Tiada pesta arak di markas PAS
Seorang penyokong PAS keturunan Cina di Terengganu kesalnya dengan tindakan Barisan Nasional (BN) menggunakan gambarnya bersama rakan-rakan, untuk memfitnah PAS kononnya pesta arak berlaku dalam markas PAS dan markas PAS menyediakan minuman keras.
Seorang penyokong PAS keturunan Cina di Terengganu kesalnya dengan tindakan Barisan Nasional (BN) menggunakan gambarnya bersama rakan-rakan, untuk memfitnah PAS kononnya pesta arak berlaku dalam markas PAS dan markas PAS menyediakan minuman keras.
"Ini fitnah dan palsu sama sekali," kata Simon Yeo, seorang penyokong PAS dari Pekan Wakaf Tapai, Terengganu.
Laporan Harakahdaily hari ini mendakwa Umno telah menyebar gambar itu di banyak tempat di Terengganu dan mendakwa "Pesta Arak di markas PAS" dan "Markas PAS sediakan arak".
Bagaimanapun, dalam satu kenyataan hari ini, Simon menjelaskan, dia sedang minum bersama hampir sepuluh orang rakannya di depan kedai Cina di Pekan Wakaf Tapai apabila didatangi sekumpulan wartawan Cina.
"Mereka bertanya kepada kami, apakah mereka boleh minum arak di Terengganu. Saya menjawab kenapa tak boleh. Tiap-tiap malam pun kami minum di sini.
"Mereka mula mengambil gambar kami sedang minum. Lepas itu, mereka minta kami berlakon depan markas PAS yang kami bina untuk orang bukan Islam di situ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pesta
Katanya, hari ini, akhbar harian telah menyiarkan berita kononnya markas PAS telah menyediakan arak dan pesta arak di markas PAS.
Simon mendakwa, para petugas BN juga mengedarkan gambar kononnya berlaku pesta arak di markas PAS.
Menurutnya lagi, mereka juga membawa dua tiga tin minuman keras yang belum dibuka, untuk bergambar di depan markas tersebut.
"Kami ingin membuktikan bahawa orang Cina boleh minum minuman keras di Terengganu walaupun tidak di semua tempat. Ini kerana MCA selalu membuat tuduhan kami orang bukan Islam tidak boleh minum minuman keras di negeri ini," katanya.
Sehubungan itu, Simon menyatakan rasa kesalnya kerana gambar tersebut digunakan oleh BN untuk memfitnah PAS.

