke masa, masih ada penyokong dan pensimpati yang menziarahi tugu tersebut untuk memberi penghormatan kepada martir-martir ini, dan penduduk Sungai Tua juga secara senyap menjaga tugu itu supaya tidak diganggu oleh mana-mana pihak.
Pada penghujung 1999, apabila penduduk Sungai Tua mendapat tahu yang tugu bersejarah itu mungkin dirobohkan oleh pemaju, mereka segera mencari bantuan pihak-pihak yang dianggapnya berupaya membela nasib tugu tersebut daripada dimusnahkan.
Maka sebuah Jawatankuasa Kerja Menyelamat dan Membina Semula Tugu Peringatan Martir 9.1 ditubuhkan oleh mereka yang berprihatin. Setelah mengadakan rundingan, tuan tanah dan pemaju terbabit telah memberi bahawa tugu tersebut tidak akan diusik, sebelum ia dipindah ke tapak baru.
Tetapi pada tahun 2000, tugu bersejarah itu telah diroboh dan dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab secara rahsia. Tidak kira siapa yang melakukan angkara tersebut, ia adalah suatu perbuatan yang terkutuk dan memalukan.
Ia bukan saja telah menghinakan martir-martir yang telah berkorban itu, malah ia juga telah mengaibkan rakyat dan negara kita kerana tidak menghargai peninggalan sejarah patriotisme yang amat tinggi nilainya.
Tanda penghargaan
Kita harus memikirkan kenapa tindakan sedemikian berlaku di negara kita yang telah merdeka hampir setengah abad? Dan kenapa masih ada pihak yang begitu benci kepada martir-martir yang telah membuktikan patriotisme mereka dengan nyawa mereka - sesuatu yang amat bernilai yang tidak dapat dibanding atau digantikan dengan sebarang hartabenda dalam dunia?"
Nasib baik Jawatankuasa Kerja tersebut tidak tunduk kepada kuasa ganas yang cuba mensabotaj pembinaan semula tugu tersebut. Sebaliknya ia telah bergabung dengan Gecinta Berhad untuk meneruskan projek terbabit.
Mujur Xiao En Cultural, sebuah yayasan di bawah Taman Peringatan Nilai Nilai Memorial Park, bersetuju untuk menyumbangkan sebidang tanah seluas 32,000 kaki persegi (dianggarkan bernilai RM5 juta ) di dalam Nilai Memorial Park untuk projek pembinaan semula tugu yang telah dimusnahkan.
Selain Tugu Peringatan Baru Martir 9.1, projek terbabit dicadangkan meliputi tiga lagi binaan yang berkaitan, iaitu :
* Tempat ditanam semula sisa-sisa jasad martir-martir yang terbabit ;
* Pusat memorial; dan
* Tugu Wira Anti-Jepun Pelbagai Kaum Malaya.
Tugu Wira Anti-Jepun Pelbagai Kaum Malaya dianggap penting kerana wira-wira yang telah berkorban dalam perang anti-Jepun membabitkan semua kaum, sungguhpun majoritinya adalah kaum Cina; dan hingga sekarang, tugu wira seperti yang tersebut di atas, masih belum ada di negara kita.
Projek tersebut dianggar memerlukan kos RM1.5 juta. Sehingga ini, mereka hanya berjaya mengutip RM500,000 dan masih memerlukan RM1 juta lagi.
Saya rasa kerajaan patut memperuntukkan RM1 juta untuk projek tersebut sebagai tanda pengiktirafan jasa Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya amnya dan penghormatan kepada martir-martir terbabit khasnya.
Jika puluhan ribu rakyat pelbagai kaum sanggup berkorban nyawa menentang pencerobohan Jepun untuk mempertahankan negara tercinta ini, apa sangat dengan sumbangan RM1 juta itu?