Abim, perpaduan apa?
Songkok itu boleh berbahaya kepada kesihatan minda. Ibarat kata seorang penulis S Akbar Ali, yang menjadi kontroversi kepada Persatuan Ulama Malaysia (PUM), "mungkin serban mufti terlalu ketat, oleh kerana itu tidak cukup oksigen masuk ke otak mereka. Mereka tidak berfikir dengan waras."
Songkok Ahmad Azam Abdul Rahman, presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), mungkin membawa implikasi yang sama. Sebab itu, pada hematnya, perpaduan Melayu itu sangat penting dalam senario hari ini. Tetapi mungkin songkok Onn Jaafar tidak begitu.
P
erpaduan Melayu (baca juga: ummah) ala Abim ini seakan-akan seruan perpaduan kerajaan. Apabila timbul bangkangan serius daripada musuh politiknya, Umno menyeru perpaduan Melayu, PAS pula dituduh memecah-belahkan masyarakat. Tetapi kita tidak mahu mempertikaikan seruan presiden Abim dari sudut ini.
Seruan perpaduan datang bersama sejumlah tanggapan, antaranya, (a) wujud perpecahan di kalangan orang Melayu sekarang atau selama ini, (b) perbezaan politik menimbulkan perpecahan, (c) perpecahan itu sudah sampai di peringkat yang boleh disebut "serius" sehingga perlukan usaha penyatuan, (d) perpaduan itu sendiri baik untuk masyarakat, tanpa mengira matlamatnya dan konteks persekitaran semasa, (e) perpaduan itu dapat menyelesaikan perbezaan politik atau punca-puncanya.
Abim, kalau mengikut seruan presidennya itu, boleh jadi sangat kuat firasatnya. Ada sesuatu yang tidak terpandang oleh orang ramai tetapi dipandang serius oleh kumpulan belia ini. Atau, boleh sahaja Abim tersalah pandang kerana terserkup dalam kaedah berfikir lamanya. Bukan baru nada seumpama ini dilontarkan Abim, ketika bekas presidennya, Anwar Ibrahim dalam kerajaan, pengganti tokoh ini, Siddiq Fadzil, pernah membuat seruan senada ini.

Gerakan Islam
Kita boleh faham seruan Abim ketika itu, ketika Anwar baru bertapak pada1980-an, ketika pertubuhan Islam ini diserang secara meluas oleh perkumpulan-perkumpulan Islam lain di banyak tempat sehingga ke peringkat ahli akar umbi, kampus dan luar negara. Tetapi kekuatan Abim waktu itu, sedikit sebanyak, dibantu oleh beberapa projek Islam dalam kerajaan, beberapa tema perjuangan dan idealisme yang tidak dipelopor oleh gerakan Islam di luar kerajaan.
Hari ini, apabila Anwar dipenjarakan dalam suasana penuh pertikaian, selepas Ahmad Azam sendiri ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kumpulan pro-Abim semakin lemah dalam Parti Keadilan Nasional, rekod hak asasi serta demokrasi negara memalukan hingga di peringkat antarabangsa, seruan Ahmad Azam ini terasa janggal sekali.
Abim sendiri dalam tempoh ini, 1998 hingga sekarang, bukan lagi Abim zaman Siddiq atau Dr Mohd Nur Manuty. Malah, zaman presiden keempat itu tidaklah secemerlang Siddiq, sekurang-kurangnya dari segi retorik gagasan, apatah lagi dibandingkan era Anwar. Jarang sekali Abim memainkan peranan pemimpin intelektual atau "jurubicara ummah", gelaran yang pernah diletakkan pada dirinya sendiri dulu. Tiba-tiba dalam tempoh mutakhir, Ahmad Azam mengokokkan pula seruan "perpaduan ummah"!
Sebab itu, apabila membaca seruan terkini beliau, kita tidak dapat mengelak daripada menggarukan kepala dan bertanya teman-teman jika akhbar web ini tersalah lapor. Kita kehilangan punca dan latar peristiwa yang boleh menjadikan seruan itu difahami dalam konteksnya yang jelas.
Mentaliti subsidi
Dengan perkataan lain, penulis rasa presiden Abim ini tidak berfikir dengan jernih, dan mengabaikan isu-isu penting negara dan bangsa, sebaliknya suka menghendap-hendap peluang bersama kerajaan - sejenis tabiat suka bergayut pada orang politik (kuasa) atau "mentaliti subsidi" yang mewabak dalam kelompok Melayu, termasuklah ilmuan, sasterawan, seniman, budayawan, wartawan dan tidak kurang agamawan.
Format "perpaduan" yang disebut itu pula sangat cetek - misalnya ketika Perdana Menteri dan bekas presiden PAS, Fadzil Noor, berdiri atas satu pentas berceramah tentang isu perjuangan rakyat Palestin. Seolah-olahnya Dewan Rakyat, atau beberapa perkembangan lain, tidak pernah menemukan tokoh dua parti ini dalam isu-isu besar bersama, khususnya menyentuh hal-ehwal antarabangsa.
Kita juga tidak pasti sama ada "perpaduan ummah' itu ada kaitannya dengan usaha pembebasan Anwar atau menjinakkan beberapa parti dalam Barisan Alternatif dengan Barisan Nasional. Abim atau Ahmad Azam sendiri pernah cuba berbuat demikian dalam isu pertemuan perpaduan Melayu, yang kecoh sehingga perlu beberapa siri rundingan pra-pertemuan, awal 2001. Malangnya ia gagal direalisasikan.
Pertemuan antara parti-parti Melayu-Islam atau persoalan beberapa tokoh politik utamanya dikira oleh Abim sebagai "perpaduan Melayu". Kemudian Ahmad Azam berkhutbah agak panjang tentang "politik itu ada hadnya" dan tidaklah wajar ia mencetuskan "kehancuran bangsa sendiri."
Namun, sebagai husnul zann, seruan presiden ini sebenarnya ditujukan kepada siapa - parti kerajaan atau parti pembangkang? Jika ia ditujukan kepada pembangkang atau orang ramai, jelaslah sedar atau tidak, Abim telah rela memperalatkan diri sendiri untuk memenuhi agenda kerajaan atau Umno.
Berbeza pandangan
Tetapi jika ia ditujukan kepada parti kerajaan, kita rasa Abim belum cukup jelas melaungkan isu ini. Sikap keras atau tertutup bukan datang daripada masyarakat atau pembangkang, sebaliknya kerajaanlah yang mencacatkan demokrasi kita hari ini sehingga ruang bersuara serta berbeza pandangan menjadi sangat sempit.
Justeru banyak sekali kelompok yang sedar - tetapi tidak cukup berani atau dalam istilah lebih indah, "memilih kebijaksanaan" seperti Abim - berdiam diri atau berbisik-bisik sesama sendiri.
Bukan setakat mereka tidak berani mengkritik penyelewengan ketara kerajaan dalam hal hak asasi, tetapi soal merumus permasalahan ini atau membawa isu-isu ke muka pembicaraan awam (misalnya tulisan atau seminar) pun mereka tidak sanggup.
Lalu muncullah parti pembangkang, gerakan reformasi serta beberapa individu bebas sebagai wakil penentangan terhadap kebobrokan sosio-politik negara, termasuk yang memudaratkan Melayu-Islam. Oleh itu, ruang penyertaan orang ramai menjadi sangat sempit sebab masyarakat terpaksa memilih dua pihak ini atau berdiam diri.
Malangnya, Abim dan Ahmad Azam nampaknya tidak tersentuh dengan gejala buruk ini. Banyak isu dalam masyarakat - khususnya yang menyentuh kebebasan bersuara, berwacana awam, peningkatan intelektualisme bangsa, kedudukan kebebasan akademik, mutu serta arah seni budaya, atau cabaran negara ini dalam era globalisasi - tidak menjadi tema berterusan dan serius Abim.
Majlis syura
Tiba-tiba berkhutbah tentang perpaduan! Apakah Abim bermimpi? Dari mana idea seumpama ini muncul, sama ada Ahmad Azam sendiri atau majlis syura Abim yang selalunya dianggotai pemimpin tua pertubuhan belia ini?
Saya tidak fikir isu yang dihadapi orang Melayu-Islam sekarang dapat disimpulkan atau disingkatkan dengan seruan serta langkah "perpaduan". Tetapi sebarang pertemuan, khususnya jenis terbuka, untuk membincangkan banyak lagi isu seperti dicontohkan di atas, memang sentiasa relevan dan dialu-alukan.
Kita memang memerlukan wacana awam tentang kedudukan Melayu - sastera (bahasa), agama, sains teknologi, politik (demokrasi), seni, ekonomi dan pendidikannya - dalam konteks negara dan antarabangsa.
Namun perdebatan awam, kritik-mengkritik atau percambahan idea tentang isu-isu bangsa-ummah bukan dapat dirumus dengan kata "perpaduan". Itu semua soal kebebasan berfikir dan bersuara, dan inilah soal asasi di negara kita.
Jika berulang-ulang kali berkhutbah "perpaduan" seumpama ini tetapi mengabaikan isu-isu lain yang telah dinyatakan tadi, otak Abim nampaknya "kekurangan oksigen". Elok sesekali buang songkok dan tanggalkan baju batik, "belia" sangatlah Abim!