Pencerobohan Iraq, perang propaganda
Pencerobohan Amerika Syarikat dan para sekutunya ke atas Iraq sedang berlarutan. Pada mulanya ia disangka satu peperangan yang singkat. Pentadbiran George W Bush dan Tony Blair awal-awal lagi mengatakan pencerobohan ini akan selesai dalam tempoh beberapa hari sahaja. Kemudian mereka mengatakan ia akan memakan masa beberapa minggu dan apabila perang masuk hari kelima, kedua-dua pemimpin tentera penceroboh itu mengatakan ia akan mengambil masa yang lebih lama.
Presiden Bush semasa membentang usul belanjawan perangnya di dewan senat, telah mengakui "perang" kali ini lebih sukar dan tidak dapat dijangka bila ia akan berakhir. Jelas sekali bala tentera penceroboh tidak dapat "berkelah" lagi di padang pasir Iraq. Liku-liku jalan ke Baghdad nampaknya penuh ranjau, muslihat dan penentangan.
Pada hari pertama, kedua dan ketiga pencerobohan itu, seluruh dunia diberitahu bahawa pasukan penceroboh telah menang. Kononnya bandar pelabuhan Basra dan Umm Qasr telah ditawan. Ribuan askar Iraq dilaporkan telah berpaling tadah. Baghdad sudah ranap dihujani Tomahawk dan e-bom. Presiden Saddam Hussein digambarkan akan tumbang pada bila-bila masa sahaja.

Namun selepas itu tiba-tiba keluar berita askar Amerika terbunuh, helikopter Britain berlanggar, Tornado Blair ditembak Patroit Amerika. Iraq pula mengumumkan tenteranya memberi tentangan hebat di Umm Qasr dan Nasirriyah dan beberapa askar Amerika berjaya dibunuh dan ditawan. Iraq menyiarkan gambar tawanan perang Amerika.
Akhirnya Bush dan Blair mengakui bahawa bala tentera mereka menghadapi tekanan dan tentangan hebat daripada tentera Iraq. Barulah kita tahu bahawa apa yang dihidangkan oleh media massa Barat sebelum itu adalah berita yang tidak tepat atau berat sebelah.
Propaganda hebat
Hebat sekali propaganda Amerika dan sekutunya. Kita semua terpengaruh dan terpedaya tanpa mengetahui keadaaan sebenar di medan perang. Media barat, termasuk stesen setelit CNN, yang dipuja-puja oleh seluruh dunia semasa Perang Teluk 1991, kini turut menjadi alat propaganda pihak penceroboh. Mujur ada Al-Jazeera untuk mengimbangi segala pembohongan media barat itu.
Begitulah rahsia peperangan moden, ia bukan sekadar pertembungan senjata canggih tetapi merupakan perang propaganda atau perang maklumat. Propaganda menjadi satu senjata amat penting untuk menghebahkan kisah benar atau kisah palsu yang semuanya bertujuan untuk meraih sokongan rakyat atau mesyarakat dunia. Propaganda menjadi alat untuk menjatuhkan moral dan menaikkan moral serta semangat juang.
Dalam era Internet dan televisyen satelit ini, penyebaran maklumat menjadi terlalu pantas. Oleh itu, sesiapa yang menguasai teknologi, mampu menguasai minda para pelayar, pembaca dan penontonnya. Maka Amerika dan para penceroboh lain mengeksploitasi sepenuhnya teknologi canggih ini.
Propaganda kini tidak lagi menjalankan fungsi konvensional dan tradisionalnya lagi. Media massa bukan sekadar pelapor berita biasa tetapi menjadi alat untuk membentuk pemikiran umum, alat untuk menaikkan imej Amerika dan para sekutunya, alat untuk menghalalkan tindakan "haram" para penceroboh. Ia menjadi alat
penjajahan baru!
Yang menjadi mangsa
Kini sedang berlaku pertembungan propaganda. Laporan berita, rencana dan ulasan dari media barat "berperang dengan berita dan gambar yang disiarkan oleh Al Jazeera, Al-Arabia, IRNA, Al-Ahram dan pelbagai media Asia Barat lain. Semuanya dengan bentuk, aliran dan prespektif yang berlainan.
Kepelbagaian propaganda ini menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan. Mana satu yang betul, tepat dan seimbang? Mana satu yang hendak dipercayai dan ditapis? Namun dalam kepelbagaian ini, cuma satu persamaan yang wujud antara semua media massa ini -- semuanya membawa cerita kematian, kekejaman, penderitaan selain kemenangan dan kejayaan membunuh sesama manusia yang memperlihatkan kerakusan dan kebodohan manusia.
Itulah peperangan, penuh dengan muslihat, kelicikan dan propaganda. Di tengah-tengah pertarungan dan pertembungan ini, yang terus menjadi mangsa ialah rakyat Iraq. Amerika boleh berbangga dengan kemenangannya dan Saddam Hussein boleh bermegah dengan kejayaannya kekal di atas takhta. Namun semua itu tidak mampu mengembalikan kasih sayang anak-anak yang kehilangan ibu bapa dan kepedihan isteri yang kehilangan suaminya.
Namun tiada siapa yang peduli. Dunia Islam sendiri membisu, sekadar berani menunjukkan perasaan dan menghantar memorandam. Segala protes dan kritikan ini sebenarnya juga merupakan satu propaganda. Propaganda untuk menutup kelemahan dan ketakutan sendiri!