DAP dan Keadilan — siapa yang lebih kuat?
Keputusan pilihanraya kecil kerusi Parlimen Gaya, Sabah pada 12 Oktober lalu merupakan kemenangan besar bagi calon Barisan Nasional (BN), Liew Teck Chan yang memperolehi 15,639 undi.
Majoritinya 11,923 undi untuk Liew juga hampir tiga kali ganda daripada 4,117 undi yang diperolehi Datuk Yong Teck Lee (4,117 undi) dalam pilihanraya umum 1999.
Manakala calon DAP, Hiew King Cheu dan calon Keadilan, Christina Liew, pula masing-masing hanya mendapat 3,716 undi dan 2,613 undi sehingga hilang wang pertaruhan satu kegagalan yang begitu ketara.
Majoritinya 11,923 undi untuk Liew juga hampir tiga kali ganda daripada 4,117 undi yang diperolehi Datuk Yong Teck Lee (4,117 undi) dalam pilihanraya umum 1999.
Manakala calon DAP, Hiew King Cheu dan calon Keadilan, Christina Liew, pula masing-masing hanya mendapat 3,716 undi dan 2,613 undi sehingga hilang wang pertaruhan satu kegagalan yang begitu ketara.
Bagi DAP sudah bertapak di Sabah sejak tahun 70-an. Malah di segi sejarahnya, calon DAP, Gerard Math Lee Min pernah memenangi kerusi Parlimen Gaya dengan majoriti besar (8,208 undi).
Oleh itu, 3,716 undi yang mampu diperolehi calonnya dalam pilihanraya kecil Gaya yang baru lalu, mencerminkan setakat mana 'potensinya' untuk mengisi kekosongan politik pembangkang yang ditinggalkan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) yang telah kembali semula ke pangkuan BN.
Apatah lagi apabila undi yang diperolehinya itu dipercayai daripada kaum Cina. Pengundi di Gaya terdiri daripada, 40 peratus Cina, 33 peratus bumiputra dan 22 peratus lagi bumiputra Islam. Oleh itu, kegagalan DAP memperolehi sokongan pelbagai kaum tentunya tidak begitu sihat bagi perkembangan politik negara kita yang majmuk ini.
Bagi Keadilan, kehilangan wang pertaruhan tentu amat mengecewakan. Ini merupakan petanda kurang baik bagi percubaan BA untuk menembusi kubu BN di Sabah dalam pilihanraya umum akan datang bagi memecahkan majoriti dua pertiga BN dalam Parlimen atau untuk menawan kuasa pemerintahan negara ini.
Siapa lebih kuat
Di samping itu, modal tawar-menawar Keadilan dengan DAP untuk masing-masing mendapat lebih banyak kerusi dalam pilihanraya umum akan datang, juga akan terjejas berikutan prestasi parti itu dalam pilihanraya kecil yang baru lalu.
Dalam keadaan ini, DAP tentu lebih sukar berkompromi kerana Keadilan juga gagal memperlihatkan kekuatannya sebagai sebuah parti majmuk yang mampu menarik sokongan meluas pengundi pelbagai kaum.
Dengan perkataan lain, kedua-dua parti itu, masing-masing gagal untuk membuktikan siapa yang lebih kuat, dan mampu mengisi kekosongan ruang politik pembangkang yang ditinggalkan oleh PBS.
Moga-moga kedua-dua parti pembangkang tersebut dapat mengambil iktibar daripada kegagalan kali ini dan berusaha untuk 'rujuk kembali' dan mengatur strategi baru bagi menghadapi musuh bersama dalam pilihanraya umum akan datang.
Bagaimanapun, kekalahan teruk calon-calon pembangkang di Gaya kali ini tentu merangsangkan BN untuk mengisytiharkan semula bahawa Sabah adalah kubu politik BN. Malah, kejayaan calon BN itu dialu-alukan sebagai kemenangan bergaya yang cukup membanggakan!
Namun , jika dihalusi dari aspek-aspek lain, keputusan pilihanraya kecil kali ini juga memperlihatkan beberapa kelemahan yang agak menonjol mengenai politik Sabah amnya dan kempen pilihanraya kecil di Gaya khasnya.
Politik katak
Pilihanraya kecil Gaya diadakan kerana bekas ahli Parlimen Gaya, Yong Teck Lee hilang kelayakan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang untuk menolak rayuan Yong terhadap keputusan Mahkamah Seksyen yang mensabitkannya terhadap kesalahan rasuah sewaktu pilihanraya umum 1999.
Bagaimanapun, BN boleh dianggap telah menang sebelum bertanding kerana dua faktor yang menguntungkannya pertama, faktor Pairin Kitingan yang membawa PBS kembali ke pangkuan BN; dan kedua, Keadilan dan DAP yang meletakkan calon masing-masing.
"Faktor Pairin" juga dianggap sebagai unsur penting bagi calon BN menang dengan majoriti yang begitu banyak menerusi sokongan kuat kaum Kadazandusun. Lantaran itu, beliau dilaporkan telah disambut sebagai seorang "wira" setibanya di pusat pengiraan undi pilihanraya kecil Gaya.
"Faktor Pairin" juga adalah merupakan penjelmaan semula "politik katak" di arena politik Sabah. Umpamanya pada 1994, PBS memenangi 25 kerusi daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan membentuk kerajaan Sabah.
Namun dalam tempoh sebulan sahaja, kerajaan PBS tumbang akibat beberapa ekor katak politik PBS telah "melompat" satu demi satu ke pihak BN. Malah PBS telah dipecahbelahkan menjadi beberapa parti kecil Kadazandusun untuk "mewakili" kaum tersebut dalam BN.
Musuh dalam selimut
Sepanjang tempoh tersebut, 'katak-katak politik' Kadazandusun adalah "musuh dalam selimut" kepada Pairin dan pengikutnya. Bagaimanapun, tidak disangka, pada awal tahun ini, mereka sendiri juga secara kolektif"melompat" masuk BN juga!
Apa yang jelas,"faktor Pairin" merupakan faktor positif kepada kerana beliau masih mampu memperolehi sokongan pengundi kaum Kadazandusun dan dianggap sebagai seorang "wira".
Dalam suasana politik sekarang, kesedaran politik pengundi rasanya masih jauh ketinggalan. Mereka hanya menghiraukan isu-isu tempatan yang remeh-temeh (caj letak kereta umpamanya), Sebaliknya, isu-isu pokok yang bersangkut-paut dengan dasar-dasar negara tidak dapat menarik minat para pengundi.
Tidakkah ini juga sesuatu yang sangat menghampakan ahli-ahli politik yang ingin memperjuangan suatu sistem politik yang lebih adil, terbuka, demokratik dan progresif?
Tidak hairanlah proses pemilihan menjadi begitu hambar, dan pengundi hilang keghairahan untuk keluar mengundi. Tidak sampai 45 peratus keluar mengundi suatu peratusan yang paling rendah pernah dicatatkan! Kemenangan seperti ini mana layak digelarkan sebagai kemenangan yang bergaya!

