Bekas ketua bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali akan tergugur keahliannya dalam Umno kerana bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Pasir Mas dalam piliharaya kali ini.

Ini selaras dengan dasar Umno yang menetapkan bahawa sebarang ahli Umno yang bertanding atas tiket pembangkang dan bebas akan gugur keahlian mereka serta-merta dan seumur hidup.

Dasar tersebut yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno menetapkan bahawa ahli-ahli terbabit akan dikenakan tindakan disiplin dalam bentuk pemecatan seumur hidup.

Manakala keahlian pencadang dan penyokong calon-calon berkenaan juga gugur, tetapi tidak seumur hidup.

Menurut laporan Bernama, Naib presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak, ketika mengesahkan peraturan itu, berkata mereka juga tidak lagi boleh merayu melainkan diputuskan sebaliknya oleh MT.

"Kita telah memberi nasihat dengan baik tetapi diteruskan, maka mereka kena terima keputusan itu," katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan para guru, kakitangan Kementerian Pendidikan dan ahli Persatuan Ibu Bapa dalam daerah Pekan hari ini.

Pencadang

Najib yang juga menjalankan tugas timbalan presiden Umno diminta mengulas laporan bahawa sekurang-kurangnya lima anggota Barisan Nasional termasuk ahli Umno berpaling tadah dan bertanding atas tiket bebas dalam pilihanraya 21 Mac ini di beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Antara mereka yang disahkan berbuat demikian selepas hari penamaan calon semalam ialah Ibrahim yang kecewa setelah namanya tidak tersenarai dalam senarai Jawatankuasa Penaja Umno Kelantan yang diumumkan November tahun lepas.

Seorang lagi ialah naib ketua penaja Umno bahagian Beaufort, Sabah, Datuk John Ghani yang bertanding sebagai calon bebas di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu.

Semasa ditanya sama ada ramai lagi ahli Umno yang terbabit, Najib selaku calon BN di kawawan Parlimen Pekan berkata perkara itu sedang disemak.

Pencalonan Shamsiah Rashidah, 61, ditolak setelah dibantah oleh PAS kerana status penyokongnya didapati tidak berdaftar sebagai pengundi di kawasan berkenaan.

Disemak

Sementara itu di Selangor, calon bebas bagi kerusi DUN Hulu Kelang, Ahmad Rahamad hari dipecat daripada jawatannya sebagai ketua Umno cawangan Pinggiran Zoo.

"Dia secara otomatik dipecat sebagai ketua cawangan Pinggiran Zoo, dan jawatan itu kini dipangku oleh timbalannya," kata pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini.

Mengenai penolakan pencalonan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) terhadap calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri Senggarang, Johor, Shamsiah Rashidah Ibrahim semalam, beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"Perkara itu merupakan kecuaian dan ia tidak boleh dipandang sebagai kesalahan berat, melainkan dilakukan dengan sengaja," katanya.

Pencalonan Shamsiah Rashidah, 61, ditolak setelah dibantah oleh PAS kerana status penyokongnya didapati tidak berdaftar sebagai pengundi di kawasan berkenaan.