Adun MCA terpaksa dikorbankan
Dalam kolum minggu lepas, saya mengemukakan soalan berikut: "Memandangkan tiada mana-mana parti komponen, atau pemimpinnya yang berani mengingkari kemahuan Dr Mahathir Mohamad, rela atau tidak rela, apakah Jawatankuasa Disiplin MCA terpaksa 'memancung' Lim Boo Chang (BN-Datuk Keramat) dan Tan Cheng Liang (BN-Jawi) sepertimana yang dikehendaki pengerusi BN itu? "
Tampaknya kedua Adun MCA tersebut akhirnya dikorbankan juga berikutan keputusan Majlis Presiden MCA Isnin lalu untuk menggantung keahlian mereka tanpa had masa sepertimana yang disarankan oleh jawatankuasa disiplin parti itu. Bagaimanapun, mereka masih berpeluang untuk membuat rayuan terhadap hukuman itu dalam masa 14 hari.
Tidak dapat dinafikan 'penggantungan keahlian tanpa had masa' boleh ditafsirkan dalam pelbagai makna. Jika keahlian mereka digantung terus-menerus tanpa sebarang had masa, maka bukankah ia bermakna mereka telah dipecat seperti kehendak Gerakan-Umno?
Jika mereka tidak dipecat, tetapi digantung dalam ertikata sebenar, maka tentu ada had masa, umpamanya tiga bulan, enam bulan atau jangka masa yang dianggap sesuai dan adil. Selepas genap jangka masa yang ditetapkan itu, maka keahlian mereka akan dipulihkan.
'Gantung tanpa had masa' mungkin membayangkan dilema MCA yang tidak rela tunduk kepada tekanan Gerakan-Umno untuk memecatkan kedua-dua Adun terbabit secara terang-terangan. Pada masa yang sama, MCA juga tidak berani mengenakan tindakan disiplin yang akan dianggap 'ringan', misalnya menggantung keahlian Adun terbabit selama tiga atau enam, sepertimana yang pernah diura-urakan oleh pihak yang berkaitan.
Berasaskan latar-belakang ini, 'penggantungan keahlian tanpa had masa' itu lebih mirip kepada tafsiran digantung mengikut had masa yang belum ditentukan. Moga-moga, pada masa yang sesuai, penggantungan keahlian Adun berkenaan dapat dibatalkan tanpa bantahan keras dari Gerakan-Umno, khasnya Dr Mahathir.

Berdolak-dalik
'Tipu-helah' MCA ini rasanya tidak begitu mudah mencapai tujuannya. Dengan serta-merta keputusan Majlis Presiden MCA itu dianggap oleh Presiden Gerakan, Dr Lim Keng Yaik sebagai "tidak ikhlas dan mementingkan diri". Dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula, secara terus terang, meminta MCA memberi penjelasan mengenai keputusan penggantungan tanpa had masa itu.
Kata beliau: "Saya ingin tahu apa maknanya 'indefinitely' (tidak ditentukan), kalau dalam masa singkat ia tak ada makna tapi kalau sampai habis penggal mereka berkhidmat sebagai wakil rakyat BN maka ia dianggap satu keputusan tegas dan keras."
MCA sukar hendak berdolak-dalik kerana penjelasan yang diminta oleh timbalan perdana menteri itu adalah tepat dan jitu. Yang penting bukan keahlian kedua Adun terbabit dalam MCA, tetapi kedudukan mereka sebagai Adun BN.
Dengan lain perkataan, beliau mahukan jaminan bahawa kedua-dua Adun MCA itu dilucutkan kedudukan mereka sebagai Adun BN hingga habis penggal perkhidmatan mereka sebagai wakil rakyat. Yang tersirat ialah seandainya penggantungan keahlian mereka dibatalkan selepas tamat penggal perkhidmatan sebagai wakil rakyat, mereka juga tidak berpeluang untuk menjadi calon BN lagi.
Jika yang ingin dipecat atau lucut ialah kedudukan Lim dan Tan sebagai Adun BN, kenapa kes mereka tidak terus dirujuk kepada Badan Disiplin BN saja? Jika Dr Mahathir telah bersetuju dengan desakan Gerakan-Umno supaya kedua-dua Adun MCA itu dipecat, mengapa Jawatankuasa Disiplin dan Majlis Presiden MCA diberi mandat untuk mengambil tindakan disiplin terhadap mereka?
Apa akan jadi sekiranya kedua-dua Adun MCA membuat rayuan dalam tempoh 14 hari, dan MCA pula mengambil keputusan menetapkan tempoh penggantungan itu dalam had masa penggal mereka berkhidmat sebagai wakil rakyat?
Campurtangan BN
Adakah BN akan mengambil tindakan melucutkan kedudukan kedua-dua Adun MCA itu sebagai wakil rakyat BN? Atau MCA akan terus ditekan supaya mengambil tindakan disiplin yang 'tegas dan keras' seperti yang dikehendaki Gerakan-Umno ? Tidakkah itu merupakan campurtangan terang-terangan dalam hal-ehwal parti komponen BN yang lain?
Lebih mengelirukan lagi ialah apabila Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik berkata, beliau sudah memaklumkan keputusan itu kepada Dr Mahathir selaku presiden BN, sebelum beliau (Dr Mahathir) berlepas ke Jepun hujung minggu lalu.
Dr Ling berkata:"Ia adalah amalan biasa membabitkan isu penting. Saya sentiasa mendapatkan pandangan Perdana Menteri kerana sebagai bapa BN dan apabila anda berada di atas, anda mempunyai pandangan lebih luas."
Adakah ini bermakna keputusan Majlis Presiden MCA itu merupakan kompromi Dr Ling dengan Dr Mahathir? Akhirnya kedua-dua Adun MCA terbabit yang dikorbankan?
Tidak hairan apabila mengetahui keputusan penggantungan keahlian mereka tanpa had masa, kedua-dua Adun MCA terbabit 'merasa sedih dan terkejut', kerana tidak menjangka dikenakan hukuman yang begitu serius sekali.
Kehampaan itu mudah difahami, kerana tindakan mereka berkecuali di Dewan Undangan Pulau Pinang dalam pengundian menolak usul pembangkang supaya projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) bernilai RM1.02 billion ditangguhkan adalah demi menjaga kepentingan pengundi yang mereka wakili.
Dalang anti-PORR
Mereka telah diamanahkan oleh 30,000 pengundi yang menandatangani suatu memorandum menentang projek tersebut. Lebih-lebih lagi, ia selaras dengan pendirian majoriti Adun MCA Pulau Pinang. Malah pengerusi MCA Pulau Pinang, Wong Kam Hoong yang dituduh oleh Gerakan sebagai dalang dalam kempen anti-PORR.
Kesal sekali, dalam pertikaian kali ini, kepentingan rakyat Pulau Pinang telah diabaikan, tiada perhatian diberikan secukupnya untuk menkaji punca-punca kenapa rakyat menentang projek tersebut.
Lantaran itu, rasanya penggantungan keahlian kedua-dua Adun MCA itu tidak menyelesaikan kes berkenaan, kerana:
Kempen anti-PORR belum diselesaikan;
Pertentangan antara MCA dengan Gerakan-Umno, terutama di Pulau Pinang juga belum diselesaikan secara memuaskan;
Sekiranya Lim dan Tan tidak dibenarkan menjadi calon BN dalam pilihanraya umum akan datang, adakah mereka akan dibiar dikorbankan begitu saja?
'Semangat muafakat BN' terbukti retorik kosong saja.