CPO: Pengurus direman halang tugas polis
Diterbitkan: Jun 13, 2011 7:09 AM | Dikemas kini: Jun 13, 2011 7:50 AM
Polis Melaka menjelaskan bahawa seorang pengurus bank ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan terhadap satu laporan mengatakan dia menghalang seorang anggota polis trafik menjalankan tugas.
Sehubungan itu, Ketua Polis Melaka SAC, Datuk Chuah Gee Lye menafikan bahawa pengurus berusia 26 tahun itu ditahan dalam lokap selama tiga hari kerana tidak memakai tali pinggang kaledar, seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini.
"Kejadian itu berlaku pada jam 9 malam 28 Mei lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di Bukit Beruang di Melaka hari ini, lapor Bernama.
Chuah berkata dalam kejadian itu, seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan rondaan di Jalan Laksamana Cheng Ho menahan
sebuah MPV jenis Toyota Avanza dinaiki lima lelaki kerana melihat pemandunya tidak memakai tali pinggang kaledar.
Katanya selepas menahan MPV itu, anggota polis tersebut meminta pemandu iaitu pengurus bank berkenaan menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandu tetapi beliau enggan menyerahkanya malah mempertikaikan kuasa anggota polis itu.
Chuah berkata setelah diminta beberapa kali oleh anggota polis itu, lelaki itu akhirnya menyerahkan kad pengenalannya tetapi masih
enggan menyerahkan lesen memandu.
"Anggota polis itu meminta lelaki itu menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandunya untuk tujuan mengeluarkan saman atas kesalahan tidak memakai tali pinggang kaledar," katanya.
Beliau berkata apabila anggota polis itu pergi ke motosikalnya untuk mengeluarkan saman, lelaki itu mengekori anggota polis itu serta
memarahinya dalam bahasa Cina dan apabila empat lagi rakan lelaki itu keluar daripada MPV menyebabkan anggota polis itu memohon
bantuan daripada anggota polis lain.
Katanya pengurus bank bersama empat lagi rakanya itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, di sana dia menyerahkan lesen memandunya dan anggota polis mengeluarkan saman kepadanya atas kesalahan tidak memakai tali pinggang kaledar.
"Anggota polis itu turut buat laporan mengatakan beliau diganggu menjalankan tugas, siasatan laporan itu telah dijalankan dibawah Seksyen 186 kanun keseksaan sekiranya disabitkan boleh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, denda maksima RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.
Beliau berkata kertas laporan siasatan itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya dan pada 31 Mei lepas, lelaki itu dibebaskan
tanpa syarat sementara menunggu keputusan timbalan pendakwaraya samada perlu didakwa di mahkamah atau tidak.
Dalam sidang media itu juga, Chuah turut menafikan dakwaan bahawa pengurus bank itu dinafikan hak untuk membuat panggilan telefon serta mendapatkan khidmat guaman kerana pihak polis tidak menghalangnya membuat panggilan daripada beliau ditahan di Jalan Laksamana Cheng Ho dan pegawai penyiasat kes telah membacakan haknya.
"Semasa ditahan di jalan itu, dia turut membuat beberapa panggilan dipercayai kepada beberapa ahli politik malah seorang ahli politik
daripada sebuah parti pembangkang turut hadir ke IPD Melaka Tengah untuk mengetahui perkembangan kes tersebut," katanya.
- Bernama
Sehubungan itu, Ketua Polis Melaka SAC, Datuk Chuah Gee Lye menafikan bahawa pengurus berusia 26 tahun itu ditahan dalam lokap selama tiga hari kerana tidak memakai tali pinggang kaledar, seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini.
"Kejadian itu berlaku pada jam 9 malam 28 Mei lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di Bukit Beruang di Melaka hari ini, lapor Bernama.Chuah berkata dalam kejadian itu, seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan rondaan di Jalan Laksamana Cheng Ho menahan
sebuah MPV jenis Toyota Avanza dinaiki lima lelaki kerana melihat pemandunya tidak memakai tali pinggang kaledar.
Katanya selepas menahan MPV itu, anggota polis tersebut meminta pemandu iaitu pengurus bank berkenaan menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandu tetapi beliau enggan menyerahkanya malah mempertikaikan kuasa anggota polis itu.
Chuah berkata setelah diminta beberapa kali oleh anggota polis itu, lelaki itu akhirnya menyerahkan kad pengenalannya tetapi masih
enggan menyerahkan lesen memandu.
"Anggota polis itu meminta lelaki itu menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandunya untuk tujuan mengeluarkan saman atas kesalahan tidak memakai tali pinggang kaledar," katanya.
Beliau berkata apabila anggota polis itu pergi ke motosikalnya untuk mengeluarkan saman, lelaki itu mengekori anggota polis itu serta
memarahinya dalam bahasa Cina dan apabila empat lagi rakan lelaki itu keluar daripada MPV menyebabkan anggota polis itu memohon
bantuan daripada anggota polis lain.
Katanya pengurus bank bersama empat lagi rakanya itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, di sana dia menyerahkan lesen memandunya dan anggota polis mengeluarkan saman kepadanya atas kesalahan tidak memakai tali pinggang kaledar."Anggota polis itu turut buat laporan mengatakan beliau diganggu menjalankan tugas, siasatan laporan itu telah dijalankan dibawah Seksyen 186 kanun keseksaan sekiranya disabitkan boleh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, denda maksima RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.