Ketua Pengarang Detik diturunkan jawatan
Ng Boon HooiPublished: Apr 10, 2001 10:12 PM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Ketua Pengarang Detik, Ahmad Lufti Othman diturunkan pangkat sebagai editor selepas Detik menerima surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 28 Disember lalu. Menurut surat tersebut, Detik telah melantik Ahmad sebagai Ketua Pengarang majalah dwibulan tersebut tanpa memaklumkan KDN.
Detik, sebagai langkah menunduk kepala kepada kehendak KDN, telah menjelaskan dalam surat terbuka pihak pengurusannya bahawa, "kesalahan besar kami itu dilakukan dengan cuai, maka kami secepat kilat memohon maaf kepada KDN. Ahmad kini diturunkan pangkat kepada jawatan editor." [[#1]Surat terbuka Detik[/#]]
Menurut KDN, Detik juga telah melakukan dua kesalahan lain iaitu tidak mencetak alamat penerbit dan meletakkan permit penerbitan Detik di bawah Penerbitan Pemuda tanpa kebenaran Menteri Dalam Negeri.
Detik, walau bagaimanapun, telah menafikan melakukan kesalahan meletakkan permit di bawah Penerbitan Pemuda tanpa kebenaran Menteri.
Pihak majalah tersebut, sebelum ini telah mendapat teguran awal daripada KDN pada 23 Oktober lalu kerana dikatakan 90 peratus daripada rencana yang disiarkannya berunsur politik dan "rata-rata rencana ini lebih difokuskan kepada politik pihak pembangkang."
Surat KDN yang ditandatangani Tengku Mahmood Tengku Ismail itu mengarahkan Detik "menghentikan penyiaran rencana-rencana sedemikian dan mematuhi skop asal permohonan Detik dengan serta merta." Menurut surat tersebut, Detik boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan jika gagal berbuat demikian.
Detik sudah menghantar surat jawapan, tetapi surat tersebut belum dibalas oleh KDN.
Pembaharuan permit penerbitan Detik yang tamat tempohnya pada 31 November lalu juga tergugat selepas pembentukkan Kabinet baru.
Sebelum ini, dalam suratnya bertarikh 9 Disember 1999, KDN telah memaklumkan Detik bahawa permohonan permitnya telah diluluskan dan pihak majalah tersebut telah menjelaskan bayaran permit sebanyak RM500.
Namun begitu, Detik memberitahu bahawa ia tidak menerima nombor Permit Penerbitan yang diperlukannya untuk melakukan pencetakan. Menurutnya juga, pihak KDN tidak memberi sebarang penjelasan mengenai nombor PP tersebut.
Sebaliknya, Detik dimaklumkan secara lisan bahawa "atas arahan pihak menteri, permit Detik ditarik balik."
Walau bagaimanapun, Detik masih menunggu jawapan sah bertulis KDN samada permit tersebut diterima atau dibatalkan.

View Comments0