Selamat bersara PM.
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telahpun membuat "grand preliminary exit " di sidang kemuncak Asean di Bali. Beliau telah menyampaikan ucapan terakhirnya di persidangan itu. Malahan perdana menteri juga telah diberikan momento oleh para pemimpin negara Asean lain bagi menghargai sumbangannya kepada pertubuhan serantau itu selama ini.
Sebelum itu, Dr Mahathir juga telah menyampaikan ucapan terakhirnya selaku ketua negara Malaysia di perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Di sana beliau mengucapkan "selamat tinggal" kepada badan dunia itu dengan menyarankan supaya sistem veto lima negara dikaji semula.
Kini, seluruh negara Islam menunggu-nunggu beliau mengucapkan "sayonaranya" di Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) pula. Adakah OIC akan memberikan layanan yang sama sebagaimana yang telah diberikan oleh Asean kepada Dr. Mahathir? Cenderahati yang bagaimanakah pula agak yang akan diukir dan disampaikan kepada Wira Dunia Ketiga ini?
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telahpun membuat "grand preliminary exit " di sidang kemuncak Asean di Bali. Beliau telah menyampaikan ucapan terakhirnya di persidangan itu. Malahan perdana menteri juga telah diberikan momento oleh para pemimpin negara Asean lain bagi menghargai sumbangannya kepada pertubuhan serantau itu selama ini.
Sebelum itu, Dr Mahathir juga telah menyampaikan ucapan terakhirnya selaku ketua negara Malaysia di perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Di sana beliau mengucapkan "selamat tinggal" kepada badan dunia itu dengan menyarankan supaya sistem veto lima negara dikaji semula.
Kini, seluruh negara Islam menunggu-nunggu beliau mengucapkan "sayonaranya" di Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) pula. Adakah OIC akan memberikan layanan yang sama sebagaimana yang telah diberikan oleh Asean kepada Dr. Mahathir? Cenderahati yang bagaimanakah pula agak yang akan diukir dan disampaikan kepada Wira Dunia Ketiga ini?
Nampaknya hari-hari terakhir Dr Mahathir sebagai perdana menteri, sudah boleh dihitung dengan jari. Ia makin dirasakan dengan adanya publisiti meluas mengenai persaraan sukarela beliau itu.
Ramai pemimpin dunia berpendapat apa yang dilakukan oleh beliau adalah suatu yang amat luar biasa kerana sedikit sekali pemimpin di mana-mana bahagian di dunia ini yang turun dari "takhtanya" dengan diiringi kalungan bunga.
Sebahagian besar pemimpin turun dari tampuk kuasa sama ada secara paksaan ditolak oleh rakyat menerusi sistem demokrasi atau revolusi atau lebih tragis, dibunuh dan mengundurkan diri kerana uzur. Namun Dr Mahathir melakukan lain dari yang lain.
Berdikari
Beliau turun dari kerusi empuknya di Seri Perdana ketika popularitinya sedang memuncak dan sumbangannya masih diperlukan. Beliau berpegang pada pesanan ibunya, berhenti makan ketika sedang sedap!
Itulah Dr Mahathir, manusia yang kaya dengan imaginasi, semangat dan kejutan. Selama 22 tahun kita dikejutkan oleh beliau dari "lena yang panjang". Sepanjang pemerintahannya, kita diajar menongkah arus, memecah tradisi, mencuba sesuatu yang baru, dan berdikari dengan meritokrasi.
Rakyat Malaysia diajar dan diajar supaya yakin pada kebolehan sendiri. Orang Melayu yang bertongkat subsidi dan status " bumiputera " diajar bersaing dalam globalisasi.
Semangat "Malaysia Boleh" disemai hingga ke puncak Everest, dibawa merentasi Selat Inggeris dan menjelajah Kutub Utara. Kini tiada yang mustahil bagi Malaysia. Tidak siapa boleh menafikan sumbangan besar Dr Mahathir kepada bangsa dan negara.
Hinggakan ada rakyat dan ahli-ahli Umno yang enggan melepaskannya apabila beliau mengumumkan persaraannya tahun lalu. Ahli-ahli Umno di dewan Merdeka di PWTC seperti anak kematian bapa, histeria apabila secara tiba-tiba presiden mereka mahu membawa diri.
Namun Dr Mahathir tetap dengan keputusannya walaupun ada pihak tertentu cuba memujuknya supaya mengubah keputusan. Namun arkitek Wawasan 2020 ini mahu menjaga kredibilitinya. Maka terpaksalah terus berpegang pada janji. Kini ahli-ahli Umno dan rakyat Malaysia sudah boleh menerima hakikat ini.
Kempen penghargaan
Mereka sudah bersedia melepaskan pemimpin kesayangan mereka. Mereka sedar pemimpin datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah siap sedia untuk berpindah ke Sri Perdana.
Bagi melepaskan negarawan ini kembali ke kehidupan biasa bersama keluarganya, pelbagai program menghargai beliau diadakan. Kempen menghantar SMS, mengumpul tandatangan, ekspedisi bermotosikal, jamuan rakyat, ekspo potret Perdana Menteri, buku-buku khas mengenai
Dr Mahathir, majlis membaca puisi, koleksi ucapannya dan pelbagai lagi acara dan cara dilakukan untuk menunjukkan penghargaan kepada beliau.
Malangnya, di tengah-tengah keghairahan untuk menghargai Dr Mahathir itu, kita terlupa ada ketikanya cara kita menjadi keterlaluan dan terlampau .Ketelanjuran itu ada ketikanya menimbulkan rasa meluat, lalu menjadikan niat baik itu tidak kesampaian.
Kesilapan yang sedang berlaku sekarang, mungkin tidak disedar oleh pihak berkenaan. Kepincangan ini sedang berlarutan di RTM. Stesen televisyen dan radio itu seolah-olah memaksa rakyat menerima propagandanya.
Slot berita diselit dengan dokumentari "Bangsaku Bermaruah" setiap hari sejak sebulan lalu. Di samping itu, siaran radio tidak putus-putus selang sejam memainkan rakaman ucapan perdana menteri atau ulasan-ulasan terhadap jasa dan sumbangannya.
Tidak cukup dengan itu, sambutan hari kemerdekaan yang lalu telah ditukar menjadi hari mengembar-gembur mengagung-agungkan Dr Mahathir. Semua ini dilakukan seolah-olah ada pihak yang bimbang rakyat akan melupakan jasa baik Dr Mahathir.
Makan diri
Nampaknya, program "jasamu di kenang" ini dibuat secara keterlaluan. Ia sudah hilang kebijaksanannnya. Disebabkan hampir setiap jam RTM mempromo "Bangsaku Bermaruah", penonton menjadi meluat dengan stesen penyiaran itu.
Niat baik Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin telah "memakan diri sendiri". Agenda beliau tidak sampai ke sasarannya kerana penonton beralih ke stesen televisyen lain. Rancangan hiburan, dokumentrai dan slot berita di NTV7, TV3, Channel 9 dan Astro ternyata lebih memikat.
Cara RTM dan pihak-pihak tertentu "merayakan" persaraan Dr Mahathir ini adakalanya hingga ke peringkat mendewa-dewakan beliau. Mungkin Dr Mahathir sendiri tidak bersetuju dengan senario ini. Mungkin di hati kecilnya, beliau mahu pergi secara aman, lapang dan ikhlas. Tanpa gembar-gembur yang menyebakkan dadanya, tanpa ratapan seolah-olah beliau telah dimasukkan ke ICU.
Pastinya, Dr Mahathir sendiri tidak meminta jasa dan sumbangannya digembar-gemburkan. Beliau sedar apa yang dilakuknya selamanya adalah tanggungjawab untuk mengubah dan membela nasib bangsanya. Namun keghairahan "tukang kipas" dan "kaki bodek" ini telah merosakkan "keindahan " persaraan beliau itu.
"Countdown" persaraan Dr Mahathir semakin ke penghujungnya. Pada 31 Oktober beliau akan melakukan "punch-out " terakhir di pejabatnya di Putrajaya. Datuk Seri Abdullah pula akan mengisi kekosongan di Seri Perdana.
Majoriti rakyat Malaysia terharu dengan persaraan beliau, namun jangan kita lupa, di sebalik kesedihan itu, "orang-orang" yang mengipas Datuk Seri Abdullah sedang tersenyum lebar.

