Permit kerja bagi lebih 1400 kakitangan gergasi elektronik Western Digital berjaya diproses oleh Jabatan Imigresen lewat malam tadi.

western digital indonesian workers 1Pengarah Jabatan Imigresen Alias Ahmad ketika menghubungi Malaysiakini pagi ini berkata semua permit yang tertangguh dikluarkan pada jam 11 malam semalam.

Menurut Alias, semua permit itu tertangguh kerana “masalah teknikal dan komunikasi”.

"Terdapat masalah komunisaki antara agensi (kerajaan) yang terbabit,” katanya sambul menambah kakitangannya telah diarah mengeluarkan permit kerja itu semalam, meskipun terdapat “masalah teknikal”.

"Saya ingin jelaskan bahawa kejadian ini juga menjejaskan imej negara kita,” katanya.

Menurut beliau permit kerja kira-kira 6000 pekerja tertangguh sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana masalah komunikasi yang terputus.

western digital indonesian workers formAlias berkata masalah yang dihadapi perlu diketepikan dan memberi jaminan kepada Western Digital yang mereka akan melakukan yang terbaik bagi memastikan permit dikeluarkan mengikut masa yang ditetapkan.

"Saya adakan mesyuarat dengan pegawai kanan Western Digital semalam dan kami telah bentuk satu pasukan kerja yang dianggotai oleh pihak pengurusan Western Digital dan Bahagian Pekerja Asing Jabatan Imigresen,” katanya.

[Baca berita penuh]