Bekas Ketua Polis Negara Tun Mohd Hanif Omar, ketua panel bebas untuk menyiasat dakwaan keganasan dalam perhimpunan BERSIH, berkata beliau masih belum menerima terma rujukan kerana mesyuarat pertama belum bermula.

NONE"Saya ingat pertengahan minggu depan selepas menteri ditaklimat oleh pihak kementerian," kata Hanif dalam SMS ringkas kepada Malaysiakini.

Justeru, selagi tiada terma rujukan pihaknya tidak dapat memberikan sebarang komen substantif, katanya ketika diminta mengulas pendirian Majlis Peguam dan BERSIH yang tidak akan turut serta dalam sesi pendengaran panel itu.

Terma rujukan akan menetapkan garis panduan perkara yang akan disiasat oleh enam anggota panel dan bagaimana perkara itu akan dilakukan.

Anggota panel diumumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 9 Mei selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju dengan formasinya.

[Baca berita penuh]