Tegas mengutuk serangan Hotel Marriott
Sejak tahun 2000, serangan ngeri sering berlaku di Indonesia, terutama di ibu kota Jakarta. Serangan bom di Hotel JW Marriott yang mengorbankan 10 nyawa dan mencederakan 150 lagi, boleh dikatakan serangan biadab dan ngeri selepas serangan di Bali pada Oktober tahun lalu, yang mengorbankan 202 nyawa yang tidak berdosa.
Jika keganasan tidak dianggap musuh bersama semua pihak yang menghargai nilai demokrasi dan perikemanusiaan di Indonesia, di rantau ini, bahkan di seluruh dunia, maka implikasinya bukan sahaja terhadap politik, ekonomi dan sosial di Indonesia, malah ia turut mengancam keamanan dan kestabilan semua pihak yang terbabit.
Serangan Hotel JW Marriott telah menolak anggapan Rejim George W Bush dan Tony Blair bahawa selepas pencerobohan Iraq, dunia telah menjadi tempat yang lebih aman . Ia turut memberi tamparan kepada pendapat kononnya organisasi pengganas telah dilumpuhkan oleh pihak berkuasa Indonesia dan ianya memerlukan waktu beberapa tahun lagi untuk muncul semula.
Serangan terbaru ini mencerminkan jaringan keganasan di Asia Tenggara masih berfungsi sehingga berjaya menewaskan segala perisikan pihak berkuasa. Dan ia juga bermakna keganasan demi keganasan mungkin terus berlaku di mana-mana saja kerana sukar diramal dan dicegah.
Selain jaringan keganasan sedia ada dan kemampuannya untuk terus mendapat dana, bahan letupan dan senjata api yang diperlukan, lebih penting lagi, mungkin wujud puluhan, malah ratusan "Amrozi" yang sentiasa tersenyum, yang bersedia untuk "mati syahid".

Mati syahid
Sudah tiba masanya umat Islam di negara kita dan dunia memberi jawapan yang tegas dan pasti sama ada Amrozi itu gila atau wira, apabila mereka melihatnya mengacukan tinjunya, dan kemudian kedua-dua ibu jarinya (menandakan bagus) sambil tersenyum lebar, sebaik sahaja dia dijatuhkan hukuman mati.
Tidak guna diulangi jutaan kali bahawa Islam itu pencinta keamanan dan anti-keganasan sekiranya selepas berlakunya peristiwa serangan 911, serangan Bali dan sekarang serangan Hotel JW Marriott yang memakan korban ribuan nyawa yang tidak berdosa, umat Islam masih tidak pasti sama ada pengebom berani mati seperti Amrozi itu gila atau wira.
Tidak syak lagi, bagi pengebom berani mati ini dan penyokongnya, setelah dihukum mati Amrozi akan menjadi seorang yang mati syahid, seorang wira yang patut dipuji dan dicontohi.
Jika masyarakat Islam terus menerus tidak pasti mengenainya, maka "kegilaan" Amrozi akan menular di kalangan mereka memujanya - sepertimana pepatah "Patah tumbuh, hilang berganti". Apabila matinya Amrozi, mungkin wujud 10 lagi Amrozi yang rela mati syahid.
Justeru, bagaimanakah keganasan ini dapat diatasi? Dan masakan keganasan tidak boleh dikaitkan dengan Islam?
Puak militan
Sesungguhnya penting ditekankan bahawa keganasan itu tidak bisa diatasi jika puncanya tidak ditangani secara berkesan, terutamanya penindasan dan ketidakadilan di dalam atau luar negara.
Benar juga hujah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa adalah lebih salah lagi sekiranya kita hanya mengenalpasti fundamentalisme dengan ajaran-ajaran sesat dalam Islam saja. Padahal wujud juga militan dan fundamentalis Hindu, Sikh, Yahudi dan Kristian.
Namun demikian, ia tentu menjadi tanggungjawab umat Islam negara ini dan di luar negara untuk memastikan sama ada Amrozi itu gila atau wira, dan mengakui bahwa jaringan keganasan di Asia Tenggara, ada kaitan dengan militan Islam yang perlu kita hadapi.
Justeru seperti anggapan Pak Lah "tiada bandar, tiada pulau dan tiada negara yang selamat sekarang". Ini bermakna pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat, negara kita juga mungkin diserang oleh pengebom berani mati.
Bukan kepentingan dan nyawa orang Barat saja, terutamanya Amerika Syarikat, Britain dan Australia, yang akan terancam, harta benda dan nyawa rakyat kita, termasuk orang Islam juga akan turut terancam.
Lantaran itu, rasanya sudah tibalah masanya untuk semua pihak mengambil suatu pendirian yang bersama untuk menghadapi musuh bersama ini, sebelum terlewat.
Berikutan satu lagi serangan bom - kali ini di Hotel JW Marriot yang mengorban banyak nyawa yang tidak berdosa - maka demi kepentingan rakyat, agama dan negara, semua pihak, termasuk parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan - yang Islam dan bukan-Islam - rasanya wajib mengutuk serangan yang biadab dan tidak berperikemanusiaan itu!