Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini dilantik sebagai timbalan ketua polis negara yang baru.

NONEPelantikan beliau berkuatkuasa esok bagi menggantikan Datuk Seri Husin Ismail, 58, yang bersara hari ini.

Khalid (pertama dari kanan), 54, dilantik ke jawatan pengarah keselamatan dalam negeri di Bukit Aman dalam rombakan besar-besaran yang dijalankan PDRM pada Oktober tahun lalu.


Pelantikan Khalid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baru telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menggantikan Hussin yang bersara wajib pada usia 58 tahun esok, katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Bukit Aman.

NONEKhalid, yang dilahirkan pada 5 Sept 1957 di Seremban, Negeri Sembilan, memasuki perkhidmatan polis pada 5 Dis 1976 sebagai Inspektor polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Beliau yang juga bekas Ketua Polis Selangor pernah menyandang beberapa jawatan termasuk Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah 1 Bukit Aman (2006), Ketua Polis Negeri Sembilan (2005), Ketua Polis Daerah Kuantan (2003), Ketua Jabatan Pengurusan Pahang (2003) dan Ketua Jabatan Narkotik Kedah (1997).

Sambil menyifatkan amanah yang diberikan begitu mencabar, Khalid berjanji akan menjalankan tugas dengan baik untuk memartabatkan pasukan polis selaras dengan misi dan visi pasukan.

Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan dan Ismail kerana memberi kepercayaan kapadanya untuk memikul tanggungjawab itu.

"Saya berjanji untuk memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat dan negara dengan berpaksikan undang-undang dan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada saya," katanya.