PKR dakwa pengundi dipindah secara haram
PKR mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah secara haram memindahkan pengundi ke dalam kawasan pilihan raya negeri dan parlimen di Selangor dengan berselindung di sebalik proses 'Belah Bahagi'.
Pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh hari ini mendakwa
hakikatnya ialah SPR telah menyalahgunakan kedudukannya dan peruntukan undang-undang untuk terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang yang mengakibatkan berlaku penyelewengan dalam daftar pemilih.
Bercakap dalam sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, beliau berkata, tindakan itu telah menyebabkan penambahan mendadak pengundi di kawasan pilihan raya Selangor tanpa maklumat dipaparkan dalam daftar pemilih tambahan.
Sebagai bukti, beliau mengemukakan analisisnya mengenai kerusi Parlimen Subang yang menyaksikan peningkatan seramai 3,364 pengundi yang tidak ditunjukkan dalam daftar pemilih tambahan.

