Demokrasi Teka Teki
Alangkah beruntungnya rakyat Indonesia, mereka kini berpeluang untuk memilih sendiri siapa presiden negara mereka. Pada tahun depan, buat julung-julung kalinya pilihanraya presiden akan diadakan di negara itu.
Sebelum ini presiden negara ditentukan oleh parti politik yang menguasai Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau parlimen negara itu.
Pemilihan presiden oleh rakyat menerusi satu proses pilihanraya ini dianggap sebagai salah satu daripada produk reformasi politik yang berlaku di negara itu sejak tahun 1998. Dengan perginya Suharto, demokrasi semakin subur dan matang di negara itu, walaupun dari aspek lain, terutamanya ekonomi, Indonesia masih ketinggalan.
Tetapi itu bukan persoalannya di sini. Apa yang dibicarakan ialah pelaksanaan demokrasi yang semakin luas dan telus. Berbeza dengan negara kita, demokrasi disinonimkan dengan proses pilihanraya umum lima tahun sekali. Itulah ertinya demokrasi di Malaysia!
Kita akan disogok dengan hujah demokrasi terpimpin ala-Malaysia ini jauh lebih baik daripada demokrasi ala-Amerika, ala-Britain atau ala-India atau ala-Indonesia. Jika hujah itu dipertikaikan, kita akan dimomokkan dengan takrif "demokrasi adalah demonstrasi jalanan ".

Bernasib baik
Maka media cetak dan media siaran kita akan dipenuhi dengan gambar dan klip video
orang merusuh, mengganas dan merompak harta awam. Itulah senario yang kita hadapi dan sekali sekala terdetik juga di hati kecil kita bahawa ada kebenarannya juga propaganda itu.
Untuk apa demokrasi yang meluas dan terbuka jika rakyatnya hidup melarat? Untuk apa bertukar perdana menteri atau presiden setiap lima tahun sekali kalau rusuhan dan keganasan
tidak dapat dibendung?
Walau apa pun hujah kita, rakyat Indonesia memang lebih bernasib baik dari rakyat Malaysia dari segi politik dan hak asasi manusia. Akibat daripada kejayaan gerakan reformasi tahun 1998 itu, kini mereka berada dalam dilema. Siapa mahu dipilih sebagai bapak presiden? Megawati? Gus Dur? Akhbar Tanjung? Amien Rais atau pendatang baru, Cak Nur?
Serba salah, personaliti mana mahu dipilih, parti atau individu patut diutamakan? Bukannya mudah membuat pilihan, ini akan menentukan nasib masa depan sendiri dan generasi akan datang.
Bijak pandai di Jakarta kini sedang berbicara siapa yang paling layak, antara Megawati dan Amein Rais atau mungkin tokoh akademik, Cak Nur patut diberi pelung untuk menerajui Indonesia.
Demam pemilihan
Dilema mereka sekarang ialah untuk memilih antara pemimpin yang mempunyai ramai penyokong atau pemimpin yang berkualiti. Mereka perlu memutuskan sama ada untuk memilih pemimpin yang pandai berfikir atau hanya tahu berzikir.
Kritikal, kronik dan memeningkan, bila sudah diberi peluang tiba-tiba menjadi buntu. Tidak tahu mana satu pilihan hati. Itulah Indonesia sekarang, dilanda demam pilihanraya presiden walaupun pesta demokrasi itu masih jauh - pada tahun depan.
Sebenarnya kita juga dalam diam-diam sedang melalui keadaan yang sama dengan Indonesia, malah mungkin lebih kronik kerana sedang dilanda demam "pemilihan calon timbalan perdana menteri ".
Penyakit ini menjadi lebih tenat kerana kita akan melangsungkan pilihanraya umum pada tahun depan juga. Kalau di Indonesia, rakyatnya yang sedang menghadapi dilema, namun di sini, dilema paling besar bukan di kepala rakyat tetapi di benak bakal Perdana Menteri Malaysia
yang kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).
Siapa mahu Pak Lah pilih? Datuk Najib, Tan Sri Mahyuddin Yasin atau Datuk Dr Rais Yatim? Sekali pandang, semuanya sama segak, sama bijak dan sama berpengaruh. Yang membezakan antara mereka ia kualiti.
Pengorbanan
Jadi apa yang kita mahu, pemimpin yang mempunyai ramai penyokong tetapi tiada kualiti atau yang berkualiti tetapi tiada pengikut? Dilema! Idealnya tentulah pemimpin yang mempunyai kedua-duanya sekali. Yang mempunyai pengaruh, sentiasa berfikir dan berzikir!
Pemilihan siapa regu Pak Lah adalah satu percaturan besar, bukan sahaja untuk masa depan perdana menteri Malaysia yang kelima itu tetapi untuk menjamin kemenangan besar Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.
Apakah formula yang akan digunapakai oleh Pak Lah untuk memastikan tiada tepung yang tumpah apabila rambut ditarik? Banyak minda, hati dan mulut yang perlu dijaga bagi mengelakkan Umno dilanda krisis kepimpinan. Mungkinkah pelan damai MCA dipindahkan ke dalam Umno pula? Kalau dalam formula damai MCA itu, presiden dan timbalan presidennya menjadi korban, siapa pula yang akan dikorbankan atau berkorban apabila Pak Lah memilih timbalannya?
Dilema. Dan berteka-tekilah kita sehingga akhir Oktober ini. Inilah dia demokrsi di Malaysia, demokrasi teka-teki kerana rakyat tidak mempunyai kuasa sepenuhnya untuk memilih siapa pemimpin mereka.