Pengarang dan wartawan daripada organisasi berita tempatan hari ini mengeluarkan kenyataan bersama – kali pertama dalam sejarah – bagi mengecam tindakan ganas kerajaan ke atas wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Kumpulan wartawan itu mendakwa, pihak berkuasa bertindak demikian dengan mengikut "arahan dari atas" yang menyebabkan anggota media ditakut-takutkan, diganggu, diserang dan ditahan semasa bertugas.

Kumpulan wartawan itu menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas pelaku berkenaan untuk membuktikan dakwaan kerajaan dalam penambahbaikan demokrasi dan kebebasan media.

Kenyataan berkenaan yang ditandatangani pemimpin redaksi portal berita tempatan dikemukakan bersama dengan petisyen dalam talian bertajuk "Jangan pukul wartawan."

Kenyataan bersama itu mengecam intimidasi dan keganasan yang dilakukan ke atas wartawan berkenaan

[Baca kenyataan penuh]