Panel Suhakam lawat KL Sentral
S PathmawathyDiterbitkan: Jan 17, 2012 1:38 PM | Dikemas kini: Jan 17, 2012 2:39 PM
Panel inkuiri siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) melawat KL Sentral hari ini, lokasi pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat ditangkap pada 9 Julai tahun lalu.
Pasukan itu diketuai oleh timbalan pengerusi Suhakam, Datuk Khaw Lake Tee, yang mahu menyaksikan sendiri tempat laluan dan berhimpun ratusan penyokong BERSIH sebelum mereka cuba berarak ke Istana Negara melalui Jalan Tun Sambanthan.
Menurut saksi, ratusan daripada mereka terperangkap apabila pasukan penggempur ringan polis menghalang mereka dari kedua-dua terowong jalan keluar.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, yang mengiringi panel itu sebelum ini memberi keterangan bahawa gas pemedih mata terpaksa dilepaskan apabila polis berpendapat bahawa orang ramai 'bersedia untuk menyerbu' ke arah polis.
Wan Abdul Bari berkata tindakan itu perlu untuk menyuraikan orang ramai yang jumlah mereka jauh lebih ramai daripada kehadiran polis.
VIDEO | 7.26 min
[Baca berita penuh]
Pasukan itu diketuai oleh timbalan pengerusi Suhakam, Datuk Khaw Lake Tee, yang mahu menyaksikan sendiri tempat laluan dan berhimpun ratusan penyokong BERSIH sebelum mereka cuba berarak ke Istana Negara melalui Jalan Tun Sambanthan.Menurut saksi, ratusan daripada mereka terperangkap apabila pasukan penggempur ringan polis menghalang mereka dari kedua-dua terowong jalan keluar.