Belanjawan BA patut dialu-alukan
Fenomena politik negara kita kadang-kadang tidak begitu mudah untuk difahami manusia biasa yang berfikiran lumrah. Umpamanya, pakatan Barisan Alternatif (BA) cuba mengemukakan strategi belanjawan mereka dalam Dewan Rakyat.
Bagi rakyat biasa, ini mungkin suatu sumbangan pembangkang yang positif, atau sekurang-kurangnya memenuhi tanggungjawab mereka terhadap penggubalan belanjawan 2003.
Tetapi, dayausaha BA ini telah dipertikaikan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai alasan yang ganjil-ganjil, termasuk alasan bahawa pembangkang tidak berkuasa untuk mengemukakan belajawan sendiri manakala perbuatan BA itu dianggap sebagai gimik politik yang melucukan.
Lebih dikesali, apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan penggubalan strategi belanjawan alternatif BA tersebut mendapat data-data daripada pegawai kerajaan yang terbabit, beliau digertak akan disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Bagi rakyat biasa, ini mungkin suatu sumbangan pembangkang yang positif, atau sekurang-kurangnya memenuhi tanggungjawab mereka terhadap penggubalan belanjawan 2003.
Tetapi, dayausaha BA ini telah dipertikaikan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai alasan yang ganjil-ganjil, termasuk alasan bahawa pembangkang tidak berkuasa untuk mengemukakan belajawan sendiri manakala perbuatan BA itu dianggap sebagai gimik politik yang melucukan.
Lebih dikesali, apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan penggubalan strategi belanjawan alternatif BA tersebut mendapat data-data daripada pegawai kerajaan yang terbabit, beliau digertak akan disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Rasanya, bukan saja pembentangan belanjawan negara dijadikan kuasa monopoli kerajaan, data-data penting untuk penggubalannya juga cuba dimonopoli kerajaan. OSA akan digunakan untuk melarang pihak-pihak lain, terutamanya pembangkang untuk memperolehi data-data penting itu.
Bagaimanapun, strategi belanjawan alternatif BA telah dibentangkan oleh Profesor Jomo K Sundram melalui sidang media BA pada 17 September 2002 di Bangunan Parlimen. Ia juga dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat ketika membahaskan Belanjawan 2003 pada 23 September lalu.
Anti-demokrasi
Percubaan pemimpin BN untuk menyekat BA daripada membentangkan strategi belanjawan alternatifnya adalah perbuatan anti-demokrasi, dan gertakan menggunakan OSA untuk menyiasat dan mengheret Abdul Hadi ke mahkamah adalah amat dikesali.
Sekalipun kerajaan BN menolak mentah-mentah apa saja yang akan dikemukakan oleh BA kerana prasangka politik, tidak dapat dinafikan, BA masih berhak mengemukakan strategi belanjawan alternatifnya. Rakyat pula patut diberi peluang untuk membandingkan strategi belanjawan alternatif BA dengan strategi Bajet 2003 yang dikemukakan oleh BN .
Bukan saja ahli Parlimen, tetapi pakar dan ilmuwan dalam pelbagai bidang juga harus digalak mengambil bahagian dalam proses penggubalan belanjawan negara, sama ada dalam membuat kajian, memberi saranan atau berdebat mengenai pendekatan atau strategi yang digunakan.
Malah, rakyat biasa juga patut digalak untuk mengikuti dan memahami perbincangan terbabit kerana belanjawan negara melibatkan kepentingan rakyat sebagai pembayar cukai. Lantaran itu, pandangan mereka juga tidak patut diabaikan.
Di samping itu, perbuatan menganggap pembentangan strategi belanjawan alternatif BA sebagai gimik politik tanpa analisis yang konkrit dan juga tidak meyakinkan itu, merupakan satu retorik politik murahan.
Untuk memudahkan analisis, biarlah kita meninjau beberapa contoh daripada belanjawan alternatif BA, dari segi strateginya, dan jika perlu, dibuat sedikit bandingan dengan belanjawan 2003 BN.
Utamakan rakyat
Umpamanya, mengikut Profesor Jomo, strategi belanjawan alternatif meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan pertama. Oleh itu, pembinaan projek mega yang mewah dan membazir, seperti empangan Bakun hendaklah dihentikan. Ia sebaliknya akan diganti dengan projek yang memberi manfaat nyata kepada rakyat, terutamanya dalam bidang pendidikan, kesihatan, perumahan dan pertanian.
Dalam teks ucapan Bajet 2003, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, sungguhpun mengakui kerajaan BN telah membangunkan projek besar seperti Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), namun, beliau tidak mengakuinya sebagai projek "mega".
Menurut Dr Mahathir, mega atau tidak, adalah relatif. Projek yang kecil boleh jadi mega jika kewangan negara tidak mampu membiayainya. Projek yang besar tetapi mampu dibiayai, bukanlah mega.
Hujah ini menitikberatkan kemampuan kewangan, bukan susunan keutamaan keperluan rakyat. Asal mampu dibiayai, projek-projek boros dan membazirkan sekalipun, tidak menjadi masalah.
Strategi kedua belanjawan alternatif, menurut Prof Jomo ialah memastikan alat-alat fiskal bersifat adil, bukan seperti sekarang. Usaha ke arah keadilan ini mesti merangkumi kedua-dua aspek dasar belanjawan, iaitu dari segi kesan percukaian dan juga dari kesan perbelanjaan.
Kedua-duanya, menurut Prof Jomo lagi, yang kini bersifat regresif, harus dijadikan progresif, iaitu dasar fiskal harus mengurangkan bukan meningkatkan ketidakadilan ekonomi yang sedia ada.
Jurang pendapatan
Selaras dengan strategi tersebut, kenaikan gaji sebanyak RM100 bagi kakitangan kerajaan telah dicadangkan dalam belanjawan BA untuk menjaga kebajikan kakitangan kerajaan, dan pada masa yang sama, bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan kakitangan kerajaan.
Maklumlah kerajaan BN telah bersetuju untuk memberi bonus satu bulan gaji atau minimum RM1,200 kepada semua angota perkhidmatan awam. Tetapi langkah itu tidak menimbangkan masalah merapatkan jurang perbezaan pendapatan.
Dari segi strategi, yang penting bukan saja kenaikan gaji, tetapi juga prinsip merapatkan jurang perbezaan pendapatan mereka. Prinsip ini bukan saja penting untuk kakitangan kerajaan, tetapi juga amat penting bagi tenaga kerja swasta, dan bagi menanggani pendapatan rakyat pelbagai lapisan amnya. demi keadilan sosial-ekonomi.
Justeru itu, insentif pengurangan cukai telah dicadangkan oleh belanjawan alternatif BA kepada syarikat industrial kecil dan sederhana (IKS) untuk membantu dan menggalakkan mereka membayar cukai.
Syarikat IKS yang memperolehi pendapatan di bawah RM20,000 dicadangkan dikenakan hanya 20 peratus kadar cukai biasa dan bagi RM80,000 berikutnya dicadangkan hanya dikenakan 50 peratus dari kadar biasa.
Bajet BN pula mencadangkan pengurangan cukai daripada 28 peratus kepada 20 peratus bagi pendapatan bercukai sehingga RM100,000. Jelas sekali cadangan BA lebih memanfaatkan syarikat IKS.
Pada masa yang sama, belanjawan BA juga tidak setuju sebarang pengurangan bagi cukai korporat ke atas syarikat besar, kerana sebarang penurunan sebanyak 1 peratus, akan mengurangkan hasil kerajaan sebanyak RM600 juta!
Projek yang merugikan
Mengenai perbelanjaan, selain perbelanjaan sosial BN yang dianggap progresif, perbelanjaan sektor keselamatan dan ekonomi BN sebaliknya dianggap sebagai regresif kerana lebih menguntungkan yang berada dan kroni kerajaan.
Dasar penswastaan BN yang menguntungkan kroni kerajaan dan pemiliknegaraan (nationalisation) projek-projek yang rugi seperti syarikat-syarikat LRT (Putra dan Star), Indah Water Konsortium (IWK) dan Penerbangan Malaysia (MAS), juga dibidas dalam belanjawan BA yang mencadangkan supaya diwujudkan strategi yang lebih berhemah, telus dan bertanggungjawab.
Strategi mengurangkan defisit belanjawan telah dikemukakan oleh BA, antaranya ialah:
Ia mungkin bukan merupakan strategi-strategi radikal yang sanggup membawa refomasi struktur kepada sistem masyarakat negara kita, namun, dayausahanya untuk mengatasi beberapa dasar regresif BN juga amat ketara. Oleh itu, pembentangannya bukan saja tidak patut disekat tetapi sebaliknya patut dialu-alukan!

