Penyusunan semula air P Pinang dimeterai esok
Diterbitkan: Jun 1, 2011 8:47 AM | Dikemas kini: Jun 1, 2011 8:49 AM
Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) akan memeterai niaga janji penyusunan semula air dengan kerajaan negeri Pulau Pinang esok (Khamis) yang menandakan satu lagi perkembangan dalam penyusunan semula industri air di dalam negara.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata niaga janji dengan kerajaan Pulau Pinang itu ialah sebahagian daripada fasa pertama kerajaan persekutuan untuk memperkukuhkan industri air.
"Pulau Pinang akan menyertai empat negeri lain iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis yang telah menandatangani perjanjian penyusunan semula dan menyerahkan aset-aset air mereka kepada PAAB.
"Saya tidak nampak mengapa Selangor sukar sangat untuk berbuat demikian. Pulau Pinang boleh terima, kesemua negeri lain telah luluskan. Saya tidak nampak mengapa Selangor tidak boleh," kata beliau dalam satu temu bual.
Adalah dipercayai yang PAAB, syarikat pengurusan aset air kerajaan, unit milik penuh di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, dijangka membuat tawaran untuk membeli aset-aset air di Pulau Pinang dengan nilai melebihi RM3 bilion.
Bagaimanapun, Chin berkata, butiran mengenai perjanjian itu akan hanya diumumkan selepas memeterai niaga janji itu esok.
Rancangan penyusunan semula air negara itu bertujuan mengurangkan beban negeri dan pemegang konsesi bagi pembiayaan akan datang pembangunan infrastruktur air.
Selepas penyusunan semula itu, tanggungjawab jatuh di bawah skop kerajaan persekutuan dan PAAB, yang telah dipertanggungjawab untuk membeli aset air negeri, sekali gus menjadikan aset mereka berkurangan dan membolehkan mereka memberi fokus kepada operasi dan penyenggaraan.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata perundingan mengenai terma perjanjian air telah dimuktamadkan dua bulan lalu.
"Majlis menandatangani perjanjian telah ditetapkan esok di Putrajaya antara Chin dan saya sendiri," kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pada permulaannya, kerajaan negeri Pulau Pinang enggan untuk bersetuju dengan pemindahan aset air negeri kepada PAAB di bawah kerajaan persekutuan.
"Bagaimanapun, sebagai pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, saya tiada pilihan tetapi mencari satu penyelesaian memandangkan kerajaan negeri sebelum ini telah bersetuju untuk menyerahkan aset air negeri kepada kerajaan persekuturan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006," kata beliau.
- Bernama
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata niaga janji dengan kerajaan Pulau Pinang itu ialah sebahagian daripada fasa pertama kerajaan persekutuan untuk memperkukuhkan industri air."Pulau Pinang akan menyertai empat negeri lain iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis yang telah menandatangani perjanjian penyusunan semula dan menyerahkan aset-aset air mereka kepada PAAB.