Batik, apa yang tersirat disebaliknya?
Minggu lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggalakkan kakitangan awam memakai batik di majlis-majlis rasmi. Walaupun ia bukan satu arahan bertulis namun ia dilihat sebagai langkah untuk menguatkuasakan semula peraturan pemakaian baju batik pada hari Sabtu.
Pada era Tun Razak dan Tun Hussein Onn dulu memang batiklah pakaian rasmi kakitangan awam pada setiap hujung minggu. Pekerja lelaki sama ada suka atau tidak pada batik, perlu memakainya. Tetapi amalan itu semakin longgar pada era Tun Dr Mahathir Mohamad.
Akhirnya sejak 10 tahun sebelum Dr Mahathir bersara, bilangan kakitangan yang memakai batik pada hari Sabtu boleh dibilang dengan jari.
Kakitangan awam terutama yang muda ada yang malu untuk memakai batik, kononnya ketinggalan zaman, fesyen lama. Kononnya batik hanya sesuai untuk orang tua atau
" Mat Indon dan Mat Bangla " sahaja. Mereka lebih selesa memakai kemeja lengan pendek atau T-Shirt berkolar. Hari Sabtu menjadi hari bersantai di pejabat.
Kini dalam era Pak Lah amalan itu dijangka akan dihidupkan semula. Jangan terkejut jika dalam seminggu dua ini kalau ada menteri atau ketua-ketua jabatan mengeluarkan arahan untuk menguatkuasakan amalan lama itu.

Kalau ini berlaku, ia tidak mengejutkan kerana sikap Pak Turut telah menyelubungi ramai ketua-ketua jabatan terutama sekali kaki-kaki bodek yang mahu menarik perhatian Pak Lah. Lebih-lebih lagi dalam keadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) masih kosong
Isu batik yang dibawakan oleh Pak Lah itu nampak mudah. Alasan beliau ialah untuk membantu membangun industri batik negara. Untuk menaikkan martabat warisan bangsa. Namun ramai pemerhati politik melihat lebih jauh. Mereka membaca yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Tunjuk taring
Seorang pensyarah politik di universiti di Lembah Klang menyifatkan galakan terhadap batik oleh Pak Lah itu satu anjakan dari bayang-bayang Dr Mahathir.
Beliau mahu pentadbiran awam berwajah baru. Pak Lah katanya mahu pentadbiran awam di bawahnya berbeza dari pentadbiran awam di bawah regim lama. Bukan sahaja ia mesti bersih dari rasuah dan memberikan perkhidmatan mesra rakyat malah mesti mendukung sama budaya bangsa dan agama.
Kata pensyarah itu, apa yang tiada atau kekurangan di zaman Dr Mahathir dulu mahukan diadakan atau ditambah atau diperbetulkan oleh Pak Lah. Beliau mahu menunjukkan wujudnya perbezaan antara dirinya dengan Dr Mahathir.
Salah satu daripadanya ialah dalam soal budaya dan tradisi. Dr Mahathir terkenal dengan sikap melanggar tradisi bagi mencapai agenda politik dan ekonominya. Beliau menekankan kepada pemodenan dan kejayaan segera.
Pak Lah juga sukakan pemodenan dan kejayaan namun dalam mengejar kejayaan itu beliau mahu etika, adat, budaya dan warisan bangsa didukung bersama.
Seorang verteran Umno pula melihat isu batik itu sebagai ketegasan Pak Lah untuk mengikis amalan-amalan yang tidak disenanginya selama ini.
Kalau dulu beliau tidak boleh bersuara kerana adanya orang lain yang lebih berkuasa darinya, kini beliau berhak untuk melakukan cita-cita dan rancangannya.
Bekas ahli majlis tertinggi Umno itu menjangkakan lebih banyak perubahan akan dilakukan oleh Pak Lah selepas ini. Katanya selepas pengumuman TPM nanti, taring Perdana Menteri itu akan lebih ketara. Beliau menjangkakan salah satu aspek yang akan ditekankan Pak Lah ialah menggiatkan semula penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara.
Pengaruh PAS
Pendekatan ini pernah dilakukan pada era-Dr Mahathir-Anwar dan Pak Lah pasti akan mengulanginya berdasarkan beberapa faktor.
Pertama kerana selaras dengan latar belakangnya sebagai seorang anak ulama dan berpendidikan agama hingga ke peringkat tinggi . Latar belakang ini membentuk kecenderungan ke arah itu.
Kedua di atas sebab-sebab politik. Untuk menyaingi pengaruh PAS yang semakin kuat di kalangan orang Melayu.
Pak Lah sedar pengaruh PAS masih kuat di Kelantan dan Terengganu khususnya. Walupun "gelombang biru" dikatakan telah melanda negeri penyu bertelur itu, namun keadaan di peringkat akar umbi dikatakan tidak banyak berubah.
Datuk Seri Haji Hadi Awang dilaporkan masih mantap dan berpelung besar untuk terus memerintah negeri itu selepas pilihanraya umum.
Begitu juga keadaannya di Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat khabarnya tidak mampu digugat oleh barisan kepimpinan Datuk Mustapha Mohamed. Gelagat Datuk Paduka Ibrahim Ali yang kecewa kerana digugurkan daripada barisan kepimpinan Umno bahagian dikatakan telah merosakkan rancangan menawan Kelantan.
Oleh itu Pak Lah perlu melakukan sesuatu. Beliau perlu menonjolkan bahawa Umno juga Islamik seperti PAS. Beliau perlu membuktikan UMNO pada eranya berbeza dari Umno pada zaman D. Mahathir.
Siapa timbalan?
Mungkin segala perubahan dan pendekatan baru tidak dapat dilaksanakan sebelum pilihanraya umum akan datang namun adalah penting bagi beliau menunjukkan tanda-tanda awal hasratnya itu.
Pak Lah perlu menyakinkan rakyat bahawa beliau boleh berdiri sendiri, boleh memimpin negara ini tanpa tunjuk ajar atau nasihat dari orang lain.
Sejak minggu pertama mengambil alih jawatan daripada Dr Mahathir lagi, beliau telah melakukan beberapa perkara yang membuktikan " Pak Lah ada Pak Lah ", mempunyai cara dan pendekatan sendiri.
Setakat ini kata veteran Umno itu lagi, Pak Lah berjaya lari dari imej Dr Mahathir.
Dan Pak Lah katanya akan diiktiraf sebagai berdikari sepenuhnya selepas pengumuman timbalannya kelak. Sesiapa sahaja yang beliau pilih selain daripada Datuk Najib Tun Razak akan dianggap sebagai ketegasan dan keberaniannya menentukan corak dan hala tuju pemerintahannya sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Jika Menteri Pertahanan itu yang terpilih, Pak Lah akan dikatakan tunduk pada pilihan Dr Mahathir.