Dr Mahathir tersalah pilih
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad nampaknya tersilap pilih. Sepatutnya beliau memilih Ummi Hafilda Ali sebagai Ketua Penaja Puteri Umno, bukannya Azalina Othman Said. Akibat kesilapan itu, maka porak-poranda sayap baru Umno itu. Baru setahun jagung, sudah dilanda krisis kepimpinan!
Sekarang ahli-ahli Umno tertanya-tanya siapa sebenarnya paling layak untuk menerajui Puteri Umno. Azalina walaupun telah meraih 109 pencalonan, namun dilihat sebagai calon yang tidak layak untuk mengetuai pergerakan itu kerana terlibat dalam pelbagai kontroversi dan didakwa menggunakan taktik samseng untuk mengukuhkan pengaruhnya dalam organisasi itu.
Lalu siapa yang paling layak di antara lima ahli yang mengidam kerusi ketua puteri Umno itu? Antara Ummi, Azalina, Mastina Abdul Hamid, Raihan Sulaiman Palestin dan Mazibah Mohd Zin, siapakah yang paling sesuai dan layak?
Kalau dilihat kepada senarai nama-nama itu, setelah ditolak Azalina, Ummilah yang paling sesuai dan layak untuk diangkat sebagai ketua pergerakan itu. Apa tidaknya, beliau adalah 'serikandi' Umno walaupun beliau hanya seorang ahli biasa dan tidak pernah berjasa apa-apa kepada parti. Yang paling penting ialah kerana Ummi pernah berjasa kepada presiden parti.
Bukankah Ummi watak paling penting dalam konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Keberanian Ummi melaporkan apa yang dianggap sebagai salahlaku bekas timbalan perdana menteri kepada Dr Mahathir, telah menyebabkan Anwar tersingkir dan disumbat ke penjara. Walaupun tindakan Ummi itu akhirnya telah memporak-perandakan Umno, namun dia tetap dipuji dan dipuja kerana keberanian dan ketegasannya itu.
Tindakan Ummi itu telah mengubah lanskap politik Malaysia. Bukan sahaja Dr Mahathir terhutang budi kepadanya, malah ramai pemimpin Umno yang lain, terutamanya mereka yang korup, berterima kasih pada Ummi.

Anak didik
Kalau dibandingkan dengan Azalina, jasa Ummi jauh lebih besar. Apalah yang ada pada Azalina yang baru setahun aktif dalam politik itu. Tidak dinafikan Azalina adalah 'anak didik' presiden parti, dibentuk untuk menjadi pemimpin pelapis dalam parti. Namun sebelum diangkat oleh Dr Mahathir, Azalina tidak mempunyai apa-apa jasa dalam Umno.
Oleh itu, kalau dihitung dari aspek jasa dan komitmen, Ummi jauh lebih baik daripada Azalina. Malah Ummi tidak terlibat dalam sebarang kontroversi, kecuali pembabitannya dalm kes Anwar sedangkan Azalina telah dicop sebagai "lesbian" oleh penulis kontroversi Khalid Jeffi dan didakwa melakukan penyelewengan membabitkan akaun Puteri Umno serta mengamalkan "gangsterisme".
Ummi jauh lebih lembut pendekatan dan gerak-gerinya berbanding dengan Azalina. Beliau juga merupakan penentang kuat salahlaku lesbian dan homoseksual sedangkan Azalina belum lagi membersihkan segala tuduhan yang dilemparkan oleh Khalid Jeffri itu.
Faktor yang mungkin meletakkan Azalina lebih atas dari Ummi hanya status 'muflis' yang pernah ada pada 'serikandi' Umno itu sedangkan ketua penaja Puteri Umno itu bebas daripada sebarang masalah kewangan.
Calon-calon lain seperti Mastina, Raihan dan Mazibah boleh diketepikan begitu sahaja. Selain kekurangan sokongan akar umbi dan tidak mempunyai hubungan dengan pucuk pimpinan, mereka kekurangan pengalaman dan paling penting tidak pernah berjasa kepada parti atau kepada mana-mana pemimpin Umno.
Kriteria paling penting yang perlu ditekankan oleh ahli-ahli Puteri Umno ialah memilih pemimpin dari kalangan mereka yang pernah berjasa kepada parti dan paling penting, kepada presidennya. Mereka yang berkelayakan, berpengalaman dan mempunyai sokongan akar umbi tidak wajar dipertikaikan jika tidak pernah berkorban untuk parti dan pemimpinnya.
Oleh itu, perwakilan Puteri Umno hendaklah memilih Ummi Hafilda Ali kerana beliau adalah 'serikandi terakhir Umno'. Kesilapan Dr Mahathir kerana terpilih Azalina perlu diperbetulkan oleh ahli-ahli pergerakan itu. Berilah dua pencalonan minima yang diperlukan oleh Ummi untuk membolehkannya menjadi calon ketua puteri Umno.