Puteri tekad tunjangi perubahan generasi muda
Diterbitkan: Nov 30, 2011 8:03 AM | Dikemas kini: Nov 30, 2011 8:08 AM
Pergerakan Puteri Umno bertekad untuk menunjangi gerakan perubahan pemikiran dan cara bertindak generasi muda, kata Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Beliau berkata generasi muda dulu dan kini berbeza, kerana pada masa ini golongan itu kaya dengan pandangan dan persepsi serta mempunyai sifat eksplorasi yang tinggi sehingga menjadikan mereka kadangkala sukar difahami.
"Umpamanya jika ke kedai mamak, generasi pasca awal kemerdekaan yang memesan teh panas tetapi diberikan kopi panas akan tetap tersenyum dan minum rezeki yang ada di depan mata.
"Bagi generasi pertengahan yang banyak didorong oleh sifat memberontak pembangkang lain pula lagaknya. Kalau yang diterima tidak sama seperti apa yang dipesan, maka dimaki-hamunnya si mamak itu, silap haribulan terbalik meja," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Puteri Umno 2011, di Kuala Lumpur hari ini.
Namun jika perkara itu berlaku pada generasi alaf baru hari ini Rosnah berkata: "Mereka tidak meminumnya, tidak juga memaki tetapi dengan senyap dan perlahan mereka berpindah ke kedai mamak sebelah dan itulah yang kita alami pada tsunami pilihan raya yang lalu."
Berucap di hadapan 934 perwakilan, beliau berkata, Puteri Umno harus bijak memenangi hati golongan muda dengan bersikap terbuka terhadap apa jua pandangan dan idea yang dilontar.
"Kata-kata bahawa pandangan mereka mentah, tidak boleh dipakai, ikut emosi, tidak berfikir panjang, radikal, hanyut dalam teknologi dan tidak berasas hanya menjadikan mereka belayar dalam kapal yang berbeza dengan Puteri," katanya.
Rosnah berkata, Puteri bukan sahaja menyokong agenda perubahan parti, bahkan akan menjadi ejen perubahan yang bertindak sebagai perintis untuk sesebuah pembaharuan dilaksanakan.
Beliau turut mencadangkan Gagasan Transformasi Puteri (GTP) yang digerakkan melalui lima asas utama iaitu akhlak, peradaban, perenggu minda, tindakan dan pemikiran bagi menggerakkan dasar transformasi negara.
Mengenai pilihan raya umum akan datang, Rosnah berkata sayap itu akan menyokong sepenuhnya keputusan pucuk pimpinan termasuk mengenai calon boleh menang.
Mengulas perkara itu kepada pemberita kemudian, Rosnah berkata, sokongan tetap diberi sekalipun tiada anggota Puteri Umno dipilih sebagai calon.
"Kita bakal menghadapi satu peperangan yang sangat sukar. Soal calon bukan keutamaan. Pada kami adalah komitmen (bantu Umno dan BN menang pilihan raya) dan kepercayaan yang diberi oleh pucuk pimpinan dah cukup untuk kami kerja keras pastikan kemenangan 'winnable candidate' di seluruh negara," katanya.
- Bernama
Beliau berkata generasi muda dulu dan kini berbeza, kerana pada masa ini golongan itu kaya dengan pandangan dan persepsi serta mempunyai sifat eksplorasi yang tinggi sehingga menjadikan mereka kadangkala sukar difahami. "Umpamanya jika ke kedai mamak, generasi pasca awal kemerdekaan yang memesan teh panas tetapi diberikan kopi panas akan tetap tersenyum dan minum rezeki yang ada di depan mata.
"Bagi generasi pertengahan yang banyak didorong oleh sifat memberontak pembangkang lain pula lagaknya. Kalau yang diterima tidak sama seperti apa yang dipesan, maka dimaki-hamunnya si mamak itu, silap haribulan terbalik meja," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Puteri Umno 2011, di Kuala Lumpur hari ini.
Namun jika perkara itu berlaku pada generasi alaf baru hari ini Rosnah berkata: "Mereka tidak meminumnya, tidak juga memaki tetapi dengan senyap dan perlahan mereka berpindah ke kedai mamak sebelah dan itulah yang kita alami pada tsunami pilihan raya yang lalu."
Berucap di hadapan 934 perwakilan, beliau berkata, Puteri Umno harus bijak memenangi hati golongan muda dengan bersikap terbuka terhadap apa jua pandangan dan idea yang dilontar."Kata-kata bahawa pandangan mereka mentah, tidak boleh dipakai, ikut emosi, tidak berfikir panjang, radikal, hanyut dalam teknologi dan tidak berasas hanya menjadikan mereka belayar dalam kapal yang berbeza dengan Puteri," katanya.
Rosnah berkata, Puteri bukan sahaja menyokong agenda perubahan parti, bahkan akan menjadi ejen perubahan yang bertindak sebagai perintis untuk sesebuah pembaharuan dilaksanakan.
Beliau turut mencadangkan Gagasan Transformasi Puteri (GTP) yang digerakkan melalui lima asas utama iaitu akhlak, peradaban, perenggu minda, tindakan dan pemikiran bagi menggerakkan dasar transformasi negara.
Mengenai pilihan raya umum akan datang, Rosnah berkata sayap itu akan menyokong sepenuhnya keputusan pucuk pimpinan termasuk mengenai calon boleh menang.
Mengulas perkara itu kepada pemberita kemudian, Rosnah berkata, sokongan tetap diberi sekalipun tiada anggota Puteri Umno dipilih sebagai calon."Kita bakal menghadapi satu peperangan yang sangat sukar. Soal calon bukan keutamaan. Pada kami adalah komitmen (bantu Umno dan BN menang pilihan raya) dan kepercayaan yang diberi oleh pucuk pimpinan dah cukup untuk kami kerja keras pastikan kemenangan 'winnable candidate' di seluruh negara," katanya.
- Bernama

