Sebuah forum anjuran Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) yang membabitkan tokoh-tokoh politik dan NGO daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang telah ditangguhkan, tetapi pihak penganjur menafikan ia adalah kerana tekanan politik.

Menurut penganjur forum yang berjudul "Kuasa Belia Pada Pilihan Raya" yang dijadualkan di kampus universiti itu di Petaling Jaya minggu depan itu terpaksa ditangguhkan kerana kebetulan ia bertembung dengan minggu cuti belajar.

Oleh itu, kata, pengerusi penganjur bersama, Chin Yee Mun, forum itu akan dijadualkan semula ke tarikh baru di mana pelajar lebih bersedia menyertainya.

"Tujuan (forum) untuk membuat remaja, terutama pelajar-pelajar kita, memahami perkembangan politik di Malaysia.

"Tetapi oleh kerana jumlah penyertaan adalah rendah, tujuan itu  tidak akan tercapai. Oleh itu, kami merancang untuk menangguhkannya dan mungkin membuat lebih besar sedikit," kata Chin kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Chin, yang mengetuai Pusat Media dan Komunikasi Kreatif, Utar berkata jawatankuasa itu merancang untuk mengembangkan forum berkenaan kepada acara satu hari dan membincangkan mengenai pelbagai isu-isu belia dalam usaha untuk menarik minat yang lebih besar daripada pelajar.

Pelajar-pelajar, tegasnya, tidak berminat dengan politik dan menafikan ia keputusan campur tangan politik.

Katanya, keputusan untuk menangguhkan forum itu, datang semata-mata dari jawatankuasa penganjur.

Seorang lagi pengerusi bersama, Carmen Nge pula memberi jaminan bahawa senarai asal penceramah akan dikekalkan atau malah ditambah.

Menurutnya, terpulang kepada penceramah sama ada mereka akan datang pada tarikh baru yang belum lagi dipastikan itu, kata Nge yang juga Dekan Fakulti Industri Kreatif.

Antara penceramah yang bersetuju untuk hadir pada forum 3 Disember itu, termasuk peguam hak asasi manusia Edmund Bon, ahli parlimen PKR Nurul Izzah Anwar, ahli parlimen MCA Datuk Chua Tee Yong, dan penolong pendaftar Jasmine Ng.

Sebelum ini, timbul spekulasi dan dakwaan bahawa MCA memaksa universiti miliknya itu untuk menangguhkan forum berkenaan.

[Baca berita penuh]