KDN didesak bertindak pada blog hina Agong
Diterbitkan: Apr 15, 2012 10:21 AM | Dikemas kini: Apr 15, 2012 10:22 AM
Enam NGO di sekitar kawasan Parit Bunga, mukim Kesang, di Ledang hari ini, mendesak Kementerian Dalam Negeri bertindak tegas ke atas pengendali sebuah laman blog yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Khamis lepas.
Anggota Jawatankuasa Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Johor, Abdul Kadir Laham yang mewakili kumpulan itu, berkata mereka mahu kerajaan melucutkan kewarganegaraan jika individu yang terlibat rakyat Malaysia.
"Tindakan ini wajar kerana biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong," katanya yang ditemui selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu, di sini.
Antara NGO terbabit ialah Pesaka daerah Ledang, kumpulan ronda sukarela Kawasan Rukun Tetangga Parit Bunga dan Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Melayu daerah Ledang.
Sementara itu Ketua Umno cawangan Parit Bunga Kamaruddin Jauhad yang turut hadir, berkata tindakan pengendali blog tersebut mempersenda Yang di-Pertuan Agong menyentuh hati orang Melayu.
- Bernama