Lagi kempen burukkan Hishammuddin
Belum pun sejuk spekulasi mengenai kemungkinan Datuk Hishammuddin Hussein
dicabar
bagi jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia dalam pemilihan parti akan datang, kini munculkan kempen terbaru terhadap kepimpinannya sebagai pemimpin parti dan menteri kabinet.
Kini ada pihak yang sedang menyebarkan risalah yang mendokumentasikan senarai dakwaan kegagalan Hishammuddin sepanjang berada di dalam parti dan kerajaan.
Risalah setebal 30 halaman itu turut mengandungi perkara-perkara yang dianggap peribadi seperti dakwaan hubungannya dengan seorang model tempatan, serta gambar-gambar peribadinya sewaktu zaman pelajar terdahulu.
Hishammudin dipilih sebagai ketua Pemuda Umno Malaysia selepas perletakan jawatan Datuk Zahid Hamidi berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Umno dan Kerajaan pada 1998.
Belum pun sejuk spekulasi mengenai kemungkinan Datuk Hishammuddin Hussein dicabar bagi jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia dalam pemilihan parti akan datang, kini munculkan kempen terbaru terhadap kepimpinannya sebagai pemimpin parti dan menteri kabinet.
Kini ada pihak yang sedang menyebarkan risalah yang mendokumentasikan senarai dakwaan kegagalan Hishammuddin sepanjang berada di dalam parti dan kerajaan.
Risalah setebal 30 halaman itu turut mengandungi perkara-perkara yang dianggap peribadi seperti dakwaan hubungannya dengan seorang model tempatan, serta gambar-gambar peribadinya sewaktu zaman pelajar terdahulu.
Hishammudin dipilih sebagai ketua Pemuda Umno Malaysia selepas perletakan jawatan Datuk Zahid Hamidi berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Umno dan Kerajaan pada 1998.
Selepas itu, Hishammuddin yang ketika itu naib ketua Pemuda Umno Malaysia, dilantik memangku jawatan tersebut dan kemudiannya perlantikannya disahkan tanpa bertanding oleh perhimpunan agung Pemuda pada tahun 2000.
Sebahagian besar kandungan risalah itu terdiri daripada petikan laporan akhbar-akhbar tempatan mengenai peristiwa politik atau sukan yang didakwa memperlihatkan kegagalan Hishammuddin menjalankan tugasnya.
Dalam bahagian bertajuk "Kronologi Sebagai Menteri Belia dan Sukan - Sentuhan Maut Hishammuddin", menteri berkenaan dipersalahkan terhadap kegagalan mendapat sambutan untuk perlumbaan Formula Satu dan krisis yang menghadapi sukan bowling, badmintion dan skandal dadah pemain takraw.
Yayasan Noah
Hishammuddin juga dipersalahkan terhadap kegagalan Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Sukan Asia 2005.
Sebaliknya, risalah itu mendakwa Hishammuddin hanya berminat untuk mendampingi ahli sukan yang menempa kejayaan sepertimana dalam kes Malik Mydin yang berjaya berenang menyeberangi Selat Inggeris sejauh 32.8 km baru-baru ini.
Di segi politik, risalah itu mendakwa Pemuda Umno kini tidak bermaya manakala Hishammuddin sendiri didakwa "tidak berani" menghadapi majlis debat dengan pembangkang, termasuk yang dianjurkan oleh persatuan pelajar universiti tempatan.
Risalah itu juga turut memuatkan dakwaan mengenai pemilikan saham Yayasan Noah dalam syarikat perjudian Genting Berhad dan Resorts World Berhad.
Sebelum ini, timbul spekulasi mengenai kemungkinan Hishammuddin akan dicabar oleh exco Pemuda Umno yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo bagi jawatan ketua Pemuda.
Pada masa yang sama, Hishammuddin dikatakan dipujuk supaya bertanding salah satu jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti yang akan datang dan kekosongan bagi jawatan ketua Pemuda Umno diisi oleh Dr Mohd Khir.
Bagaimanapun, para penyokong Hishammuddin tidak bersetuju beliau bertanding jawatan itu kerana bimbang beliau tidak mempunyai sokongan untuk membolehkannya memenangi jawatan ketiga tertinggi dalam Umno itu.

