Raja Petra ditahan polis 9.30 pagi
Published: Apr 10, 2001 6:19 PM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
breaking news Pengendali laman web Kempen Bebaskan Anwar (FAC) Raja Petra Kamaruddin ditahan polis sekitar jam 9.30 pagi ini ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Buloh, Selangor.
Satu sumber yang rapat dengan beliau memberitahu malaysiakini, isteri Raja Petra memaklumkan kepadanya sebentar tadi.
Selain Raja Petra, setakat ini lima orang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mulai jam 5 petang hingga menjelang tengah malam semalam.

View Comments0