Sesco dan Sarawak hidro akan meterai PPA
Diterbitkan: Jun 1, 2011 12:40 AM | Dikemas kini: Jun 1, 2011 12:43 AM
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui hari ini mengesahkan bahawa Sarawak Electric Supply Corporation (Sesco) akan menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Sarawak Hidro Sdn Bhd, satu unit Ministry of Finance Incorporated dan pemilik Empangan Bakun, hari ini.
Sesco, anak syarikat Sarawak Energy Bhd (SEB) milik kerajaan negeri, adalah pembekal tunggal tenaga elektrik negeri itu.
Chin juga berkata Sarawak tidak akan membeli empangan itu.
“Kerajaan negeri tidak akan membeli empangan itu. Mereka hanya mahu membeli tenaga untuk SCORE," katanya di Puutrajaya, semalam.
Beliau bagaimanapun menolak untuk menjawab soalan mengenai kadar belian tenaga itu, dan berkata ia akan diketahui hari ini selepas majlis pemeteraian.
Pada masa ini, kapasiti penjanaan tenaga elektrik Sarawak adalah pada 1,300 MW, yang melebihi permintaan tertinggi sebanyak 1,100 MW.
Empangan Bakun di Sungai Balui River sejauh 37 km dari Belaga, adalah empangan konkrit kedua tertinggi di dunia.
Apabila semua lapan turbin beroperasi sepenuhnya, ia berupaya menjana tenaga elektri sehingga 2,400 megawatt.
- Bernama
Sesco, anak syarikat Sarawak Energy Bhd (SEB) milik kerajaan negeri, adalah pembekal tunggal tenaga elektrik negeri itu.
Chin juga berkata Sarawak tidak akan membeli empangan itu.“Kerajaan negeri tidak akan membeli empangan itu. Mereka hanya mahu membeli tenaga untuk SCORE," katanya di Puutrajaya, semalam.