Anwar bercakap tentang:
Published: Apr 10, 2001 7:50 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Pilihanraya umum lalu
Pilihanraya dalam sebuah negara yang yang mengamalkan "demokrasi tidak liberal" sukar sekali adil dan bebas. Di sebalik pelbagai halangan dan terpaksa pula berdepan dengan kekuatan wang, jentera dan media Barisan Nasional, Barisan Alternatif berjaya mendapat hampir separuh sokongan daripada jumlah pengundi.
Umno kehilangan sokongan Melayu
Dalam pilihanraya, orang Melayu telah menolak kepimpinan Dr Mahathir-Abdullah Badawi. Menyedari keangkuhan dan sikap kepala batu Mahathir, sukar membayangkan bagaimana beliau boleh berbuat sesuatu untuk mengurangkan kekecewaan orang Melayu. Bagi dirinya, orang Melayu tidak bersyukur.
Tangkapan aktivis-aktivis pembangkang baru-baru ini
Dengan jelas, undang-undang yang menindas digunakan untuk menutup ruang perbezaan pandangan dan ditujukan semata-mata untuk pemimpin pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi
Saya telah mengucapkan tahniah kepada beliau di atas perlantikannya pada tahun lalu dan meminta beliau bersikap lebih tegas. Malangnya, beliau hanya mengikut bulat-bulat Dr Mahathir, tunduk pada kehendaknya (Mahathir) dan Tun Daim (Zainuddin), dan masih tidak mempedulikan laporan-laporan polis tentang amalan rasuah, tetapi berani bertindak bagi menekan pembangkang dan mereka yang tidak bersetuju dengannya.
Peraturan tiada pertandingan bagi dua jawatan teratas
Tidak ada bezanya dengan suasana takut yang digunakan oleh regim Barisan Nasional, dan mungkin sebagai satu mesej tergesa-gesa kepada perwakilan Umno agar menerima "nasihat" supaya tiada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden atau beranilah hadapi akibat buruknya!
Pengaruhnya di kalangan akar umbi Umno
Saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan ahli-ahli akar umbi Umno. Masalah saya ialah sikap megalomania (kegilaan kepada sesuatu yang hebat dan suka bermegah) Dr. Mahathir; dikelilingi oleh kroni dan pembodek yang rasuah.
Isterinya dan juga Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail
Azizah mampu menyampaikan perjuangan reformasi serta KeADILan dan agenda BA. Dalam keadaan terpenjara begini, saya hanya mampu menyokong ala kadar.
Gerakan reformasi
Kekuatan gerakan reformasi diterjemahkan melalui pencapaian yang mengkagumkan Barisan Alternatif baru-baru ini. Matlamat bersama reformasi kita ialah: menghapuskan undang-undang yang menindas, membasmi rasuah, kronisme dan nepotisme.
Masa depannya
Saya berpegang teguh pada agenda reformasi. Sokongan seluruh rakyat Malaysia terhadap demokrasi, keluhuran undang-undang, dan kerancakan ekonomi yang manusiawi begitu meyakinkan.

View Comments0