Jadi TPM belum tentu jadi PM
Kerusi empuk yang panas di Sri Perdana sudah menjadi milik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Tun Dr Mahathir Mohamad yang selama ini begitu liat untuk turun akhirnya pergi. Beliau memberi laluan kepada Pak Lah yang selama ini tidak pernah dilihat sebagai calon berpotensi untuk menjadi perdana menteri Malaysia.
Tetapi itulah ketentuan Tuhan. Kita merancang tetapi rancangan Allah lebih besar. Selama ini, fokus rakyat ialah pada Tan Sri Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pak Lah dilihat hanya layak setakat menjadi menteri Beliau tidak dianggap sebagai bercita-cita tinggi. Bagaimanapun, tiga timbalan perdana menteri sebelum Pak Lah, rebah di tengah jalan, manakala Pak Lah yang sederhana dan lemah-lembut sampai ke puncak.
Kerusi empuk yang panas di Sri Perdana sudah menjadi milik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Tun Dr Mahathir Mohamad yang selama ini begitu liat untuk turun akhirnya pergi. Beliau memberi laluan kepada Pak Lah yang selama ini tidak pernah dilihat sebagai calon berpotensi untuk menjadi perdana menteri Malaysia.
Tetapi itulah ketentuan Tuhan. Kita merancang tetapi rancangan Allah lebih besar. Selama ini, fokus rakyat ialah pada Tan Sri Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pak Lah dilihat hanya layak setakat menjadi menteri Beliau tidak dianggap sebagai bercita-cita tinggi. Bagaimanapun, tiga timbalan perdana menteri sebelum Pak Lah, rebah di tengah jalan, manakala Pak Lah yang sederhana dan lemah-lembut sampai ke puncak.
Apa rahsianya? Hanya beliau tahu jawapannya. Atau mungkin tiada apa-apa petua atau formula tertentu. Mungkin semuanya memang sudah ditakdirkan. Masih ramai yang tertanya-tanya apa rahsia ketahanan politik Pak Lah walaupun beliau tidak mempunyai "grand design"sebagaimana Musa dan Anwar.
Yang pasti elemen yang membawa beliau ke puncak di Putrajaya ialah kewarasannya. Pak Lah tidak pernah membiarkan dirinya dikuasai emosi sepanjang jatuh-bangun politiknya. Walaupun pernah menentang Dr Mahathir bersama team B pada 1987 dan diketepikan daripada kabinet untuk beberapa lama, namun beliau tidak melatah dan melenting.
Pak Lah terus setia bersama Umno. Setelah kecundang bersama team B, beliau kembali ke pangkal jalan. Pak Lah tenang dan tenteram menghadapi pergolakan itu. Beliau tidak perlu menangis di perhimpunan agung Umno untuk diterima semula sebagai ahli dan pemimpin Umno.
Empat tokoh
Ketenangan dan kesederhanaan serta kemampuannya melihat di sebalik kegagalan dan kegelapan itulah yang membezakan Pak Lah daripada Musa, Ku Li, Ghafar Baba dan Anwar. Itulah rahsia kejaya politik beliau!
Kini sejarah sudah terlakar di Sri Perdana, namun teka-teki siapa yang akan mengambilalih kediaman timbalan perdana menteri di Putrajaya, masih menjadi tandatanya. Adakah Pak Lah akan memilih Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Rafidah Aziz atau Datuk Seri Rais Yatim. Atau mungkin ada "outsider " lain di dalam fikiran Pak Lah?
Bukan sahaja keempat-empat tokoh itu, malah seluruh rakyat ternanti-nanti siapakah yang akan menjadi orang nombor dua negara itu. Pak Lah tentu sudah membuat keputusannya, cuma menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan.
Siapa yang dipilih dan bila hendak dilantik adalah hak mutlak perdana menteri. Tiada siapa boleh mendesak atau memaksa beliau untuk cepat mengumumkan pilihannya. Adakah Pak Lah akan mengikut jejak Dr Mahathir pada tahun 1998 dulu membiarkan jawatan timbalannya kosong hampir tiga bulan.
Ramai pemerhati politik merasakan Pak Lah tidak akan bertindak demikian. Beliau diyakini akan mengumumkan timbalannya menjelang Disember ini. Sebagai pemimpin yang berhati-hati dan berdisiplin, Pak Lah tidak gemar melihat spekulasi mengenai jawatan timbalan perdana menteri menghantui dirinya.
Beliau juga tentunya tidak mahu konsentrasi ahli-ahli Umno terhadap pilihanraya umum diganggu oleh pelbagai spekulasi yang boleh memecahbelahkan parti. Pak Lah sebenarnya tidak mempunyai masalah besar untuk memilih timbalannya jika disandarkan kepada jaminan dan janji yang telah diberikan oleh para pemimpin Umno sebelum ini.
Potensi besar
Barisan kepimpinan parti itu telah menyatakan sokongan padu kepada beliau. Malah Najib dan Muhyiddin, dua nama yang berpotensi besar untuk menjadi orang kanan Pak Lah telah menyatakan secara terbuka akan menerima apa sahaja keputusan beliau.
Kalau kata-kata mereka dipegang, itu bermakna Pak Lah bebas melantik sesiapa sahaja, sekalipun Dr Rais Yatim dan mereka semua akan akur dan menyokongnya. Itu adalah gambaran di atas kertas...nampak mudah, tenang dan berpadu.
Namun inikan politik, tiada yang benar selama-lamanya, tiada yang setia sampai ke mati, tiada kawan yang kekal dan tiada janji yang dikota sepenuhnya. Lebih-lebih lagi sekarang apabila poilitik bukan lagi berlandaskan idelisme tetapi berdasarkan kepentingan diri, kedudukan dan habuan kewangan.
Segala-galanya mungkin. Oleh itu, tugas Pak Lah dalam melantik timbalannya, bukanlah satu tugas mudah. Ramai pemerhati berpendapat pilihan timbalan Pak Lah akan menentukan kestabilan jangka panjang Umno.
Mereka yakin, jika Najib terpilih, suasana dalam parti akan tenteram. Ini kerana Najib dirasakan orang paling layak menduduki jawatan tersebut kerana beliau yang paling kanan dan memperoleh undi tertinggi dalam pemilihan Umno lalu.
Beliau juga dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat di peringkat akar umbi. Memandangkan pernah menjadi ketua pemuda Umno, beliau dikatakan telah membina jalinan para penyokongnya di setiap negeri.
Kurang sokongan
Pemimpin pemuda yang duduk sama saf dengannya di dalam pergerakan pemuda dulu, kini sebahagian besarnya sudah mengetaui bahagian masing-masing. Walaupun menang tipis lebih 200 undi sahaja dalam pilihanraya umum 1999 di kawasan Parlimen Pekan, namun itu bukan ukuran pengaruh Najib di dalam Umno.
Malah, ada pemerhati politik berpendapat, pengaruh Najib sangat kuat, mungkin boleh menyaingi pengaruh Pak Lah sendiri. Lebih mencerahkan peluang Najib ialah beliau telah beberapa kali ditonjolkan oleh Dr Mahathir sebagai orang paling sesuai untuk menjadi timbalan perdana menteri.
Namun, sejarah menunjukkan Najib bukanlah pilihan utama Pak Lah. Pemangku presiden Umno itu dilihat lebih selesa untuk beregu dengan Muhyiddin atau Dr Rais. Dari segi kebolehan berkerja, setakat ini kedua-dua pemimpin ini tidak diragui. Cuma dari segi pengaruh politik, mereka kekurangan.
Mereka berdua tidak dapat menandingi Najib untuk menghimpun sokongan padu kepada Pak Lah. Najib mungkin tersinggung jika Muhyiddin atau Dr Rais atau Datuk Seri Rafidah terpilih. Beliau diketahui memang mempunyai cita-cita politik yang tinggi.
Oleh itu, sebarang penolakan terhadap Najib boleh mengundang krisis dalam parti jika anak Tun Razak itu tidak sanggup menerima keputusan Pak Lah. Itulah risiko dan dilemma yang menghantui Pak Lah sekarang.
Gigit jari
Kalau mahu jalan selamat, beliau akan memilih Najib. Kalau beliau mementingkan "teamnya", jawatan tersebut mungkin menjadi rezeki Dr Rais atau Muhyiddin. Namun, berapa ramaikah pemimpin Umno yang menganggap sesuatu jawatan itu sebagai takdir dan rezeki setelah berusaha?
Sebahagian besar mereka merasakan ia adalah hak mereka setelah mereka mengatur segala perancangan dan strategi. Mereka sering lupa Allah adalah perancang yang paling besar. Pak Lah menduduki Sri Perdana sekarang bukan atas pilihannya tetapi ditentukan dan diamanahkan oleh Allah.
Oleh itu, walau siapapun menjadi pilihan Pak Lah nanti, semua ahli dan pemimpin Umno, terutama sekali Najib dan orang-orangnya, harus mencontohi Pak Lah waras dan tenteram serta mampu melihat sesuatu di dalam kegelapan.
Lagipun, apalah yang hendak dikecewakan sangat kalau tidak dipilih oleh Pak Lah kali ini. Kajilah sejarah, tiga timbalan perdana menteri di bawah Dr Mahathir terpaksa gigit jari walaupun jawatan nombor wahid itu sudah hampir masuk poket. Nampaknya jadi jawatan timbalan perdana menteri bukan jaminan seseorang itu akan menjadi perdana menteri.
Macam-mana boleh berlaku di sepanjang jalan berliku itu. Oleh itu, akur dan terimalah dengan hati terbuka sebarang keputusan Pak Lah. Terus setia kepada parti, mana tahu kalau-kalau berlaku sekali lagi kekosongan jawatan itu dalam setahun dua ini. Mungkin kali ini anda akan terpilih. Pokoknya ialah sabar dan setia serta kerja kuat

