Pemimpin Umno terkena wabak Ling
Tiba-tiba Malaysia poltik dilanda 'deman meletak jawatan'. Didahului oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob dan semua ahli kelab penyokong kerajaan (BBC) negeri Pahang, ia kemudiannya diikuti pula oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Deman ini menular ke luar Umno apabila Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas turut menyatakan kesediaannya untuk meletakkan jawatan.
Tidaklah diketahui sama ada mereka ini ikhlas atau sinis atau sekadar melakonkan satu gimik politik. Tetapi yang jelasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan hasrat dan kesediaan para pemimpin Umno itu kerana baginya, ini akan memudahkan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih calon bagi pilihanraya umum akan datang.
Namun komen yang paling menarik daripada gembar-gembur mahu meletakkan jawatan ini ialah ulasan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah. Pada pendapat beliau, kalau mahu menyusun semula parti dan memberi peluang kepada pemimpin baru, perletakan jawatan harus bermula dari atas.
Pelbagai telahan dan komen dibuat berhubung kenyataan beliau itu. Ada yang mengatakan beliau menyindir pemimpin tertentu yang dirasakannya sudah berada telalu lama di tampuk kuasa.
Secara umumnya para pemerhati politik tidak percaya kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin Umno itu ikhlas dan bersungguh-sungguh. Mereka berpendapat ia tidak lebih merupakan pemainan untuk menguji pengaruh masing-masing.

Menduga pengaruh
Pengumuman perletakan jawatan atau hasrat untuk meletakkan jawatan tidak mengejutkan lagi. Saya rasa para pemimpin kerajaan sekarang dijangkiti penyakit Dr Ling Liong Sik. Mereka belajar dari taktik presiden MCA itu bagi menduga pengaruh dan sokongan.
"Ini hanya satu gimik menjelang pilihanraya. Saya tidak percaya menteri besar yang baru sepenggalmenerajui negeri mahu berundur terlalu awal. Dalam sejarah politik Malaysia kalau boleh mereka mahu bergayut pada kuasa dan jawatan yang ada," kata seorang pensyarah sains politik di sebuah universiti tempatan.
Beliau juga percaya ada di antara kenyataan pemimpin kerajaan itu bertujuan untuk menyindir pemimpin lain. Katanya, orang seperti Datuk Adnan dan Datuk Seri Shahidan masih muda dan bertenaga. Khidmat mereka masih diperlukan oleh parti dan negeri masing-masing.
Katanya, sepatutnya pemimpin lain yang lebih veteran seperti Tan Sri Isa Samad dan Tan Sri Taib Mahmud, Datuk Seri S Samy Vellu dan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yang mengumumkan kesediaan untuk mengundur diri
Diharapkan kenyataan Datuk Adnan dan Datuk Seri Shahidan itu bukannya gimik semata-mata. Jangan marah dan memprotes kalau ditakdirkan usia karier politik anda cuma setakat hujung tahun ini sahaja.
Demam perletakan jawatannya ini bagaimana dari satu segi adalah suatu yang sangat sihat bagi parti kerana ia akan mengurangkan gejala jatuh menjatuh dan sabotaj kerana proses turun naik dan perubahan pemimpin itu dibuat secara suka rela.
Mengambil iktibar
Tidak akan timbul kumpulan atau pemimpin yang bersengit hati nanti bila Datuk Seri Abdulllah memilih barisan kepimpinannya sendiri kelak .
Timbalan Presiden Umno itu pasti merasa lega apabila ramai yang secara ikhlas mahu berundur, kerana beliau tidak perlu lagi menyediakan senarai yang panjang - siapa yang patut dikekalkan, diturunkan atau dicantas.
Dengan cara ini Umno dan parti-parti lain akan bertambah kukuh dan lebih bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum. Para pemimpin Umno dan kerajaan sepatutnya mengambil iktibar dari Dr Mahathir yang bertegas mahu mengundurkan diri Oktober ini.
Mereka perlu belajar, saat paling manis untuk mengundurkan diri dari politik ialah ketika sedang berada di puncak atau semasa sedang dihargai oleh rakyat.
Mengundurkan diri bila diri sudah tidak dikehendaki atau tidak dihargai adalah suatu tindakan yang silap. Perhatikan berapa ramai pemimpin yang telah banyak menabur jasa tetapi enggan berundur, akhir dipaksa meletakkan jawatan dan selepas itu hidup terpinggir.
Oleh itu mereka yang sudah tiga penggal memegang jawatan politik dan kerajaan wajar dengan sukarela mengundurkan diri.
Tidak perlu diminta meletakkan jawatan atau digugurkan baru mahu berundur. Datang dan pergilah secara terhormat kerana dengan cara itu seseorang pemimpin itu akan lebih dihormati dan dikenang .
Jangan jadi kelapa kotai, sudah dijolok dan digegar baru gugur. Lebih baik turun perlahan-lahan daripada jatuh terjelepuk dari tempat tinggi.