Bekalan daging Aidilfitri mencukupi
Diterbitkan: Aug 22, 2011 9:21 AM | Dikemas kini: Aug 22, 2011 9:24 AM
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin memberi jaminan bekalan daging untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ini adalah mencukupi.
Jaminan diberi meskipun kerajaan menghentikan sementara import kambing, lembu dan biri-biri hidup dari Australia sejak Julai lalu akibat wabak Hendra.
Abd Aziz berkata sehubungan itu kerajaan membenarkan daging segar diimport dari Pakistan, Sudan dan Brazil, selain masih membenarkan pengimportan daging segar dari Australia.
"Kita tiada masalah daripada segi bekalan. (Cuma) Kita menghadapi masalah dari segi harga. Harga ni walaupun ada harga siling, tetapi kita risau ada pihak tertentu akan memanipulasi dengan cara menyimpan stok," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Mengulas lanjut Abd Aziz berkata larangan mengimport ternakan hidup itu merupakan langkah berjaga-jaga bagi memastikan wabak yang berlaku sejak Jun lalu di negara itu tidak merebak ke Malaysia.
"Sudah lebih 10 kes berlaku di sana. Wabak ini tiada beza dengan virus nipah yang berlaku (di negara ini) pada tahun 1998, 1999 yang menghancurkan industri ternakan babi serta meragut lebih 120 nyawa," katanya.
Abd Aziz berkata pihaknya sedang berunding dengan kerajaan Australia untuk menambah baik syarat pengimportan sedia ada termasuk memasukkan ujian wabak Hendra.
Mengenai isu sarang burung walit tempatan yang dikesan tercemar di China menyebabkan kemungkinan Malaysia sukar untuk mengeksportnya ke negara itu pada masa akan datang, Abd Aziz berkata pihaknya dan pihak industri di sini akan ke negara itu Khamis ini untuk mengadakan perbincangan.
Katanya ia bagi meyakinkan semula pihak berkenaan bahawa produk sarang burung di Malaysia adalah selamat dan bersih.
Menurutnya pada tahun 2009, Malaysia mengeksport sebanyak 17 tan metrik sarang burung ke negara itu, 100 tan metrik pada tahun lepas dan untuk tahun ini sebanyak 20 tan metrik sehingga Jun lalu.
- Bernama
Jaminan diberi meskipun kerajaan menghentikan sementara import kambing, lembu dan biri-biri hidup dari Australia sejak Julai lalu akibat wabak Hendra.
Abd Aziz berkata sehubungan itu kerajaan membenarkan daging segar diimport dari Pakistan, Sudan dan Brazil, selain masih membenarkan pengimportan daging segar dari Australia.
"Kita tiada masalah daripada segi bekalan. (Cuma) Kita menghadapi masalah dari segi harga. Harga ni walaupun ada harga siling, tetapi kita risau ada pihak tertentu akan memanipulasi dengan cara menyimpan stok," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini. Mengulas lanjut Abd Aziz berkata larangan mengimport ternakan hidup itu merupakan langkah berjaga-jaga bagi memastikan wabak yang berlaku sejak Jun lalu di negara itu tidak merebak ke Malaysia.